atas

Wednesday, 15 May 2013

:: 28 weeks..and I feel weak ::

cop.sebak pulak.sebelum nak taip entry terbaca blog seorang ibu muda yang tabah.baru saje kehilangan anak yg berusia setahun 2 bulan.terus sebak sebab terbayang emir yusuf.sungguh sedih..

time macam ni.memang jiwa sangat halus.nak pulak berkaitan dengan anak.aduhai...lemah jiwa raga.bulan 3 yg lepas, anak kawan saya meninggal.usia baru 6 bulan.saya ni sedih tatau nak cakap.nak call kawan saya tu, saya tatau.dia sudi tak nak bercakap ke ape.tapi sekarang saya tau kawan saya dah boleh terima.tengok dia happy je dalam FB.tapi hati dia siapa yang tahu kan.saya doakan kawan saya tu terus tabah la. bukan senang nak terima sebuah kehilangan kan.nak pulak anak sendiri...

ok.kandungan saya dah masuk ke usia 28weeks. makin takde tenaga sekarang ni.tapi saiko diri jugak untuk buat keje umah.nak urus anak.nak harapkan suami pun dia penat.keje bagai nak rak sbb nak kumpul duit before saya bersalin ni.

Alhamdulillah.syukur sangat emir yusuf dan pandai berjalan.masa mother's day aritu. happy la saya.sebab orang asyik tanya kan.stress nak terang kat diaorg.so bila emir yusuf dan berjalan ni, rasa macam okla sikit.tahu diaorang amik berat.tapi asyik betul la nak ulang ayat yang sama.i is boring ok.cuba cakap yg positif.ni balik balik cakap anak saya takutla.gayat la.padahal belum sampai seru dia nak jalan.kalau takut takdenya dia berani panjat sana sini.

wah emo pulak iols.

sekarang saya adalah malas nak masak.satu sebab saya tak larat.dua sebab suami pun kadang-kadang tak makan.saya lagi la.kadang-kadang takde selera makan..last saya ajak suami beli lauk aje.sejenis dua.memang kurang makan sekarang.tapi time ade selera boleh tahan pelahap.hahaha

esok kena pegi klinik.ade monthly check up.hope semuanya selamat dan sihat la.dah masuk 7months ni memang mode panic,berdebar-debar je yang on.

okla.itu saja.bye-bye

Wednesday, 3 April 2013

:: 22 weeks ::

Alhamdulillah.

22 weeks sudah.kadang-kadang rasa macam cepat aje masa berlalu. kadang-kadang rasa lambatnye. tak sabar dah nak jumpa inside my womb ni.aktif bukan main babies ni. kecik lagi kan.merasa bebas bergerak sana sini.

Alhamdulillah, semalam pegi check up.buat detail scan tu.semuanya sihat so far. syukur sangat. bab gender ni akak dah tak fikir sangat dah walaupun kadang-kadang terasa jugak nak tahu,wahahahah.tapi yang penting baby sihat. iols pun sihat.

saya sebenarnya takde la sihat mana.kejap-kejap pening. kejap-kejap sakit belakang.pinggang.name it.apa yang tak sakit.selera makan merundum jatuh la.semua benda rasa tak sedap.tapi makan tetap makan.kang mana nak dapat tenaga.plus, bila tak makan, perut lapar.terus nak pengsan la.tapi memang makan untuk dapatkan tenaga je.nak makan dengan penuh selera tu memang dah takde sekarang.

'abg emir' pun alhamdulillah sihat aje.makin pandai.walaupun nak masuk 16 bulan,tapi anak saya masih belum berjalan.setakat bangun berdiri, meniti dinding tu dah cekap.cuma menapak je belum.takpela sayang.mama menanti dengan sabar.bila sampai masa, jalan la tu.walaupun ade je mulut cakap anak saya lambat jalan ke ape.siap banding banding dengan anak orang itu ini.i is redha.ye lah.dia bukan tak boleh.cuma belum sampai masanya.insyaAllah, dengan izin Allah, dia berjalan la nanti.

kalau ikut kata orang memang saya ni makan hati. i is mengandung kan.emosi kekadang agak sukar dikawal.padahal memang jenis sensitif.specially pasal insan tersayang kan.orang komen sikit dah menusuk jiwa.pada saya, anak ni perkembangan diaorang tak sama.lambat berjalan.lambat bercakap.lambat itu ini.as long as sihat,saya dah cukup bersyukur.bukan senang nak jaga anak.bukan senang nak didik anak.orang luar memang suka komen dan buat perbandingan nak pulak kalau anak diaorang macam mendahului dalam apa apa perkara kan.cuba anak diaorang slow skit.terus diam tak bukak topik tu.

oh.emir yusuf sangat suka berborak dalam bahasa hanya dia yang tahu.saya layankan aje.seronok jugak.sambil tu saya ajarlah dia beberapa words kan.dia dah faham apa kita cakap.cuma dia nak balas balik, dia guna bahasa dia lah.sesekali terkeluar ayat dia macam kelakar.hahaha

erm.sakit pulak badan ni.nak masak ni.nak baring kejap.dugaan saya kali ni kesihatan yang sangat tak menentu.





Saturday, 9 March 2013

:: malam yang... ::

..panas.


lately cuaca agak panas.bahangnya terasa sampai ke malam.lagila terasa sebab lemak dibadan sudah tebal.kakakaka.ok tak lawak.

menaip entry di kala anak dan suami hanyut dibuai mimpi.ehem.sedih pulak.saya tertidur tadi.pastu emir saya biarkan aje dengan suami.sungguh saya menjadi mama yang agak kurang bertanggungjawab sebab nak bawak diri pun tak larat.harap suami maafkan saya.kesian jugak.suami dah la keja kan.mujur hari ni dia cuti.tapi tetap kesian sebab 2 3 minggu ni dia kena masuk keje time off day.sebab penat punya pasal kekadang memang saya lupa diri.haihhh..moga-moga badan ni kuat la pasni.

pengalaman pregnant kali ni sangat mencabar.mencabar mental,emosi,tenaga, dan macam-macam la.ha ha ha.mcm ko sorang aje pregnant kan.tapi memang super letih.sakit pinggang la.baru 4 bulan.dah macam cacing kepanasan bila tidur.tak selesa ok.tapi ni bukan nak merungut.cerita je.hepi jugak dapat peluang pregnant lagi.rezeki oiiii...

petang tadi kononnya nak ke puchong.ade sales brg my dear.entah.saje nak jalan-jalan tengok.padahal bajet belum ada ni.sekali hujan.salah masuk jalan.last tersadai abiskan masa kat tesco apa entah.kelana jaya ke ape.patik kurang periksa.

tu pasal la balik terus collapse. daya tahan naik kereta lama-lama dah kurang.nak pulak melayan emir yusuf yang makin melasak itu..naik keta nak peluk mama lah.mujur dia tak amukkan.tidur je tadi masa jalan jam. hermm..tq 'abg long'.hik hik.gua tak percaya emir dah nak jadi abang.still macam baby lagi di mata saya.aiyorkk..

rasa nak mandi pulak tengah malam ni.serius badan belengas.ahhh..tak kira.nak basahkan badan jugak.tata



 

Thursday, 7 March 2013

:: 19weeks ::

fuhh.

sudah 2013.ni entry pertama saya untuk tahun 2013. kagummm..

tetiba rasa kekok nak menaip apa.hahahaha..abisla cita-cita saya nak jadi penulis novel mcm ni.buat entry kat blog pun fail..

