atas
Showing posts with label love my life. Show all posts
Showing posts with label love my life. Show all posts

Tuesday, 7 June 2011

:: bagan lalang with love ::

ramai kan orang kawen minggu cuti sekolah ni. terimbau kenangan rasanya.terus rasa nak kawen lagi sekali.dengan orang yang sama la pastinya. nak rasa berdebar tunggu pengantin lelaki sampai. nak rasa malu-malu jeling bakal suami. nak rasa sejuk tangan tunggu suami lafaz akan.nak rasa hepi bila dah sah jadi isteri orang.semua rasa tu, aku nak rasa lagi...kalau boleh hari hari nak rasa nebes bila tengok suami. baru la getaran cinta di jiwa kan.makhaiiii.jiwang betul.

kami masih tinggal di sg.buloh.masih menumpang kasih sayang mertua.rumah kitaorg belum boleh masuk.aku pun dah sangap ni.daripada mood tinggi melangit nak hias umah.nak deco.nak cat sendiri.terus dah tukar ke mood nak keje aje.aku tengah bosan ni.mood nak beli barang baby belum wujud.sebab terbantut dengan mood nak masuk rumah.lagipun aku takut nak teruja terlampau.nantila.perut dah besar, aku nak amik mood shooping barang baby.

petang sabtu lepas, aku dan suami ke bagan lalang. picnic kekononnya.kawan-kawan suami la, plan nak buat bbq la, apa la. aku dengan suami yang prepared semua tu.krem kaki aku hari jumaat tu.berdiri lama sangat kat sinki.proses ayam punya pasal.2 ekor je pun, tapi letih lain macam. rasa dah tak kuat sekarang ni.lupa la.aku tengah pregnent kan. lepas tu aku serah tugas kat suami untuk proses pemerapan.mujur la masa tgh proses ayam tu suami tolong jugak.aku dah loya tengok lemak ayam segala.sikit je lagi nak muntah.terus tak lalu nak makan ayam.

petang sabtu, pukul 4 macam tu kami gerak ke bagan lalang.ikut guthrie.tatau mana jalan paling dekat dan murah kan.tapi aku rasa ikut plus pun lebih kurang aje.seronok petang tu.maklum la.aku kan, lepas 4 hari baru dapat jumpa suami.tiap kali suami nak balik sg.buloh, aku mesti teruja lain macam.mesti nebes jugak sikit2.haha.itu yang manisnya dok jauh walaupun 4 hari aje.tapi sedihnya time sakit belakang, loya nak muntah takde sape nak layan uolls.kalau mengidam ke ape pendam sambil sms mengadu.sms aje laaaaa...

petang tu, rasa epi.maybe baby pun rasa seronok.kalau tak aku terperap aje kat rumah.rutin harian, buat keje rumah.pastu tengok tv.sangap.bila dapat keluar jauh sikit, seronok lain macam.nak pulak cuma berdua dengan suami.aku nyanyi-nyanyi.suami pun layan aje.dia pun hepi bila aku takde mengadu nak balik langkawi.serius ok, aku sangap terperuk kat rumah.at least, langkawi tempat aku.aku tau nak gerak ke mana aku suka.sg buloh ni masih baru untuk aku.asing.walaupun PIL baik, tapi aku tetap tatau nak buat ape.ye la.aku takde keta nak gerak mana.tu yang sangap lain macam.dah la tengah pregnent.emosi turun naik.kadang-kadang telepon mak kat langkawi.bergenang je air mata. nak ngadu memang tak la kan.cuma rasa sayu je bila mak dan ayah jauh.suami pun jauh.memangla ada PIL.tapi tak sama dgn mak dan ayah sendiri.

sampai kat bagan lalang pukul 530 ptg cam tu.jalan-jalan amik angin dulu sebab kawan-kawan suami belum sampai.romantik je rasa.tapi tengah berjalan tu, bau ikan bakar.terus mood nak makan dtg.ajak suami makan kerang bakar.sedap.makan 1/2 kilo RM5, share berdua.makan bertiga.bahagia.bahagia.

lepas tu,kawan en.suami pun sampai.tapi yang ditugaskan bawak arang tu tak bawak pemanggang pulak.makan terjadilah ayam yang dipanggang atas arang aje.kering ayam aku tu.sebab balut dgn kertas aluminium tu, bakar.takde percik2 minyak.harus la kering kan.tapi aku hepi la petang tu.

aku suka sbb tempat tu selesa.ade surau, ada toilet.dan toilet tidak kotor.itu penting. 

yang penting, moment di  bagan lalang hari sabtu lepas adalah antara moment paling indah dalam hidup aku.sayang tak amik gambar.aku try jugak snap.guna hp.gelap gelita je.sentap.ni yang rasa nak dslr ni.

nota si kecil: baby dah 14 minggu.perut belum buncit.maklumla, orang berisi mcm aku susah nak tgk perut buncit.masih belum rasa apa apa.cuma loya dah kurang.rasa ngantuk dah takde.dah sihat.dah rajin masuk dapur balik.

