atas
Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Wednesday, 15 December 2010

:: #49 ::

hari ni genap 10 bulan bertunang dgn en.gaban. cepat betul masa berlalu. sedar sedar dah 10 bertunang aku pegang title tunangan orang. tau tau, lagi 2 bulan nak kawen.cepatnya...

kadang-kadang aku rasa nak undur 2 bulan kebelakang.ape kes tetiba nak undur masa pulak? nak undur sebab aku rasa aku tak ready apa apa lagi.banyak benda aku tak prepare.tapi, kadang-kadang 2 bulan terasa lambat berlalu.

paling tak sangka.2 kawan baik aku kawen sebelum aku.tak sangka sebab diaorg tak plan.tak bertunang ape.terus kawen.semua pun plan last minute.sampaikan kenduri bestfren ever nanti aku tak dapat attend. lina, kenapa perlu hang kawen di hari aku nak ke KL? di kala tiket flight dah aku beli? frust jugak.sebab seminggu lepas beli tiket baru lina bgtau nak kawen. aku macam...what???

dan paling frust, 2 majlis dia aku tak dapat datang.akad nikah dan bersanding. dia pun faham since dia plan last minute.memang terbaik punya last minute.mujur sekarang semuanya ready made.apepun, aku frust.

sebolehnya, aku nak attend semua majlis kawen kawan aku.nak bersama di hari bahagia diaorg.bukan tiap tiap hari kawen.insyaAllah, seumur hidup sekali. tu yang aku ralat tu. mujur kenduri remy aku dapat attend. tu pun last minute. mujur aku memang dah apply cuti sebab hari tu en.gaban datang melawat aku.

lagi 2 bulan.insyaAllah.bercampur-campur perasaan ni.

semoga semuanya ok.aku selalu berdoa, segalanya urusan dipermudahkan.AMIN

Friday, 2 July 2010

:: #16 ::

pst.buat yang perasan.eh bukan perasan yang perasan cantik ke pandai tu.buat yang alert dgn perubahan blog.aku dah buang aku punya ticker.satu. aku buang ticker mengira nak kawen bila.sbb makin lama makin menurun.menambahkan cuak di hati.menyampah pulak aku bila aku gelabah tak tentu pasal.so aku buang.sbb aku belum betul betul ada tarikh kawen.

kedua.ticker bertunang.cilakak.aku ter'remove' gadget tu.sbb aku malas.aku tak masukkan balik.

ketiga.rupa rupanya duit yang byk dalam bank aku tu duit en.is.dia transfer kat aku.selama ni mmg dia selalu kasik duit dia utk aku simpan.sbb aku ada akaun tabung haji.dia prefer aku simpan kat situ.so..musnah harapan aku nak beli dslr.aku ingat tu gaji aku.aku ingatkan hotel ni kasik bonus diam diam.

aku malu kerana perasan.huk

Thursday, 17 June 2010

:: #4 ::

satu je benda aku menyampah dgn FIFA world cup nih.

kegemaran aku.terbatas.aku nak tgk citer pukul 8.00pm.citer princess hours.dulu dah tgk kat tv8.tapi yang bahasa cina.tak feel ok.aku lagi faham kalau yang bahasa korea.huhu.perasan ni pandai cakap korea.haa.mana tau nanti aku bebetul pandai hangul

tapi takpela.sbb ayah aku yang nak tgk bola tu.aku mengalah ajela.kata 4 tahun sekali.baiklah ayah baiklah.saya akan beli vcd lepas ni.

aku mengantuk ni.aku belum mandi.tadi lepas maghrib terus lepak dpn laptop.aku puasa hari ni.kesan makan masa berbuka tadi.aku rasa mengantuk yang amats.sbb suasana adalah sejuk.aku terlupa mandi.

heaven je rasa masa bujang ni.takde fikir pasal suami.aku tak terbayang macam mana la aku lepas kawen.boleh ke handel rumahtangga.aku ni balik keje je penat.cari bantal.takpun sampai je rumah cari remote tv.layan tv sedas dua baru reti nak solat asar.macam setan.tapi aku dah insaf.aku cepat2 solat sbb mak aku selalu bebel.macam mana la doa tak lambat makbul.solat lambat.tudiaa.terus akak insaf.