Alhamdulillah, usia kandungan dah masuk 19weeks. erm. macam-macam drama bila mengandung kali kedua ni.drama air mata.sebabnya kes nak wean off kan emir. tapi berkat doa dan usaha, alhamdulillah, emir dah berjaya minum susu fm. tapi kadang-kadang bila rindu tu dia mintak jugak nak bf.lepas rindu kot.

tips tu takde la.saya cuma doa,usaha tawakal.hari-hari doa.sambil tu usaha cari fm yang kena dengan selera emir.memang mencabar.dan syukur sangat semuanya berjalan seperti yang diharapkan.

bukan saya taknak teruskan bf emir.memang doktor cakap boleh je. tapi bila hamil ni,puting susu jadi sangatla sensitif.sakit gila kot.dengan letih tak ingat. dan saya syak susu saya pun makin kurang sebab lepas bf emir kompom minum air dengan banyaknya. kesian pulak kat emir.

inside tummy, alhamdulillah sihat aje setakat ni.saya takde alahan teruk.cuma kali ni, memang loya aje. hilang selera makan..letih jgn cakap la.sebab nak uruskan anak, rumah.memang kurang rehat. dulu masa pregnantkan emir saya tinggal dgn in-law.kekdg balik bertapa kat umah mak ayah sendiri.sangat manjakan diri la masa tu.

okla.itula update setakat hari ni.hahaha.sangap gila takde idea nak menaip.camana la nak jadi novelis berjaya nih


Saturday, 22 December 2012

:: dilema ::

saya sedih sebenarnya.

dua tiga hari ni memang keje saya menangis aje la bila fikir hal yang satu ni.sungguh menyakitkan hati. rasa saya manusia gagal. rasa ntahapahapa, rasa nak lari tak pakai selipar.

weaning off. perkara yang cakap senang, susah nak buat. yep. orang sekeliling akan senang bercakap. paling sayu, kalau orang mula persoalkan kenapa saya tak ajar anak minum fm sejak kecil.senang nak wean off kalau tiba-tiba jadi macam ni. terus saya rasa down.sungguh down...

kenapa saya nak wean off? anak baru setahun kot.

begini ceritanya.

takdir Allah, dan rezeki kami, period saya tak datang bulan nov lepas. saya dah mula syak saya pregnant. so, birthday emir yang lepas, saya pun beli la upt tu.sekali check terus +ve. rasa gembira dan nak menangis.

gembira sebab ye la..pregnant.dapat anak lagi.gembira la.

nak menangis - emir baru setahun.masih menyusu badan.

nak blame sapa tu bukan satu penyelesaian la.orang boleh cakap naper tak merancang.ok.malas nak cakap part ni.syukurlah.ini rezeki.

start daripada hari tu,terus buat research pasal bf during pregnant ni. so far banyak pendapat cakap takde masalah as long as mak tu takde masalah.like bleeding ke.sakit perut ke.letih ke. in my case, saya dah rujuk doktor, dan dia cakap takde masalah.

yang sakit jiwa, masa ke hospital baru ni,saya kena amik darah untuk thyroid. yep.again, masalah di sini.leher saya ada bengkak.since mengandung emir lagi benda ni jadi issue.dah buat test 3,4 kali tapi takde apa.bukan thyroid.tapi masa emir dulu kena rujuk hospital sebab hb rendah, berat tak naik so doktor takut thyroid aktif balik.tapi alhamdulillah takde apa sampai emir lahir.sooo...kali ni kena buat rutin yg sama agaknya..dah la hospt.sg buloh tu crowded. nak amik appointment pun 2 jam jugak menunggu.hoighhhh.baru nak set appointment kot.

back to stories, masa turn saya nak amik darah saya tengah susukan emir.so lambat sikit nak ke bilik tu.husband bagitau nurse tu.sekali masa tengah amik darah, nurse tu tanya saya 

ko susukan anak, susu badan ke botol

susu badan..

apa? eh ko ni pregnant berapa minggu?

7minggu..

hoih.kena berhenti tu.nanti susu untuk anak yg akan datang tak de susu pulak.lagipun nanti risiko bersalin awal.

*cuak*..saya tengah ajar dia minum fm

dah dah..ko kena stop terus.tak payah sulam sulam

i is menangis dalam hati...haiyohhh..kalau semudah abc memang saya dah weaning off right after saya tahu saya pregnant.

sob sob..tu la..cakap senang kan.nak buat...hermm...

saya tak salahkan sesiapa.sesiapa pun berhak bagi pendapat.semua nak yang terbaik buat saya.saya tahu.even mak kat kampung pun marah saya susukan emir lagi. my mil pun ada cakap tu la..kena ajar sulam dgn fm daripada dia kecik dulu.

saya hanya mampu diam.iyekan aja.dalam hati saya menangis.saya hilang punca.kat husband je tempat luah rasa dan air mata.sungguh saya heartbroken sekarang.

how?

saya cuma mampu berdoa dan usaha ajar emir minum fm. but he's refuse. so langkah seterusnya kasi dia makan kerap la.hope dia kurang mintak. tapi malam memang agak susah la.sbb dah try kasik fm malam-malam.dia nangis sampai muntah.saya pun menangis tak sanggup terus bf kan dia.

salah saya jugak.hati lembut kot

entahlah.masih dalam dilema.

terus berdoa yang terbaik buat saya dan emir.

dan berdoa baby dalam rahim kuat dan sihat.

AMIN


Thursday, 20 December 2012

:: ermmm ? ::

tak tahu
apa rasa hatiku
suka?
gembira?
takut?
was-was?

aku tak tahu..

segala rasa di blend dalam hati
dengan sakit gigi datang sesekali
agak men'tension'kan diri.

aku bersyukur
aku redha
aku suka juga sebenarnya

cuma aku tak pasti
aku mampu ke tidak ni.

yang pasti
ALLAH Maha mengetahui
apa yang terbaik buat aku.

aku pasti


Sunday, 16 December 2012

:: Birthday Bash! ::

December datang lagi..

semenjak kecil,pasti hujung tahun yang akan aku tunggu-tunggu.december.betapa aku suka sangat december.

zaman sekolah semestinya sebab cuti sekolah.eh tapi dulu-dulu bulan 12 dah masuk sekolah kan.

ok.tu sebab yang tak penting.sebab pentingnya..i was born in december!!

hepi ok.orang lain dah berbulan masuk umur 17.aku masuk december baru feeling 17.sungguh muda u know. tapi tu la.kesian jugak.nak amik lesen motor pun lambat la jugak jawapnya.tapi ada aku kisah?

dah kawen dan beranak sorang ni, makin tertunggu bulan december aku.sebabnya, anak bujang aku pun lahir pada bulan december jugak.haaaaaaa.lagi double best sebab kompom ah suami tak lupakan besday aku.kikikiki.