Wednesday, 5 January 2011

:: #54 ::

ape nak jadi dengan aku.makin nak kawen.makin tak pandai jaga badan.makin pemalas. tak boleh nak blame sape dah.memang diri sendiri pemalas.

huk huk.

malas nak minum air kosong.serius air kosong membantu menurunkan berat badan.aku minum air banyak gila masa keje dulu.keje dalam air cond kan. kulit cepat kering. aku jenis pemalas pakai losyen. tapi aku suka minum air. so selamat la kulit aku daripada jadi mangsa kering. lagi bertuah sebab berat badan turun. the power of water. air kosong la pun. bukan sirap ke, milo ais ke.

so, kena amik berat pasal ni. siang aje la pun nak minum air banyak. cari nahas ok kalau minum air banyak-banyak waktu malam.merasa tidur terganggu. tak pun feeling mimpi gi sunway lagoon. tak pun mimpi mandi-manda. awas ok. takut kena jemur tilam di siang hari. tak pasal-pasal jiran sebelah pening buat spekulasi. kalau ade anak kecik takpela.boleh kaber.

selain daripada malas minum. aku jugak tidur tanpa pedoman. dulu, masa keje.sangat displin. pukul 11 malam dah rasa mata kena sapu gam. kena tidur sebab esok bangun awal. kalau tidur lambat, nanti padah di pagi hari. bercinta nak tinggalkan katil. so, takkan ade episod tidur pukul 1.00 am ke ape. tapi sekarang..haih. malu nak taip.

seriusly, kena jaga badan. bukan sebab nak kurus aje. tapi sebab nak stamina. ye la. dah tua ni stamina tak macam zaman remaja. selamba badak berjalan sana-sini. daripada hostel ke pekan tu pejam mata aje. sekarang ni. haih. boleh meroyan kalau kena jalan jauh-jauh. tapi kalau keluar dating dengan en.gaban, pejam mata jugak kalau kena jalan jauh. sebab 2 3 hari before jumpa, siap siap jogging, exercise dengan kakak jillian. jadi stamina meningkat. 

badan sangat lembik. aku tak suka. aku kena cergas. aku rindu zaman belajar. sebab aku banyak berjalan. nak pulak masa tinggal kat sintok. takde kenderaan. bas aje. kalau malas nak berebut bas. aku jalan kaki aje pegi kelas. pusing tasik. memang takde masalah. badan rasa sihat je.walaupun besar.badan adelah bebas penyakit. 

stress nye bila nak kawen. semua orang nak kasik tips. semua orang sibuk tanya pasal diet. tu yang stress tu. semua menaruh harapan nak tgk aku cantik ke ape ni. aku je ke takde nafsu nak cantik. serius aku sangat blur sekarang.

baiklah. nak tido. sebab dah pukul 12. nanti tido tak cukup. muka sembab. tak cantik.

Monday, 13 December 2010

:: #47 ::

13.12.1983 ~ 13.12.2010

Alhamdulillah.Syukur pada-Mu ya ALLAH.

tarikh keramat buat aku. today is my besday! 27 tahun lepas, pada waktu begini, mak aku mungkin sedang berdebar. berdebar untuk melahirkan bayi kedua beliau.masa tu aku tak pasti mak aku dah tau aku baby girl.sebab aku belum tanya.yang aku tau, tiap kali pregnent, mak akan sediakan dua nama. satu nama untuk anak lelaki.satu nama lagi untuk anak perempuan.

waktu ini.pukul 12.32 pm, di bumi kuching, mak aku sedang layan anak sulungnya.abang aku.abang aku mengidam adik lelaki.senang dibawa gusti katanya.sebagai seorang perempuan, aku speku mak aku mesti harap aku baby girl.

waktu ini.27 tahun lepas.aku belum dilahirkan.aku masih dalam perut mak.rileks-rileks tanpa perlu fikir kesan ekonomi negara diatas kenaikan harga minyak.