2 hari ni keje agak heaven.stress tetap ada.tapi aku jenis suka block.dtgla benda benda apa pun.yang aku rasa aku malas nak fikir lagi.aku block kejap.sbb aku nak setel benda benda pending.memang muka tak cantik la time keje.takde masa dah nak senyum.orang bebel tepi telinga pun aku buat tatau.janji keja aku siap.janji bos aku kata ok.good.yang lain lantak.

2 3 menjak ni aku asyik la bermimpi bercinta dgn sesorg.tak pasal pasal aku jadi malu bila berdepan dgn dia.macam zaman sekolah.bajet ayu kah nak malu malu begitu.aku ada bgtau en.is.walaupun dia reply secara gelak tawa tapi aku tau terselit nada nada cemburu.mmg tujuan aku nak bg dia cemburu pun.saje nak test.selama ni dia jarang nak cemburu dgn aku.kecuali dulu.masa mula mula bercinta.dia sibuk sms aku.tetiba aku tak reply.sbb aku layan borak dgn kawan aku.lelaki.yang dulu agak close dgn aku sampai nak jatuh cinta.tetiba esoknya encik Is bgtau.dia rasa sedikit cemburu.muahaha.aku suka.

tapi takmau la dia jenis cemburu buta.nasibla dia cemburu manja manja.

petang tadi, encik is sms.sms aje ye.call takdak.sejak naik pangkat ni dia memang bz mengalahkan ceo kilang.eh.kilang ada ceo ke? en. is sms aku.say sorry.sbb kononnya dia telah abaikan aku.aku nak sms ajak bercinta.tapi dia asyik layan tido.terharu gue. aku memang kuat merajuk dulu.sejak aku dah behave ni, bukan main en.is jaga hati aku.tu la.aku kena buat bodo je bila dia tido.jgn meroyan kata dia tak sayang aku ke apa.kan sweet bila macam ni.hati sape best.hati aku la jugak.

aku reply.aku tak kisah.janji setia.aku tau dia keje.dia promise nak cari keje yang opis hour.senang kalau dah berkeluarga.aku pun harap macam tu la.sape yang suka suami keje malam malam kan.

aku jugak berangan berharap encik is dapat keje baru.yang ada peluang utk dia sambung blaja.sambung blaja kat oversea.kalau boleh kat korea.hahaha.

dan yang penting, dia angkut aku sekali.masa tu aku akan blogging dari korea.dan aku promise akan letak gambar.muahaha

ye.angan angan memang indah.

Friday, 4 June 2010

:: misi kawen # 3 ::

bulan june. meaning, lagi 8 bulan. lambat lagi.

belum masa untuk gelabah tanpa sebab.lagipun skrg ni aku blank lagi pasal persiapan kawen.sebab apa? sebab aku takde keterujaan. saat itu belum muncul. lagipun en.is cool je pasal ni.takkan aku nak lelebih. tunggu dia kasik green light baru aku akan teruja tanpa sebab.muahaha. (read: duit)

cuma, sebagai seorang perempuan normal, berangan pasal kawen adalah mesti. contohnya berangan pasal warna tema, pasal hiasan rumah, hiasan bilik, bunga telur, kad kawen..bla bla bla..

aku manusia yang takde seni langsung.jadi perbuatan DIY memang takkan muncul la dalam kamus persiapan kawen aku nanti.abis sangat aku DIY bilik tido.tu pun kalau aku rasa roh kreatip aku nak kuar.aku ni once in the blue moon, agak kreatif. bila tgk hasil keje lama-lama mesti macam kagum dgn diri sendiri.woh, aku dulu kreatip kan.gitu.dasar perasan kan.