Emir Yusuf genap 1 tahun secara rasminya pada 6hb. Hari Khamis. hadiah pertama untuk emir ialah mama dgn ayah bawak emir pegi klinik untuk jab 1 tahun tu.untuk kesihatan yang gitu. lepas tu balik rumah lepak-lepak.nak pantau kot-kot emir demam ke apa kan.mujur sihat alhamdulillah.so petang siapkan diri ke JJ rawang la kita. ayah dengan baik hatinya belanja mama makan pizza.emir pun makan jugak.dapat free carbonara.free meal for kid katanya.blasahhh.

tengah tunggu pizza tu,ayah cakap nak kuar pulak.rupanya nak gi SR belikan slice cake untuk anak tersayang.again, mama yang makan  dengan riang.dengan alasan nanti emir rasa mana menyusu ye sayang.

oleh kerana sudah lewat malam.saya akan sambung entry ini.

muahahahaahhahahaha

Monday, 19 November 2012

:: Almost 12months and Sunway Lagoon ::

perghh perghh

Bismillah...

lamanya tak menaip.rasa sudah hilang skill nak menaip kat blog.skill nak kongsi cerita. dulu aku suka je menulis.dalam diari.masa zaman sekolah dulu la.masa jiwa tengah membara.harusla tulis pasal org yang aku suka.org tu aku suka dia.dia belum tentu suka aku.matikla.syok sendiri sungguh zaman remaja dulu kan.

masuk u, aku start belajar buat blog.pastu bosan guna blogdrive aku taip blog dekat friendster.bodo gila.aku taip citer pasal aku suka kawan aku dengan terlupanya aku bahawa dia dalam friendlist aku.dan dia baca blog aku tu.pastu dia tanya siapa.dan kenapa dengan aku yang jiwang.jiwang dengan siapa.lelaki mana yang aku suka.gituu

hoih.tetiba melencong.feeling feeling pulak tu.

baikla.Alhamdulillah..Emir Yusuf dah 11 bulan.next month...within beberapa hari dari sekarang, anak mama akan turn tu 12months. 1 tahun. masih tak percaya masa berlalu sangat pantas.rasa macam baru je lagi aku beranakkan emir yusuf.tetiba dah pandai panjat katil.

Emir yusuf belum pandai berjalan.berdiri sambil berpaut tu dah tahap phd dah.gigi ada lapan.4 atas,4 bawah.tapi syukur.dia bukan jenis suka menggigit orang.haha.dah pandai sentap kalau mama buat buat marah.terus letak muka kat lantai.pastu kuar air mata.sentap abis le tu

dah pandai dengar arahan yang lite lite.kalau tanya nak susu terus buat merengek manja.haa tu tanda nak susu la.kalau taknak dia buat tatau sambil merangkak penuh bergaya.suka tepuk screen tv.suka tepuk tangan.pandai tiru gaya mama buat twinkle twinkle.wahhh..hebat la anak mama.

takde plan pun nak buat besday party untuk emir yusuf.entahla.satu sebab taknak bebankan suami.dua.sebab aku pun bukan jenis sambut sambut besday ni.abis sangat beli kek je kot.pastu mama dengan ayah yang makan.kek pulak haruslah chocolate indulgence.haaa.kan mama dah over.sebab next weeknya pulak besday mama.mih mih mih

tajuk letak sunway lagoon.tapi malas la pulak nak taip.ni la bahana nak buat entry tapi sibuk baca blog orang.pastu kering idea.

dah.tido dulu.

we love you sayang!


Tuesday, 4 September 2012

:: tentang aku ::

lama x update.asal nak update terus mati idea.asal ada idea,mesti malas nak online.punyalah banyak alasan.macam mana nak maju kan.hahahah


since ada anak memang 'me time' agak terhad.anak tido,emak pn tido.takpun sibuk setel keje umah.penat okeh jadi house wife.full time housewife.heran aku apalah yg tak abis abis keje umah ni.haha.sendiri sepah sebenarnya.


emir dah nk msk 9 bulan khamis ni.dah pandai merangkak.dah pandai panjat badan mama dan ayah.byk ragam.kalo aku memasak,dah tak aman.laju je dia dtg sambil panggil  "makkkkkkk".pantang betul dia kalo orang takde tepi dia.

aku masih belum bekerja walau dalam hati timbul rasa nak keje.nak penuhi impian sendiri.nak penehui kehendak hati.bukan tak bersyukur dengan apa yang ada.walaupun suami cuba penuhi hajat dihati.tapi aku kesianla.dia sendiri tak beli apa yg dia teringin takkan aku nak over pulak.

susah nak cakap hal ni.orang cakap best duduk kat rumah aje.memang best.tapi datang jugak agin sangap nak ade duit sendiri.fikir anak,mati kejap hasrat tu.

aku berdoa kat Allah swt,tunjukkan aku jalan terbaik.aku cuba jugak cari keje.aku amik exam.attend assessment.tinggal anak 1 malam.huhu.aku cuba.aku usaha.tapi bukan rezeki aku nk dpt keje tu.sbb aku betul2 doa,mintak Allah tujukkan aku apa yang terbaik utk aku since hati aku berbelah bahagi.nak keje ke tak.

haha.macam-macam aku ni.maklumah.aku manusia baiasa.kekadang terkonpius dengan kehendak diri.

takpe.aku ada banyakkkkk plan dalam otak.plan nak jana diri dan duit dari umah.semoga Allah swt beri aku lham dan bakat.semoga apa yang aku ingin buat ni tercapai.semoga aku jadi isteri dan mama yg membanggakan.Amin



semangat gila aku dengan tiba-tiba

Saturday, 9 June 2012

:: Jika ::

jika diberi peluang untuk kembali ke masa lampau

jika diberi peluang untuk menjadi insan lain

aku tidak akan sesekali mengubah apa yang aku miliki

aku akan tetap dengan jalan yang telah aku pilih

kerana apa yang aku miliki sekarang sudah terlalu besar nikmatnya buat aku yang serba tidak sempurna ini.

Syukur Ya Allah.

Saturday, 21 April 2012

:: kesayangan ::


budak botak kesayangan

setiap hari rasa tak terluah betapa sayangnya saya pada si kecil ini. setiap hari rasa cinta ini tak pernah kurang. tak pernah luak. makin bertambah dan bercambah.sungguh dia terlalu istimewa di dalam hati saya.

2 tahun lepas,waktu ini, saya tak pernah terbayang saya akan ada anak secomel ini.ehem.ok tipu.mungkin ada terberangan.normal la.mood gatal datang.siap reka cipta nama anak.padahal masa tu tengah bertunang.eh sebenarnya nama anak saya ni dah wujud pada tahun 2006.ngeh ngeh.betapa advance melampau berangan saya masa tu.

saya suka nama emir since umur 19thn.ye saya poyo.ahak ahak.tapi ketahuilah nama memang saya simpan dalam hati khas untuk anak saya.masa start couple dgn abg shark,waktu gatal kami terborak pasal nama kesukaan untuk anak (ter kata kau.padahal gedik).abg shark come out with nama yang sungguh islamic.saya insaf.heh heh.maklumla.saya nak nama yg moden gitu.pastu bila dah kompom nak kawen sekali lagi mood gatal sampai.kami bincang nama anak.ye ye.memang gedik. tak payah kutuk dalam hati.

akhirnya, bila disahkan mengandung, terus kitaorang tak toleh belakang.terus decide nama anak lelaki emir yusuf.simple dan hensem.hik hik.

abg shark suka nama yusuf.saya suka emir.so gabungan kasik fair la kan since masing masing bekerjasama hasilkan anak,so tercipta la emir yusuf.

emir yusuf dan 4bulan.cepatnya...macam tak puas peluk peluk cium dia.dah besar nanti mesti tak suka mama peluk cium dah.wuuuu

kebolehan emir yusuf sekarang
  • pandai menirap.kebolehan menirap sebenar pada umur 3bulan 10hari.terkejut saya sebab dia tak pernah nak praktis sangat pun.sampai ada orang cakap anak saya lembikla..apa la kan.takpe.janji anak saya sihatt.sekaliiii..dia menirap semua orang yang komen komen tu terdiam uolls.
  • dah mula berpusing dan kedepan.orang panggil ape eh?
  • sudah pandai menyembur air liur.makin gugurla rambut mama sayangggg.
  • suka dgn ayah dia.hoih.jeles saya.kalau dengan ayah bukan main.dengar suara ayah,tengah menangis terus diam.huhu
  • makin ensem.cute macam mak dia.
eh.tetiba pening pulak.nak tido la.babai