aku dilahirkan pada pukul 10.00 malam.pada tarikh ini.27 tahun yang lepas.sudah 3 kali aku bgtau aku dah berumur 27 tahun.aku dalam ketegori wanita idaman.kerana muda tak muda.tua pun tak tua.cun org tua-tua kata.wekkk.

mak aku cakap.dia senang lahirkan aku sebab tenaga banyak.pada usia 24tahun.dan baru lepas makan nasik.jadi kawan kawan.kalau nak bersalin, sila lah makan.jgn tahan selera.haha.tetiba nih.

jadi, hari ni, aku nak ucapkan million terima kasih buat emak yang dah melahirkan saya 27 tahun yang lepas.terima kasih buat ayah yang banyak berkorban, untuk membesarkan saya hingga cukup 'besar'.yang tak pernah kenal erti jemu bekerja siang malam untuk sekolahkan saya hingga saya berjaya masuk universiti.terima kasih, mak..ayah.love u very strong.

di usia ini, dan dua bulan yang akan datang, insyaAllah aku akan jadi isteri buat en.gaban yang amat aku kagum dan sayang.kagum sebab beliau begitu tabah menghadapi tunang yang cepat gelabah dan tak tentu hala.terima kasih kerana sayang saya seadanya saya walaupun saya belum berjaya putihkan muka.sob sob.

terima kasih buat abang yang memula stress sebab saya bukan adik lelaki.tapi tetap ajak gusti.tu salah sebab aku agak kasar.terdidik dari kecik jadi kasar sebab abang aku tetiap hari ajak gado.jadi kasar sampai memula kenal en.gaban dia takde rasa nak buat awek.dia buat adik aje.pastu baru rasa nak buat awek.lantas terus sunting buat isteri.

terima kasih buat adik adik yang banyak bersabar mendapat kakak yang garang dan kuat berleter.terima kasih sebab sayangkan kakak dan ketawa bila kakakmu ini buat lawak.saya terharu.sob sob.

dan terima kasih buat semua yang sudi menjadi sebahagian daripada hidup saya.

di usia ini.saya gembira, saya adalah saya.dan saya bukan fasha sandha.hahaha

Wednesday, 8 December 2010

:: #46 ::

pukul 12.18am.

dan aku adalah tetiba lapar.ok, hari ni dah 3 hari duduk rumah.heaven sambil boring.heaven layan tv.layan dvd korea.layan boys over flower sampai termimpi-mimpi lee min ho dtg rumah.haiyohh.

pagi tadi aku pegi picnic.dengan ex-opismate.aku, kak ida, siti dan kak sally. tak ramai tapi best.air sungai yang sejuk mcm air ais.cuaca yang redup.perfect.hilang segala duka nestapa. rasa nak buat rumah tepi sungai.sungai yang jernih la.sungai yang macam kat bank negara tu buat apa.aku tatau la ape nama sungai tu.eh tepi bank negara ke? matikla kan.tak tau tapi nak buat perumpamaan.

hari ni mood baik sebelah pagi.sentap disebelah malam.well.kurang kasih sayang agaknya. jadi bila sentap, akan perang dingin secara tidak sengaja. dah la penggangur.suka cari pasal pulak. pathetic nye aku...

petang tadi.ex-HR call.bagi tau ada peluang keje.sungguh terharu sebab masih ade yang nak membantu. tatau la nak try ke tak keje ni.sebab ape guna aku kerja sebulan dua pastu nak berenti.semua serba tak kena.nak pulak tengah perang dingin.perang saraf. rasa nak bawak hati je sekarang ni.sejak mengganggur.hati adalah super sensitif.mak cakap lebih kurang pun terus hati berdarah.lalu bawak diri masuk bilik.layan lee min ho - kekasih dalam mimpi ku. walaupun realitinya saya seorang yang sensitif, tapi bila dah hilang daya upaya cari duit ni. rasa sungguh loser. the biggest loser.

semalam rasa bersyukur.sempat baca doa akhir dan awal tahun. berazam untuk mulakan tahun ini dengan lebih gagah perkasa. bukan fizikal. tapi hati. hati cepat melatah sekarang. suka ketepikan akal. suka buat pasal. azam lain:
  • jadi isteri yang baik untuk suami (soon)
  • jadi anak yang soleh untuk mak dan ayah dan jugak kedua mak dan apak (soon jugak)
  • menjadi seorang hamba Allah yang baik.
  • kurang mengumpat. nak berenti. kena kurangkan dulu.sapa kata dia tak ngumpat orang? tak sedar ok.tengah buat luahan perasaan.tau tau dah kategori mengumpat.
  • nak dapat keje yang bagus.
  • jadi lebih baik. of course la kan.
azam memang banyak.hari hari pun ada azam.contohnya esok nak bangun awal.kemas rumah. bagus ok azam macam ni.

baiklah.esok nak bangun awal.nak kemas rumah.