warna tema aku berubah mengikut mood.pink sudah pasti la tidak.even aku minat jugak dgn pink tapi aku rasa agak gegirl.plus, aku sedar kaler kulit aku.lepas tu datang pulak perasaan ingin warna purple.sekali macam dah ramai orang guna la pulak kaler purple tahun ni.takde faktor wow di situ. oren? perghh.kalau aku fanatik Holland, mmg aku guna la kaler oren.
pastu datang pulak perasaan nak kaler hijau.fine, hijau mmg cool.macam daun daun gitu.tapi takde la aku nak hijau segala alam.aku mungkin akan masukkan faktor putih di situ.pastu mesti orang cakap aku penyokong PAS kan? lantak ah.janji aku kelihatan comel.

masalahnya, comel ke kauuu?

motip memarahi diri sendiri.

itu lah ye tuan tuan dan puan puan sekalian, memilih tema untuk majlis perkahwinan agak memakan masa jugak.aku rasa aku start pilih tema ni sejak aku belum ada boipren.masa sedang ingin bercinta tapi takde sapa nak mengorat sbb asyik berkawan je dgn lelaki.mesti orang ingat aku dah berpunya terus tak jadi mengorat.padahal aku ni single.punyalah teringin nak ada boipren time belajar.boleh la dating lepas kuliah.lepak kat tasik guthrie time petang.tapi non ado.hujung hujung dekat nak grad baru en.is melamar.tu pun selepas 2 3 tahun kenal aku.sampai skrg rasa tak percaya aku bakal kawen dgn orang yang langsung tak terlintas dalam list pakwe idaman.haha.matiklaaa..

1st time ber'sms' dgn en.is ada jugak rasa dihati ingin mengorat.sekali dia bgtau dia ada suka dgn somebody.terus aku macam 'do i concern?' haha.tapi masa tu tak frust sbb aku suka orang lain kan.biasala org tak cun mmg suka org lain dalam diam.lepas tu bajet org tu nak mengorat.padahal muka aku pun dia tak cam.sedih betul.

dalam sibuk meluah perasaan dkt en.is, pasal aku suka kat kawan sekelas aku la.pasal aku bergado dgn kawan aku sbb dia cuba menikam aku dari belakang.nak tolong aku tackle orang yang aku minat sekali dia amik kat dia.sampah betul aku rasa masa tu.terus YM mengadu dgn en.is.lama-lama aku syok pulak kat en.is.tapi gua diam beb.kata perempuan macho.harus simpan perasaan.cakap pun kasar je ngan en.is.ber 'aku' 'ko' aje.antar sms pun main 'oit..oit' punya la berbahasa time tu.tapi sbnrnya masa tu dalam hati dah berkupu kupu dah.jangan kata ada taman.siap ade tasik, air terjun, musim bunga.musim apa kau nak semua ada ok.

tapi sbb berpegang pada prinsip perigi tak cari timba, aku buat bodo la lagi.tapi bila en.is mula cerita pasal ade awek tu la, awek ni la suka dia.aku menyirap limau terus.terus nekad ni nak putus kawan.aku mintak dia jgn contact aku dah.motip aku nak merajuk time tu.aku sapa? haha.

tetiba kan nak bukak kenangan silam.motip sangat.

pendek cerita, skrg kalau aku merajuk pun en.is dah tak gelabah pujuk macam dulu.sentap sangat.sedihla.skrg kalau ugut nak bawak diri, mintak putus kasih pun non ado en.is layan.dia paham.aku drama queen. tu la.byk sangat tgk cerita tamil kot.muahahahaha.

aku berdoa, perjalanan urusan kawen aku dgn en.is dipermudahkan.contohnya urusan hal kebenaran kawen, urusan majlis..segala-galanya la.tu la yang penting buat aku.pasal pelamin jenis mana.pasal baju fesyen apa, aku tak de kisah sangat.janji baju yang aku pakai buatkan aku ni nampak lain daripada hari biasa.nampak seri pengantin la kata org.

pelamin mmg takde la.tatau la kalau tetiba aku nak buat pelamin kan.tapi lebih kepada taknak pelamin.sbnrnya, aku lebih memikirkan jenama peti sejuk yang aku nak beli lepas kawen.pastu cara cara nak deco rumah.nak cat rumah kaler apa.nak anak berapa org.gitu..motip gatal terlebih ke apa ntah.hahaha.

paling tak boleh blah.aku dah siap fikir nama anak aku.ye ye.saya mmg poyo.

since takde persiapan apa.aku just siapkan diri je la.