Thursday, 29 March 2012

:: I am suri ::

saya seorang suri rumah.

ye.saya belum bekerja.sudah setahun saya menganggur.haip.bukan menggangur.saya ada kerja.jadi suri rumah.dan saya suka pekerjaan saya ni.

ye.saya ikhlas.saya suka.pagi-pagi bangun,solat.anak masih tido terus berlari anak ke dapur.clearkan dapur kalau ada yang tak clear.jerang air.masukkan baju dalam mesin. kadang-kadang saya basuh baju malam hari. pun gunakan mesin la.sebab kalau basuh di malam hari, subuh-subuh dah boleh sidai baju. masa adalah terhad.time anak tido aje la saya nak buat kerja rumah pun.baju pun basuh 2 hari sekali.ah.perlukah aku membuat penerangan sebegini.

by 8 am, biasalah emir yusuf akan bukak mata.sebab dah cukup tido takde la dia bangun sambil menangis.abis sangat dia terkebil-kebil.alololo.terus rasa jatuh cinta dan kesian tengok dia macam tu.tapi sekarang sejak dah pandai menirap, bahaya uolls.bangun aje terus menirap.kadang-kadang dia sambung tido.saya ni bukan apa.risaukan dia benamkan muka kat atas tilam pastu tak angkat pastu tak boleh nafas ke apa kan.padahal baby ni cleaver.dia pandai aje adjust kepala dia ikut sedap dia.

kalau emir yusuf bangun,saya akan susukan dia.main-main sikit.sebab bangun tido mood ceria.harus tersenyum aje la.kalau dia poo poo..terus mandikan dia.kalau tak,kasik dia main dulu.saya pun sambung buat keje.sidai baju ke.siapkan perihal nak mandikan dia ke.

lepas mandikan dia, either dia nak tido atau terus main.biasanya dia main kejap lepas tu emo nak tido.emir tido, saya terus lari ke bilik air nak mandi.mandi pun telinga pasang.takut anak nangis ke apa.tak aman mandiku,hahaha.takde dah feeling nak spa ke ape dalam bilik air.huhu.

serious, ke sana sini dalam rumah, saya berlari.nak cepat punya pasal.haha.kalau ada PIL, takde la saya buat keje nak lari.ada diaorg, saya rileks sikit.emir nangis pun ada orang tengokkan.tapi still saya buat keje sepantas kilat.

next month pindah umah sewa.haha.akhirnya.merasa jugak tinggal kat rumah sendiri.walaupun sewa.tapi rumah sendiri la kan.rumah yang abg shark beli, dia sewakan. huk huk.tak merasa la aku nak mendeco sesuka hati khannnn...

apa lagi ni?

ah.tetiba malas.

sebenarnya nak cerita saya enjoy dengan life saya sekarang. memang tough hidup bila suami aje bekerja.dari segi ekonomi la maksud saya.kena zuhud abis.no gadget.no fancy dress..takde makan mewah.huhu..takde tutti fruti.huhu..tapi saya suka.sebab saya dapat jaga suami dan anak saya.saya dapat masak untuk suami.dapat uruskan pakaian dia.dapat jaga keperluan anak sendiri.dapat tengok anak membesar depan mata.

memang sedih bila macam ada orang pertikai kenapa saya tak keje.saya paham.niat diaorg baik.*bersangka baik*.tapi sedih jugak.ade saudara suami pernah tanya suami.ok ke nak hidup kalau suami sorang aje keje..boleh ke? suami jawap..insyaAllah.boleh. 

macam berdosa kan saya tak keje
macam saya bebankan suami pulak.

sob sob.

takpela.suri rumah pun satu pekerjaan jugak.ingat stay kat rumah goyang kaki aje ke? lagi penat kot.bezanya takde keluar rumah.takde tempuh jam ke apa.

okla.saya suka jadi suri rumah.
 


:: teratas di carta hati ::

mama love you sweetie pie

Wednesday, 21 March 2012

:: me time ::

siang tadi, entah apa kena saya rasa sungguh emosi. emosi yang memuncak buat saya jadi seorang yang pendiam.bila teringat balik, sungguh rasa berdosa.sebab suami ajak berbual saya buat tak tahu.pms kah?

emosi memuncak bila lepas tido kan anak, saya mintak kunci kereta dan bagitau suami nak ke kedai.beli biskut. memang itu tujuan saya. saya suka makan biskut hup seng cicah kopi o. makanan rutin saya masa pantang.dah jadi tabiat pulak.sedap woh.

saya belum pernah drive kat kawasan sini sorang-sorang.tempat ini masih asing buat saya.being me,saya memang suka buat route plan.kalau nak ke mana-mana dan saya yang jadi driver memang saya akan buat route plan.nampak sangat selama ni drive kawasan yang familiar aje.

so,walaupun sudah familiar dengan kawasan ni sebab selalu jadi co-pilot of course,saya masih rasa ini daerah asing.jadi seperti biasa, digest dalam otak dulu jalan yang akan saya guna.haha.saya pernah drive sorang.tapi suami di depan membawa van.atau di sisi, di tempat penumpang.kali ni seorang diri.maklumla.bawa hati.

dah decide mana kedai nak pergi,dengan nekad saya drive membawa hati ke kedai.tiba-tiba terlajak pulak.panic panic.haha.tak la.sebab sepanjang jalan ada kedai, saya takde la gelabah mana.akhirnya saya pilih ke kawasan perumahan tasik biru sebab dulu pernah suami bawak jalan-jalan tengok rumah sambil berangan.saya perasan ada mini mart kat situ.jadi ke sana la saya.

sampai aje,tengok ada kedai mamak kat ujung bangunan.mini mart hujung bangunan sebelah kanan.kedai mamak sebelah kiri.terus otak kasik sign suruh minum dulu tenangkan hati.sebelum tu usha duit dalam purse.kekek.mujur cukup.plan nak shopping terbantut sebab bawak RM10 aja.biskut aje dah RM4.mahal betui.tapi takpe.tengah membawa hati yang lara khaaannnnn.

lepas membeli sebungkus biskut hup seng,saya pun ke kedai mamak.masuk dalam kedai, terus order air.dan makan.huk huk.emosi tetap membuatkan perut lapar.sambil minum tengok henpon.kot kot suami call suruh balik anak menangis ke kan.

sebenarnya, masa drive nak kedai saya diserang rasa bersalah. entah kenapa saya buat perangai macam ni.saya ada anak.saya seorang ibu.hati meruntun ingatkan anak.tak sampai 2minit drive hati dah menangis hiba teringatkan emir.lapar tak dia? menangis tak dia bila saya takde.he attached with me 24/7. tinggalkan dia time mandi/berak aje.solat pun saya letak dia kat tepi tau.ada sekali je saya tinggalkan dia kat mak masa kat langkawi aritu.saya keluar dengan abg shark pergi Tabung Haji buat akaun untuk emir.oh ye.nak panggil suami abg shark sebab nampak misteri dan ganas.sebab suami saya memang misteri pon.

misteri.tapi saya sayang.eceh.