Friday, 19 November 2010

:: #40 ::

kehidupan aku lately up and down.tapi being me, aku cepat ignore benda benda yang menggangu gugat perasaan aku.tak kisahla benda yang hepi ke sedih.sebenarnya, aku dah tak berapa nak feeling dgn sedap.paham tak. nak sedih pun tak sangat.nak epi pun takde sangat. perasaan aku adelah biasa biasa aje.

aku tak salahkan sesiapa.mungkin faktor usia.rasa suka terkinja kinja makin menurun.yang ada cuma rasa nak rest.nak hidup aman damai.sejak aku abis belajar.tahap kegiatan sosial memang turun la.fokus aku hanya pada family.bukan nak canang aku budak baik tak berkawan ke ape.still ada kawan.cuma rasa ghairah nak bersama kawan tu dah kurang.rasa lebih enak stay kat umah sahaja.dah macam ape ntah.

dunia aku, umah-keje-umah.family-opismate-family.haha.sedih.tapi itu yang terbaik.nak pulak sejak bertunang, aku lebih utamakan en.tunang berbanding kawan.haah.ko ado guna perkataan berbanding? macam baru baru ni.majlis kenduri kawen kawan kat kajang.aku boleh nak pegi dgn kawan kawan lain.tapi rasa lagi baik pegi dgn tunang.takkan aku nak ke kl.jumpa kawan-kawan aje.rasa bersalah.dah la jarang berjumpa.sepanjang bertunang tak sampai seploh hari kot jumpa.zaman bercinta lagi la.memang dasyat.

aku tak kisah kalau ade kawan kawan nak kutuk.bukan aku buang kawan.tak.aku tahu penting ada kawan.cuma kawan aku skrg yang paham pasal aku la.yang sudah berumah tangga.yang life mereka tak sepenuh masa dengan kawan.zaman belajar boleh la.aku asal orang ajak kemana.memang on sentiasa.tanya la room mate aku dulu.pantang kawan kawan aku ajak berjalan.aku la yang selalu ade.muka aku memang tak pernah takde dalam setiap aktiviti.komitment memang tinggi.haha.skrg..dah takde.apepun hanya pada family.

 pathetic sungguh life aku sekarang.tgk gambar kawan kawan hang out.terasa sayu jek.lagi sayu bila kawan kawan pun dah taknak ajak aku.aku selalu menolak.padan la muka aku kan.hoho.bila ade pasangan yang bukan seusia atau sekepala dgn kawan kawan..memang mencabar.sudahnya aku pilih pasangan aku la.

takpela.ni bukan ape.faktor usia.aku tak salahkan kawan kawan kalo nak jauhkan diri daripada aku.aku sendiri yang bawak diri.

Tuesday, 14 September 2010

:: #37 ::

syawal ke-5.

semalam lagi aku dah masuk opis.takde cuti panjang pun.walaupun hati masih belum redha nak keje.eceh.siapa kau nak sesuka hati masuk keje ke tak kan.sebab dah apply sehari sebelum raya, maka raya ke-4 dah masuk keje.

lagi tak best bila aku sorang aje dalam opis.best pun ada.sangap pun ada.best sbb opis tu aku yang punya kan.merasa kejap kejap releks.kejap kejap usha FB.pastu buat keje pun best.takde sape nak ganggu aku.syok gilaaa.cuma yang tak best.aku sorang.takut pun ade.merasa aku tahan perasaan nak ke toilet.

raya tahun ni, nak kata best..okla.nak kata tak best..best jugak.sederhana aje.sebab takde baju baru.yang best, dapat berkumpul dgn family.itula paling nikmat buat aku.aku ni jenis homey dan family oriented.aku suka duduk umah.aku suka lepak dengan family.keluar shopping pun aku lebih suka dengan family.mungkin dah terdidik daripada kecik.so, bila dapat berkumpul semua dalam rumah.aku rasa epi sgt.walaupun aku cuma 4 beradik.tapi aku rasa dah meriah sangat.

sipi sipi terasa risau.ape macam la aku nanti kalau kena raya berjauhan dari mak dan ayah.huih...makan masa jugak nak tenang ni.tapi takpe.benda belum jadi.tak payah fikir kan.nanti dah betul terjadi, aku fikir.matikla.takde sapa kisah  pun.