1. kecantikkan wajah.kurangkan wajah kusam.say no pada jeragat, tone tak sekata dan sewaktu dgnnya.oleh itu aku sedang amalkan safi balqis.(motip sebenar: akak dah tak mampu guna loreal dik non)

2.makanan kesihatan. aku amik evening primrose. safwa sihat lagi suchi.ni untuk kecantikkan dalaman la kot. kot kerana aku lupa apa fungi sebenar benda alah ni.haha.

3. bwhite. kerana aku mengharapkan kulit aku mendapat cahaya.kurangkan kusam.gitu...
4.diet. ni no komen la.displin uolls.displin.

5.senaman lite lite.

6.bedak sejuk setiap malam.bedak sejuk khas daripada bakal mertua.ihiks.

dah.bubye girls

Friday, 28 May 2010

::queen drama ::

semalam, aku patutnya keje sampai pukul 5pm. tapi aku mintak balik awal.claim hours. biasa la keje hotel.kekadang balik lambat.so aku boleh claim balik hours aku yang selalu balik lambat tu (read: pekerja rajin.hak hak)

semalam mood tarak.sangap.buat keje sikit.sangap banyak.aku sorang aje yang kuli.2 orang lagi bos.so keje keje pick up phone aku yg buat.opis mate lain tak dtg.mc la.on leave la.sorg lagi terpaksa masuk shift malam sbb night audit amik compassionate leave. ayah dia meninggal. al fatihah buat arwah ayah nazrul. dan hasilnya, aku keje sorang sorang. menyampah ok. tak boleh fokus. kejap kejap phone bunyi. kejap kejap bunyi. kalau ade kaitan dgn aku takpe la weh. ni cari orang yang cuti.mengganggu konsentrasi jugak. last last aku decide balik awal.lagi pun aku puasa.mengantuk betul.

aku bukan la pegi keje sbb kawan.tapi bila situasi macam tu terjadi, aku takde semangat woh nak pegi keje.macam tak best buat keje sorang sorang. ni masih lagi mood sedih kawan aku nak berenti. aku macam nak paksa kak sue terus stay keje kat situ. tapi sapa aku.lagipun dia keje ke tak, life must go on kan.aku tetap kena cari duit.

takpe.aku ni nak period.tu pasal mengada lebih.

dua tiga hari lepas, aku perang dingin dgn en.Is. aku siap tukar guna number digi.motip xnak en.Is cari.biar nanti dia sms aku tak reply.biar dia call aku x pick up.biar dia gelabah.biar lepastu dia rasa menyesal sbb marah aku.haha.

tapi balik balik aku jugak yang sms cari dia.kental ok en.is. kamu biarkan saya meroyan sorang sorang.bengong je rasa.tapi itula.kemanisan paling hebat ialah bila dah berbaik lepas bergaduh.sumpah syiok.semalam lepas abis antar sms marah, luahan tak puas hati, mintak break..lepas 2 jam aku sms say sori.lepas tu tido.muahahaahaa.

mungkin en.is kesian, dia pun sms.terus weh hati cair mcm beg plastik kena bakar.haha.terus dtg keinsafan dari hati.pukul 5am aku sedar dari tido tgk ada sms dari en. is. terus terbang segala ego.segala rasa marah.terus nak cakap i love you very strong en.is.terus tak jadi nak mengorat orang lain.

aku menyampah jugak bila dtg perangai drama queen aku nieh.rasa nak tampar diri sendiri.ingat cute ke merajuk merajuk ni.aku dah tua ok.tapi itula.mengada lebih.ni pasal tinggal jauh.nak dating ujung minggu tak bole.harap sms je.bila xdpt sms.bila kena marah sikit terus sentap sampai ke hulu hati ok.en is, take note, saya tamau tinggal asing asing (kalau bole) lepas kawen.kalau keadaan terpaksa, i redha.(pasrah).

bila dah baik.terus rasa nak tempah kad kawen uolls.bole? tapi belum ada tarikh.how?