hiba-hiba pun, abis jugak sepinggan mee dan air.sambil menikmati air dan makanan, saya bawak diri saya jauh terbang melayang.membayangkan yang indah dalam kehidupan.mind you, hidup tak selalunya indah kan.marriage life pun begitu.tapi bila terjadinya emosi begini, saya harus fikir yang indah indah tentang abg shark..tentang kami...tentang emir.

kalau dia tak sayang, takkan la dia nak kawen dengan saya. 

kalau dia tak sayang, mesti dia biar aje saya masa nak beranak hari tu.tunggu hospital call saya dah selamat beranak, dia datang.boleh aje macam tu.tapi tak.dia tunggu.dah la tu, tak makan pulak tu.tumpang worried tengok bini sakit.

kalau dia tak sayang, mesti dah lama dia biarkan saya. ini tak. cakap apa nak makan.dia carikan.asalkan tak membahaya saya dan anak.saya kan brestfeed emir.jadi makanan saya dipantau abg shark.

kenapa la saya ni. kenapa la saya macam ni. terus insaf dan tenang hati.cepat-cepat bayar duit dan drive balik.
tapi suasana masih suram antara saya dan abg shark bila saya balik.maklumla.suami saya masih konpius kenapa saya diam tanpa sebab.saya lagi la konpius.apsal la aku nak marah tak pasal-pasal ni.

sebab dalam mood nak berbaik, emir dijadikan modal untuk borak.haha

lepas abg shark pegi keje, saya antar sms. luahan rasa. yep, pada saya, saya kena luahkan segala rasa. supaya abg shark tahu apa yang tak kena.dah biasa.sebelum kapel pun saya macam ni.kira daripada zaman berkawan.kalau rasa tak puas hati saya luahkan.nanti abg shark clearkan mana yang saya salah paham.

tak pun, kalau ada yang tak kena dia betulkan.

abg shark, engkaulah pomen hatiku.

erk.memang tak baik kan cerita hal macam ni.tapi ni satu memori buat saya.saya berazam taknak buat perangai tak senonoh macam ni dah.

takpe,esok pagi saya salam dan cium tangan abg shark.sejak kawen, tak kira masa saya rasa bersalah je terus saya cium tangan suami.sebelum suami pegi keje pun.atau sebelum tido.tapi sejak berkampung kat hall ni idak le saya cium tangan dia sebelum tido.tak sempat.tau tau dah pagi.

tak emir.mama tak salahkan emir.hiks.

okla.mood dah ok lepas saya sms abg shark.dan dia reply ajak keluar shopping beli periuk nasik.mudahkan mood pempuan ok.sebut aje shopping terus ceria.

walaupun beli periuk nasik aje pun.




Monday, 19 March 2012

:: 3 months old ::

wassup???



Alhamdulillah. Emir Yusuf sudah 3 bulan usianya. how time flies. cepat sampai tak terkejar rasanya. rasa berdebar, rasa sakit saat tunggu kelahiran macam masih terasa. terbayang-bayang. dan tiba tiba saya rasa kagum dengan diri sendiri. rupanya saya langsung tak menangis masa nak bersalinkan emir hari tu. mana entah datang rasa kuat tu? padahal saya ni bukan tahan sakit pun. nak jumpa doktor gigi pun trauma. wah. terima kasih emir yusuf kerana menjadikan mama seorang yang berani.ehek ehek.

muka berani or muka garang?


perkembangan emir pada usia 3 bulan.

  • dah mula mengiring.kekadang terus menirap.tapi tak pandai angkat kepala la.nak lepaskan tangan apatah lagi.
  • kurang bercakap.banyak bergerak.tido malam pun dah terkeluar dari kelambu dia uolls.anak lelaki betul.
  • masih suka mandi.haha
  • suka mencubit perut sendiri.kekadang tu masa nak siapkan dia lepas mandi berperang dgn tangan dia yang sibuk nak sapu ubat kat perut jugak.tak pun sibuk nak tarik pelekat diapers dia tu.perbuatan tanpa sedar ni namanya sebab muka beliau adalah rileks.
  • suka lagu twinkle twinkle little star.kawan saya ada hadiahkan emir bantal bentuk star yang boleh keluarkan music tu.lately saya kasi dia peluk.macam suka la pulak.senang nak parking tangan dia kot.pasni nak cari bantal bentuk star la.maybe belikan emir patrick kot.hahah
  • suka kalau saya kasik dia berdiri.siap ketawa tu.rasa dewasa agaknya.tu yang dia suka.
  •  suka main air liur.abis dah tak wangi baby saya sebab bau air liur.eh air liur baby wangi kan.haha   
saya bersyukur sebab saya diberi peluang jadi seorang mak.emir la yang bagi saya kekuatan untuk teruskan hidup hari-hari.bangun tidur, tengok muka emir..saya rasa tenang sangat.

note: wanita tak berkerjaya ni di pandang 'semacam' kan zaman sekarang.taf betul hidup saya skrg.

Saturday, 25 February 2012

:: parenting ::

menjadi ibu bapa adalah impian setiap pasangan yang berkahwin kan. saya bersyukur, saya dikurniakan kesempatan itu.

bagi saya, ilmu keibubapaan ni takkan pernah abis.cabaran besar menjadi ibu bapa buat masa ni ialah melayan mulut orang.hoih.bosan ok.

saya sedar. saya dan suami baru menjadi ibubapa. ilmu parenting kami memang cetek. tapi tak salahkan bagi kami masa.bagi kami peluang.cukuplah asyik kondem sana sini.

saya tak pasti dengan orang lain.tapi saya tahap jemu kalau orang asyik komplen cara saya jaga anak saya.sekali dua saya anggap nasihat.kalau dah kerap saya anggap mereka nak kondem saya.hish.hasutan syaitan yang direjam sangat kan.

entahlah.emosi betul saya.berapa kali saya menangis sebab ni.menangis bila mulut-mulut banyak bagi komen.lagi sedih bila komen anak saya.hoih.macam mana pun anak saya,saya sayang sangat ok. baru dua bulan.dan nak suruh budak tu menirap.apa keje gila? dia lambat ke apa ke..please jangan compare anak saya dengan anak orang lain boleh?

satu lagi.ada yang komen saya dan suami lembut sangat dengan anak.maksud mereka, pegang anak penuh sopan santun.hoih sekali lagi.itu anak kami.bukan anak patung ok.patah riuk tulang dia korang nak tanggung keeeeee?

suka hati la saya nak lembut ke kasar ke.saya uruskan anak saya hari-hari.lagipun dia anak pertama saya.biasalah kalau saya nak lemah gemalai pun.anak kau terus kuat ke lepas diberanakkan???

marah nih.lama saya pendam.hari ni rasa nak luah.

lepas tu lagi bengang bila memandai lebih daripada saya.maksud saya memandai nak aturkan hidup anak saya lebih daripada saya.saya tau bila anak saya lapar.bila anak saya mengantuk.saya tau.saya bela dia.

lagi sakit hati bila terpaksa ikut arahan orang lain like..kasik dia puting so dia tak nangis nanti. arghhhhhhhhhhhh.benci benci.saya tak suka orang terlalu masuk campur hal hidup saya.

saya stress.

Tuesday, 14 February 2012

:: Emir Yusuf is 2 months old ::

Ceria

sedih

Alhamdulillah. Emir Yusuf dah 2 bulan usianya. atau lebih tepat, dah 70hari dilahirkan ke dunia. Alhamdulillah, Emir Yusuf anak yang mudah dijaga. kurang meragam. menangis bila perlu. Terima kasih Allah. kurniakan saya anak yang sihat,comel dan sebaik Emir Yusuf.