malam raya, aku dengan adik aku alin, sibuk kemas rumah.cuci lantai kat depan umah.mop segala lantai.pastu ila sibuk masukkan kuih raya.feeling raya abis sambil dengar radio.tahun ni abang sambut raya kat rumah mertua.so agak sunyi bila fatin takde.serius best berborak dengan anak buah aku tu.paling tak boleh blah bila dia dah pandai cakap "syattt...syattt.." (read:sat, kejap)..

malam raya takde cerita best.nak marah jugak ni.astro dah la bayar mahal.ade ke asyik ulang cerita tahun lepas.huih.serius melampau.dah la lambat bayar nak potong.service cincai.geram je aku dgn astro ni.nasib la aku suka tgk channel 711 tu.kalo tak memang aku nak potong je astro ni.dah la orang komplen tak pernah ambik peduli.

wah.tetiba bebel astro.penat menaip.

malam raya tido awal.rasa tak sabar sbb dapat beli tudung baru.aku namakan tudung tu..tudung "mazakara wakata wakata gaban" sebab ada ciri-ciri arab dan ninja disitu.nasibla.sekarang semua pun fesyen.pakai la tudung senget pun.takpe uolls.fesyennnn

sebenarnya aku nak cerita sehari sebelum raya.aku amik cuti kan.aku shopping sakan.mak aku siap beli periuk baru.ok.dah abis sudah cerita pasal sehari sebelum raya.

pagi raya, sahabat baik datang.ahaa.terlepas peluang nak solat hari raya.entah kenapa..sikit sikit nak emosi.rasa sedih bila terasa tahun ni tahun last aku raya sebagai anak gadis mak dan ayah.maybe tahun last dapat itu dan ini.entah apa apa.macam la dunia berakhir bila dah kawen kan.ni namanya emosi tak kena tempat.malas aku nak layan.

marah diri sendiri la pulok.

lepas semua balik dari masjid dan kubur, bermula la sesi salam bersalaman.takde adegan sendu sebab semua jenis tak drama.alhamdulillah, niat nak bagi mak ngan ayah duit raya berjaya.walaupun tak banyak.tapi rasa syok macam mana ntah.rasa macam best dapat bagi mak dgn ayah duit raya hasil titik peluh sendiri.adik adik pun dapat rasa.alhamdulillah, rezeki.bulan lepas service point agak tinggi.merasa la raya bagai nak rak.tapi terbatas bila tetiba upah langsir mahal tak terjangkau akal dan fikiran.tapi takpe.tu pun hadiah untuk mak.

apa lagi nak cerita?

raya ke rumah jiran jiran.pastu balik kejap sebab jiran lain datang.pastu, ayah nak solat jumaat.lepas solat jumaat baru berjalan-jalan kerumah sedara-mara.masa terhad.so tak banyak rumah yang pegi.tapi okla.aku epi sepanjang hari.

sebenarnya aku dah takde idea nak menaip pasal macam macam benda ada dalam otak ni.tetiba semangat nak kawen membuak buak.hoih.pening aku layan diri sendiri.dah.

babai

Wednesday, 8 September 2010

:: #35 ::

Alhamdulillah.hampir sebulan kita berpuasa.

insyaAllah, lusa raya. persiapan raya biasa aje tahun ni.takde baju baru.takde kasut baru.semua pun barang yang sedia ada.bukan tak eksited.tapi elak pembaziran.lagipun, bukan aku sorang macam tu.satu rumah pun sama.kecuali ayah.abang aku ade belikan ayah baju melayu baru dan telekung baru untuk mak.

aku cuma prepare duit raya utk mak,ayah dan adik-adik.kuih ade buat sikit.mak yang buatkan.aku harapan.aku adalah tak reti pasal cookies apatah lagi kek.kalo masak lauk, aku memang minat.mungkin aku tiada seni.eh.ada kaitan ke seni dgn buat kek? ada kot.

kalo semuanya ok, ini bermakna tahun ni tahun terakhir beraya sbg org bujang.eceh ceh ceh.tahun depan belum tahu macam mana nak raya.takpe.perkara belum tahu punca.tak payah fikir.

lately adalah sangat malas memblog.baca blog org.malas komen.aku takde la pandai nak letak komen.jadi aku takde la harap org baca blog aku dan tinggalkan komen.kerana aku pun begitu jua adanya.

aku macam nak cerita pasal betapa aku tak semangat nak pergi keja skrg.bukan tak suka kerja.suka.cuma ade satu daya -ve buatkan aku menyampahnye alahai nak masuk opis.

tapi sebab semangat raya, suasana bermaaf-maafan.jadi nanti aje la aku luah.

till then, buat yang membaca blog saya, selamat hari raya!

maaf andai terkasar bahasa.semoga ceria bersama keluarga dan yang tercinta.jgn lupa yang maha Esa!

Sunday, 22 August 2010

:: #29 ::

Ramadhan ke-12.

Alhamdulillah.hari ni berbuka dgn family.haha.hari hari pun berbuka dgn family.tiadalah pernah berbuka dgn orang lain selain keluarga sendiri.ade jugak plan berbuka dgn rakan opis, dgn kawan-kawan lain.cuma plan.entah bila nak jadinya aku pun tiadalah tahu.nak merancangnya aku.nak contact semua org pun aku.kalo aku buat tatau.maka tatau la jadinya.

ces.bajet orang penting jugak aku ye.takde la.aku pun bz dgn kehidupan seharian.keje kat opis tak penah nak abis.siap bawak balik rumah.kekadang aku pun stress.nak je resign.tapi muhasabah diri balik.aku patut bersyukur aku ada keje kan.bak kata ustaz, hal hal dunia ni, kita kena tgk org yang lebih bawah daripada kita.tapi bab akhirat, masuk hal beribadah, kita kena tgk org yang lebih beriman daripada kita atau lebih baik daripada kita.

maka, aku pun insaf dgn segera.serius weh.kadang kadang, kita lupa.selalu sangat merungut.ada aja yang tak kena.org ada kereta.kita nak kereta.padahal bersyukur la masih mampu beli motor.camne dgn org yang hanya berjalan kaki? dah ada kancil.nak wira.kaedahnya, apepun kena ukur kemampuan diri.

aku terus pujuk hati.bertahan la keja.nak idup kat dunia ni kena pakai duit.dah tu.sape suruh pandai sgt berhutang dgn ptp_tn.haha.matikla gila kan.nanti ingatla.bila ada anak.bila anak dah berjaya masuk u.jgn pinjam dgn ptp_tn.sangap nak membayar.suruh la anak berlajar pandai pandai nanti terus layak dpt biasiswa.

haha.pinjam pandai.guna pandai.nak bayar sentap.

hari ni berbuka kat rumah abang aku.yang takde cuma adik aku yang tengah study kat kl.kalo dia ade, seluruh ahli keluarga dah lengkap.oh ye.tak lupa juga kalau en.tunang ade.mesti lengkap.

haha.gatai.

lately fatin kurang sihat.demam.kebetulan, en.is juga demam.susah hati bila dua insan kesayangan tak sihat.tak ceria.macam fatin aku ajak gurau pun emosi tak stabil.dia diam aje.sedih aje aku tengok.en.is pulak asik bagitau badan panas.rasa sengal badan.mencabar betul.kalo dekat dapat la jengok2 atau masakan bubur ke apa.jauh jauh cam ni, kasik sms memujuk aje la kan.tetiba aku rasa nak ke kl skrg.

tadi sempat shopping kad raya.nostalgia betul.dulu, zaman sekolah kalau masuk minggu kedua puasa ni, koman koman aku dah ade 3 keping kad raya.dari rakan sekelas.dari rakan se-dorm.tak lupa juga daripada adik adik dan kakak angkat.prfffffffffff.zaman asrama memang tak lepas tradisi angkat angkat ni kan.

skrg.sejak facebook tgk 'in', kad kawen pun aku dah jarang dapat.kad raya apatah lagi.besdap pun dapat hadiah secara maya je.damn u facebook.haha.

rasa belengas la plak.kena mandi nih.walaupun mandi malam x elok.sesekali takpe kot.

oh ye.ta-ta

Tuesday, 17 August 2010

:: #28 ::

pagi yang indah.eceh.rajin hari ni.lepas sahur tak tido.kalo tak aku selalu take a nap.dalam 1/2 jam camtu.tapi pagi ni rasa nak online.dan nak jaga perut agar tidak buncit.tak tau la betul ke tak.kalo tido pas makan, perut akan buncit.betulkah?

aku nak cerita hal semalam.aku memang monday blues.pemalas tak boleh nak cerita.aku siap keluar dgn kawan aku jalan2.pegi melawat GM aku yang masuk wad.memang tak lekat kat opis.tapi takpe.keje tetap siap.cuma kurang produktif.eh, senang cakap aku memang malas keje la semalam.entah apa nak bebel panjang panjang.