Pengalaman menjaga Emir Yusuf adalah sangat bermakna buat saya. masa ni rasa sungguh bersyukur saya belum bekerja. sebab, kalau tak mesti sekarang tengah serabut nak cari pengasuh atau nurseri yang terbaik buat anak. pastu mesti berlinangan air mata nak berpisah walaupun 8 jam je.dan paling bersyukur, saya mampu nak breastfeed  anak secara full-time. seronok tahu menjadi suri rumah sepenuh masa.keke

cuma yang tak bestnye dari segi duit la.itu keperluan. InsyaAllah, Emir Yusuf dan besar sikit..maybe 6months above ke..saya akan cari keje. untuk kebaikkan dia jugak.

so far perkembangan Emir Yusuf yang saya notice:
  • dah pandai senyum. paling suka senyum bila dia mamai nak tido. bila bangun tido pun senyum je bila orang agah dia.
  • suka berborak.ni masa umur 1 bulan pun dah pandai borak.specially lepas mandi.maybe dia rasa fresh
  • suka mandi.jarang la menangis masa mandi.syukurrrrrr.perangai mak dia la ni.
  • tak suka berbaring lama.kalau tak mesti merengek mintak angkat.kalau mood berborak dia datang,baring lama pun takpe.tapi mak dia pulak kesian anak asyik terbaring aje.rasa bosan ntahcamana ntah.
  • dah mula nak masukkan tangan dalam mulut.macam comel sangat.
  • suka pada objek yang bergerak seperti kipas dan kain-kain yang bergoyang terkena angin kipas.
  • dah boleh tido normal hour.masa kat langkawi hari tu, ada satu malam,pukul 4 pagi baru nak tido.siang dia tido nyenyak.nangis mak dia.nangis dalam hati je la.
  • suka ikut ayah dia berzikir.dalam bahasa dia la uolls.
  • kuat melonjak.aiyohh.nak pakai pampers dia pun berpeluh sekarang.
saya selalu borak dengan suami.cepatnya anak kitaorang membesar.rasa rindu betul dekat Emir Yusuf yang baru lahir tu. pastu nak tambah drama terus kitaorg bayangkan nanti lagi syahdu bila dia nak masuk sekolah.amik upsr.pastu bla bla..haha.matikla mak bapak emo lebih.

Emir Yusuf..mama dan ayah saaaaaayang emir banyak banyak

Friday, 10 February 2012

:: the moment ::

Petang tu, contraction makin kuat.terbongkok bongkok la aku menahan sakit.sambil tu sempat keluar jumpa suami lagi.lapar pun ada.so aku pun makan la nasik yang hospital sediakan tu.memang tak dapat nikmat makan dah masa ni.ada la dua tiga sudu aku suap nasik.lepas tu tak makan dah.sakit sangat.lepas makan jumpa suami sekali lagi.kesian kat suami yang terlampau risau kat aku sampai tak makan since pagi tadi.puas la aku pujuk dia kata dia ok.aku ni dah la sakit nak beranak.risau la pulak tengok suami aku tak makan ape kan.last aku mintak izin nak masuk nak rest.sekali masa berjalan nak masuk aku tengok nurse dah tunggu aku dengan wheel chair.haa..moment itu makin hampir.teruja + takut.sedikit ralat sebab tak dapat keluar inform suami aku dah nak masuk labor room..nurse suruh aku siap siap kan diri.pastu dia tolak aku masuk ke dalam labor room.jeng jeng.

masa ni,labor room memang penuh.kiranya ada kosong je terus masukkan mak mak yang dah nak beranak macam aku.sempat la aku tengok bilik yang belum dibersihkan dengan darah penuh kat lantai.perghhh..mengancam jiwa.lepas tu aku dapat masuk labor room yang baru je dibersihkan.lantai pun belum kering betul.lepas tu rasa lega dan nak bersalin cepat-cepat je rasa.sangat tak larat menanti dah aku masa ni.

dalam labor room ni aku bertapa lama jugak la.masuk dalam pukul 8.00pm. lepas tu datang dr. pelatih pecahkan air ketuban aku.selalu aku baca orang kata rasa panas je kan.aku takde la rasa apa.tak sedar pun tetiba aku tanya doktor kata dah selesai.gituu..macam tak percaya je diaorg ni dah pecahkan air ketuban.lepas tu macam biasa..tunggu la bukaan mencapai 10cm sorang-sorang.memang sedih.tapi sebab sakit aku dah tak feeling apa dah.

aku tengok jam kat dinding.sakit dah makin kerap.5min sekali aku rasa contraction yang super sakit tu.sampai keletihan.kejap kejap nurse masuk tengok bacaan CTG.lepas tu aku kena suntik kat peha.lepas je daripada tu sakit makin kuat dan kerap.teknik pernafasan dan berterabur dah.aku tengok jam.macam lama je aku kat dalam ni.bila la nak bersalin ni..

aku dalam keadaan mamai mamai dah masa ni.kejap aku tido.kejap aku sedar.yang aku ingat masa sakit dah makin kuat tu..nurse pesan kalau rasa nak terberak..bagitau.dan diaorg siap suruh aku membuang.lepas tu aku macam dalam keadaan mamai bila diaorg ramai-ramai masuh suruh aku push.

aku tahu, moment yang aku tunggu selama ni dah sampai.so aku pun push la mcm yang diaorg ajar.sebab terlampau nak control nafas..aku jadi tak tahu nak push.nak control nafas supaya aku tak bukak mulut la apa la.tunggang langgang aku rasa.nak menangis pun ada.aku dah takde tenaga.sebab tak makan.sebab lama sangat sakit.memang weak je rasa.siap kena marah sebab kepala anak dah nampak dan tersekat.suami masuk kasik semangat.tengah nak push tu boleh pulak drip air yang diaorg cucuk kat tangan aku tercabut.apa lagi bersembur la darah kat tangan aku.kelam kabut suami aku tekan tangan aku tak kasik darah kuar.aku ni tak fokus apa dah.tengah kumpul tenaga nak push aje.last aku dengar suami mintak keluar sebab dia dah pening since tak makan langsung.aku nekad.aku kumpul tenaga dan teran.

lepas tu aku dengar bunyi baby menangis dan nurse cakap "Allahhu Akbar"..