masuk semalam, makanya dah 2 hari berturut2 aku ke param.nak sangat pegi param.ntah apa yang best.tapi memang aku rasa selain tempat membeli juadah berbuka, param juga adalah tempat mencari jodoh.semalam, aku tgk banyak la pulak lelaki ensem kat sana.masalahnya, diaorg nak ngorat ke aku? miahaha.hoih.tak sedar diri betul aku ni.dah nak kawen ni.takpe.aku cuci mata je pun.

aku tak tau la apa bestnya param.asal aku pegi mesti abis RM10.beli tu sikit.ni sikit.tapi semalam aku rasa tak abis byk.aku cut nafsu.kalo ikut hati, semua jenis air aku nak beli.menggoda betul.dah rasa macam kanak kanak je.semua benda nak.apepun param ni, tak boleh pegi selalu.serius aku terbabas.terikut nafsu.makan sikit je pun.lagipun makanan yang kita masak lagi sedap dan terjamin kebersihannya.

oh ye.agak musnah misi diet bila aku kerap minum air manis.air cincau memang menggoda.sedappp.tau tak asal cincau ni daripada akar je.kalo tak salah aku la.org kedah panggil air lengkong.betul ke tak? ke aku je yang panggil cenggitu.
gambar google.ni la kenapa aku gedik sangat nak beli dslr.sbb nak amik shoot tajam cenggini la.

kla.nak siap gi keje.awal gilak.memang tahun ni aku nak target best employee of the year.tak dapat aku sentap.haha.gila

Wednesday, 14 July 2010

:: #18 ::

sakit otak.

sakit mata.

mc 3 hari.

heaven!

Tuesday, 13 July 2010

:: #17 ::


lega.kembali bertemu di dunia maya.lega dapat berhubung dengan dunia luar.
minggu lepas, minggu yang tough utk aku.minggu yang mengundang air mata macho aku.minggu stress dan minggu kasih sayang.juga minggu deco deco deco (baca rentak iklan deco bersama rizalman)
mari aku ceritakan satu persatu.
pertama, rumah aku sedang di renovate. so hasil tunggang langgang yang berlaku aku tak dapat bersiaran.nak bersiaran di opis mmg tak dapat la.tak sempat sebenarnya.ok, itu cerita lain. asalnya, mak aku nak pasang tiles kat area kaki lima rumah aje.eh.kaki lima ka? ala..kawasan depan rumah tempat kitaorg selalu lepak satu family utk gosip gosip.bukan dalam rumah.luar rumah.tempat amik angin malam.kebetulan, ada rezeki lebih, parent aku pun decide la nak pasal tiles tu.kemudian berjangkit nak pasang tiles kat bilik tido aku.dan kemudian berjangkit kat hall umah.so, bila kejadian tu berlaku, rumah aku dah serupa kedai perabot bila semua almari lapan belas tingkat mak aku di remove ke dapur.