Ya Allah.macam tak percaya aku dah selamat bersalin.paling terkejut, masa nurse bagi tahu aku bersalin anak lelaki. terkejut besar jugak padahal aku memang ade rasa aku ngandungkan anak lelaki.even semua orang tegur perut aku nampak mcm membawa anak perempuan.kuasa Allah kan..

lepas tu nurse letakkan anak kat dada aku.rasa hilang semua sakit.sungguh magic.then, nurse bawak baby keluar dan tinggal la aku untuk part jahit jahit pulak.oh ye.before aku teran tu, aku kena gunting gunting.sebab aku dah tak daya nak meneran.sakit kena gunting ni buat aku jerit sakitttt dekat nurse.diaorg marah kata kalau sakit teran la.gitu..

sebelum dijahit tu aku rasa sakit sangat.mcm nak beranak sorang lagi.rupanya tu ialah uri.kemudian diaorg korek korek lagi buang darah beku kot.lepas tu baru jahit.masa jahit ni dah tak rasa sakit sebab tak sabar nak tengok anak aku.sambil dijahit sambil borak dengan nurse kata sorry la aku tak reti push plus takde tenaga apa.diaorg siap cakap bukan diaorg marah kat aku.diaorang kasik semangat.kalau tak aku mesti give up nak push.so bagi aku..nak push adalah susah.part lain aku bole terima.sampai sakit dada la kiranya.

lepas dah setel semua..aku dihidangkan segelas air milo.aku terus minum dengan lahapnya.dahaga kot.since pukul 8.00pm tak minum.dahaga jgn cakap la.bila tengok bibir aku kering masa tunggu bukaan tu, doktor just basahkan bibir aku dengan air.tu yang takde tenaga tu.rasa bersyukur sangat.dah selamat bersalin.kejap lepas tu, diaorg kasik baby kat aku.baby stay dalam katil baby.sebab letih sangat aku tak terdaya langsung nak angkat baby.terketar tangan aku.tapi tetap nak pegang anak.hoho..

aku tunggu je suami masuk.sampai kesudah suami tak muncul diri.rupanya nurse call suruh dia tunggu kat ward atas.aku lepas selesai semua tu rasa nak pitam.rasa hening semacam.mata rasa kabur je.aku ingat sebab tak cukup tido ke apa.lepas tu diaorg suruh aku duduk atas wheel chair.nak tolak masuk ke ward.nak tunggu ditolak tu pun satu hal.lama aku duduk atas wheel chair tu.aku dah tahap pening nak pitam.tapi aku diam je.ntah kenapa baik sangat aku masa tu.maybe lemah sangat.

dah setel semua, aku pun ditolak ke ward bersama 2 lagi ibu yang baru bersalin.rupanya ada ramai jugak yang bersalin pagi tu.aku selamat bersalin pukul 3.59am.haa..aku tak ingat masa.tu pun aku sedar dah pukul 5 lebih baru naik ward.sampai kat pintu ward aku nampak suami.terus teruja nak bagitau aku dah lahirkan anak lelaki.aku tanya suami dah tengok anak ke belum.dia geleng kepala.rupanya aku naik awal.anak aku naik lif selepas aku.punyala pening sampai tak tahu keadaan sekeliling.lepas tu aku dapat masuk ward yang ada 2 katil sebilik tu.sejak dari atas wheel chair, aku rasa darah aku keluar laju sangat.aku ingat normal.tapi aku rasa nak pitam.aku bagitau nurse.dia kata aku salah parking pad tu.sebab lemah.aku ye kan aje.pastu aku masuk toilet.nak tukar pad.suami pun ikut masuk sebab tengok aku lain macam.memang darah turun laju.yang pelik tu aku kuat la pulak berjalan.padahal baru lepas jahit.sebab tak selesa aku kuatkan diri bangun nak tukar pad.

sambil bersihkan diri dan toilet sebab penuh dengan darah,suami panggil suruh susukan anak.anak dah nangis.ok.memang aku kagum dengan diri.dah nak pitam pun aku sempat susukan anak.baring kejap sambil susukan anak.kemudian nurse datang dengan doktor.aku bagitau darah turun lagi.sekali doktor seluk.dia keluarkan darah beku.hampir 1 jug air darah beku aku pagi tu keluar.tu tak termasuk darah yang keluar mcm paip.pendek cerita..lepas bersalin tu aku turun darah hampir 900ml.

dipendekkan cerita lagi, aku terpaksa bertapa dalam ward selama 6 hari.sebab pulse aku tinggi dan doktor suspect  aku ada masalah jantung.nak pulak aku hilang darah banyak.macam macam la.hujung-hujung anak aku pulak kena kuning.pakej lengkap..

apepun, aku bersyukur pada Allah swt.semua ni antara kenangan manis aku dan suami. Emir  Yusuf adalah segalanya buat kami.sakit semua tu aku dah tak ingat..sebab dapat tengok muka emir yusuf..


:: Hampir tiba ::

lepas ketawa suka hati, kitaorg balik rumah releks kan diri.petang tu aku start rasa sakit.tapi contraction yang tak konsisten langsung.so, memang tak de la aku nak ke hospital balik.darah still keluar.nak makan pun tak berapa selera time sakit tu datang.so suami pun beli la makanan kesukaan aku.kesian aku tak makan.malam lagi la sakit.entah kenapa naik malam je rasa sakit.

esok paginya sakit masih ada tapi makin berkurangan.ah sudah.tak jadi beranak ke aku ni.down sedikit la masa ni sebab aku dah macam takde kesabaran nak jumpa anak sendiri.pagi tu teman suami pegi cari breakfast.sambil bawak muka sedih.entahla.kenapa entah nak rasa gloomy semacam.macam nak period.sedih yang bukan bukan.darah dah kering masa ni.masa nak beli breakfast aku tunggu je dalam keta.suami pun macam cuak.sebab aku nampak dia tunggu roti canai dari luar kedai sebab nak monitor aku yang tengah lepak dalam keta ni.aku masa ni di awangan sebab konfius bila nak beranak.dengan sedih mak takde di sisi...macam macam la rasa.

pagi tu breakfast pun aku makan sikit je.bukan sebab sakit.tapi sebab mood turun naik.tengah hari request nak bubur mcd.lepas makan rest lagi.pastu datang rasa sakit.sampai ke petang memang makin kerap sakit.suami dok tanya nak ke hospital ke.tapi aku belum ready.taknak kena seluk pastu disuruh balik.hampa ok perasaan bila kena balik sebab takde bukaan lagi.haha.matila saiko sangat statement.

petang membawa ke malam.sakit adalah makin bertambah.kejap konsisten timming dia.kejap tak.lepas tu abang ipar aku call tanya keadaan aku dan advise suami bawak aku jalan-jalan.untuk cepatkan bukaan katanya.so suami pun suruh aku bersiap.entah camana.aku dah bersiap dengan sakit yang makin sakit itu, plan nak jalan-jalan berubah ke plan makan-makan.pendekkan cerita,tetiba malam tu kami suami isteri + parents in law dan abg ipar ke jeram,kuala selangor.let ikan bakar uolls.begitu gigih sekali ibu mengandung yang sakit tu kan.suami dah ready masukkan beg baby dan aku incase aku sakit nak beranak terus shoot ke hospital.memang sakit yang amat malam tu.dah la sejuk kan.kiranya makin sejuk cuaca makin sakitla aku.macam waktu period datang.aku memang tak boleh kena aircond.sumpah sakit perut.haa.mcm tu la aku rasa malam tu.cuma sakit dia extra la kan.tu pun gigih makan ikan bakar.tiap kali contraction datang, aku tarik nafas dan hembus..pastu sambung makan. makan pun ala-ala je sebab sakit kan.darah keluar balik masa ni.

OTW nak balik, suami tanya nak terus ke hospital ke tak.tapi aku taknak lagi sebab masih mampu bertahan.dan aku dapat rasa bukaan baru 1cm kot.baik aku tido kat umah.dapat jugak bermanja dengan suami last time.kalau masuk ward kesorangan la aku menanggung sakit.

05.12.2011

malam tu...memang tertonggeng aku tahan sakit.merengek la aku.suami asyik terbangun dan tenangkan aku.memang sakit tatau nak cakap.tapi takde la aku menangis.sebab dah tak tahan sangat, pagi tu terus ajak suami ke hospital.sampai hospital terus daftar dan masuk ke dalam.prosedur macam aritu.mula-mula diaorg buat CTG.pastu kena seluk.hari ni agak sibuk.hari Isnin kan.ramai la doktor.dengan pakar la.doktor pelatih la.memang sibuk.nak pulak hari tu orang nak beranak pun ramai.macam-macam keletah aku tengok.sampai la saat nama aku dipanggil untuk seluk menyeluk..kali ni doktor perempuan.Alhamdulillah..rasa tak sakit jugak kena seluk.doktor cakap bukaan dah 2cm, so dia akan tahan aku.masa ni dalam hati ada bunga api.yeyyy..tapi berdebar ok.macam macam rasa.

pastu kuar dapatkan suami yang setia menanti aku kat ruang menunggu tu.bagitau aku nak kena tahan sebab dah 2cm.mintak dia doakan aku..suami kasik aku roti dan air.aku masuk balik.tunggu nama kena panggil.haihhh..seksa ok.dah la tengah sakit.lama pulak nama aku nak kena panggil.lepas kena panggil tu,diaorg kasik la baju pink suruh tukar baju.pastu sebab katil kat labor room tu penuh, aku kena duduk dulu.diaorg utamakan yang bukaan dah 3cm ke atas.aku kan baru 2cm.merasa kebas pinggang dan bontot menunggu turn dapat katil.kejap-kejap aku keluar jumpa suami.nurse pesan suruh ready baju baby,towel,dan pampers.masa tu terasa mcm anytime je aku akan jadi seorang mak.memang teruja.

tapi bila datang rasa sakit..hurmm..seksa jugak.nak baring tak dapat.keje aku berjalan aje la.jumpa suami dia urut2 belakang aku..nak nangis pun ada.tiap kali keluar jumpa suami, aku cium tangan mintak maaf dan doakan aku selamat.henpon tak le bawak masuk.memang masa tu aku dengan suami aje.syukur la ada suami disisi.tak dapat bayangkan kalo aku sorang aje time ni.huhu..

dekat pukul 12 ke 1 entah baru aku dapat katil.Ya Allah..lega sangat dapat baring.pastu aku tido kejap..dalam pukul 2 camtu doktor datang.seluk lagi.pasrah ok.sekali dah 5cm.doktor cakap cepat jugak.memula dia kata 6cm.tapi kat board tu tulis 5cm.pastu terus keluar jumpa suami bagitau dah 5cm.sakit tapi masih boleh tahan.muka dah tak lawa.suami usap2 belakang.borak-borak..pastu salam cium tangan suami.masuk rehat kat katil balik.petang macam tu datang pulak doktor india.lelaki.kali ni dia seluk sakit sikit.bencila.dah la banyak soalan tanya aku.soalan yang sama aku jawab masa kat bilik CTG.nak marah pun ada.aku dah la sakit nak beranak.

Friday, 27 January 2012

:: False Alarm ::

hari yang ke-52

baru ada masa nak menaip blog.betapa bz menjadi seorang mak tatau nak cakap.haha.

Alhamdulillah. Emir Yusuf pelengkap dan penyeri hidup saya dan suami.sampai hari ni masih tak percaya aku ni seorang emak. bukan ape.macam cepat betul masa berlalu. macam baru semalam aku tengah sibuk-sibuk siapkan hal hal kawen aku dan suami..cepat kan masa berlalu..

'false alarm'

03.12.2011

pagi tu aku bangun macam biasa untuk solat subuh.masuk toilet dan terkejut tgk ade bleeding.terus bagitau suami. dengan suara nak menangis.motip sangat tetiba nak sedih sedih. sebenarnya aku adalah takut. aku macam belum ready padahal memang dah time pun.aku punya EDD kalo ikut kiraan period 4hb.tapi kalau ikut scan, 7hb.so kira dah timming la masa tu.serius rasa cuak gila.plus rasa epi pun ada. terus call mak.mak kat alor setar.terus mak cakap nak datang tapi aku tak kasik.sian pulak nak suruh mak datang.lagipun aku belum sakit ni.lepas tu terus mandi dan siap siap nak ke hospital.tapi bercinta gila nak ke hospital.dah la tak sakit lagi.malas aku kena seluk bila tak sakit ni.

tapi, around pukul 9 macam tu suami ajak pegi hospital jugak.takut ape-ape jadi kat baby.ye la.ni 1st untuk aku dan suami nak sambut baby.menang zero la pasal ni.aku pun stuju.siap siap semua.salam mak ngan apak mertua aku.maklumla.menantu hantu.kakaka.pastu terus zasss ke hospital sungai buloh.sebelum sampai hospital berenti kejap dekat tol hospital sungai buloh tu.aku singgah toilet.tengok ade lagi bleeding.terus bertambah cuak.sampai dewan bersalin register.pastu kena tukar pakai kain.dok kejap kena panggil masuk bilik CTG.dalam tu ada la sorang lagi tgh buat ctg.masa ni perasaan adalah bercampur baur.masih lagi dlm mode: aku tak percayaa..matikla.sampai bila nak percaya entah.rasa nak nangis pun ada.sebab takut.

lepas buat CTG tu diaorg suruh tunggu jap kat luar before doktor panggil untuk kena seluk.seram ok.nurse siap pesan suruh bukak panties.masa tu ada la dua tiga orang lagi bakal ibu tengah tunggu turn.ada yang tunggu nak masuk ward.ada yang macam aku.tapi tak ramai sangat masa tu.lama jugak la menunggu, baru nama aku dipanggil.masa ni berdebar jangan ucakap.tapi dalam mode redha dan teruja.takut jugak sebab selalu kan orang cakap sakit kena seluk.nak pulak aku masa ni takde sakit apa.mcm cari nahas je kan.tabah aje la..memang berserah.sambil mulut,hati tak putus baca doa Nabi Yunus.segala teknik pernafasan semua aku apply.teknik bernafas untuk relaks kan diri.ni aku belajar dari blog aishah .crdt utk aishah.thanks sebab buat entry yang sungguh bermanfaat.aku amalkan teknik ni sampai saat nak bersalin.memang berkesan dan kurangkan rasa sakit.sebab releks.dan tidak gelabah.ok.sambung balik.doktor suruh aku baring atas katil.sambil tanya aku lebih kurang itu ini.haa..masa CTG tu pun doktor asyik soal jawab.macam-macam soalan kot.mujur tak sakit.boleh jawab dengan tenang dan ramah tamah.ok,masa nak seluk tu doktor tu say sorry,nak seluk and mintak permission nak seluk.sungguh sopan santun dan gentleman.doktor lelaki tahu..cina.dan dia seluk tidak sakit.rasa sungguh berterima kasih sebab tak buat aku trauma.aku rasa tu doktor pakar.sebab pro semacam.

doktor kata baru nak ada bukaan.means takde bukaan lagi la.patut tak sakit.dan doktor kata aku boleh balik since baby semua ok.dan doktor scan perut aku.cakap semua dalam keadaan baik dan berat baby 3kg which is sesuai dgn ketinggian aku.doktor tanya umah kat mana.since dekat dia kata,better aku balik.dan advise suruh datang kalau pecah air ketuban.dia kata bleeding ni ok.tak bahaya sebab laluan tengah terbuka.lepas seluk tu memang kuar darah lagi banyak la.ketul-ketul lagi.lepas dapat surah discharge, terus dapatkan suami yang setia tunggu kat luar.dengan rasa sedikit hampa, aku ajak suami balik.hampa sebab aku ingat baby dan nak keluar.hoho..

dalam keta aku dan suami gelak gelak sebab false alarm ni.siap buat lawak bodo.maklumla kan.tengah tak sakit...