best ok, all in one.tgk tv kat dapur.makan of coz la kat dapur.dan yang best bilik tido aku pun kat situ.eh mmg syok la.walaupun merasa cari barang kadang2 tak jumpa.dah lepas pasang tiles, rasa nak ekjas dinding rumah.rasa apa barang tiles cantik dinding rumah berkerak.maka, operasi cat dinding pun bermula.aku pun mula la nak naik sheikh (pst, bukan sheikh muzapar) tunjuk skill cat rumah. mmg kalau bakal mak mertua tgk mesti dia kagum dgn sifat multi tasking aku.hahahahananana
lepas tu, aku juga sudah pandai masak char koew teow.aku rasa x sedap.tapi mak aku puji sedap.apakah mak aku sedang memberi semangat supaya aku rajin masuk dapur? 
aku rasa, mmg la aku suka masak.tapi aku adalah pemalas.tu dia.kebolehan memuji dan  mengeji diri dalam sebaris ayat.
kedua.kisah kerjaya aku yang mengundang drama air mata minggu ni.herm.semua orang mungkin ada masalah tersendiri dalam hidup kan.buat masa skrg, masalah aku ialah aku sudah takde mood nak keje.tapi tetap aku siapkan keje aku.dalam hati, perasaan nak berenti hari hari wujud.sampaikan aku dah siap taip surat resign.tinggal nak print aje.tapi, aku kuatkan hati.teguhkan iman.doa, hari hari semoga hati ni tabah dan sabar.ye la.kalau tak keje, mana nak dtg duit.aku takde tanah nak jual.dan aku perlukan duit untuk teruskan kehidupan.jadi, nak tak nak aku kena kuatkan hati.
mimpi ngeri aku bermula bila kawan aku yang jugak acct payable tu berenti keje.maybe dia pun tak tahan buat keje ni.tapi dia dah lama.maybe 2 3 tahun buat keje ni.bagi aku task ni baru buat aku.account? matikla.subject aku tak pernah mimpi nak belajar.penah la belajar.tu pun masa form 3.ada dalam KH. pastu masa kat u, kena amik pengantar account.takpe la.satu sem aje.lagipun basic.ni, apa yang aku belajar dgn keje tak sama.
aku bukan la buat acct yang sebenar pun.tugas aku cuma utk prepare cheque.itu secara kasar.mmg mula mula diaorg paksa aku buat task ni, diaorg cakap senang aje.sekali kau...main task mmg la prepare cheque.tu yang kecik kecik tu.diaorg tak cakap.buat aku stress tau.semua letak atas kepala aku.semua nak harapkan aku.mmg tak setimpal dgn gaji.aku la secretary, aku la acct payable, aku la budak penjaga segala file acct (yang haram aku tak penah tau pun).aku la kena pegi bank.aku la kena pegi bayar bill.aku la itu.aku la ini.matik woh macam ni.
orang takkan paham selagi tak duduk sendiri tempat aku.dulu, tugas aku collect duit.best ok.mmg aku heart task aku dulu.aku tak kena kacau.aku aje yang sibuk chase agent utk mintak payment.skrg merasa orang chase aku pulak.dulu, kerja aku tersusun.aku plan keja aku.skrg, aku tgh buat keje ni.tetiba bos kacau.kejap kejap nak tu.kejap kejap nak ni.file yang depan mata pun nak suruh aku cari.berat punggung betul orang tua ni.tapi tu la.dia kan bos.huhu.
tu belum masuk kes tetiba aku kena marah bila bank statement hilang.entah mana mana diaorg letak.aku jugak kena marah.padahal aku tak tau pun benda alah tu wujud.itu tugas orang lain.lagipun, aku baru 3 weeks kot kat tempat tu.ke dah sebulan? hey, baru sebulan aku buat task tu.tapi diaorg ingat aku boleh cover semua.lain ok receive dengan payable.satu terima.satu lagi keluar duit.
paling aku sakit hati.tetiba aku kena tuduh gila pangkat...pedih rasa hati.tapi sapa keje yang tak nak naik pangkat? sapa? sapa? meh bagi tau aku.
banyak la lagi isu timbul.mmg dugaan betul.pulak tu minggu lepas emosi tak stabil.nak period.pepaham la kan.jiwa mudah sendu.kena maki sikit, mula la aku nak syahdu.aku sabar.sampai satu tahap, aku dah tak boleh terima, aku nangis aje la.nak resign pun kena fikir.hutang ptptn sapa nak bayar.huk huk.
tapi..aku tetap bersyukur.aku ada keje.walaupun gaji tak segah mana.walaupun nak beli viva pun tak berapa lepas.tapi, aku ada keje.ada jugak duit sendiri.dapat jugak hulur sikit kat parent.dapat jugak tolong adik adik aku yang tengah belajar.bila fikir pasal tanggungjawab, aku kuat la balik.hari tu aku menangis.call abang aku.dia la yang kasik aku semangat.kasik aku motivasi.balik rumah, mak aku tiup semangat.ayah aku bagi nasihat.
walaupun keje aku teruk, syukur sangat.aku ada family yang tak pernah jemu bagi aku semangat.teringat masa zaman aku takde hati nak belajar.aku dulu memang takde hati nak sambung belajar.mujur mak dan ayah aku kasik semangat.kalau tak aku tak tau la aku jadi apa dah sekarang.
dugaan hidup ni memang tak pernah henti.lagi kuat aku ingat Allah, lagi kuat dugaan tu datang.aku selalu ingat pesan mak, jgn la bersangka buruk pada Allah.maksudnya, jangan fikir hidup kita ni malang aje.hidup orang lain best.jangan sangka Allah tak sayang kita.fikirlah, apa yang ada utk kita adalah yang baik utk diri kita.selalu ingat Allah.selalu berdoa.jgn tinggal apa yang disuruh.insyaAllah..langit tak selalu mendung.
tetiba mood pakar motivasi wujud.
ok, pasal kawen.belum ada progress.tapi takpe la.aku pun tengah serabut lagi dgn keje.biar aku boleh catch up dengan hal keje.nanti aku prepare la barang barang kawen.yang penting duit kena penuh.kan?
p/s: ini entry boring.sbb aku memang suka menaip sambil motivasikan diri.

Friday, 2 July 2010

:: #15 ::

Ya Allah.rasa takut nak dtg keja.takut difitnah.mmg environment opis skrg sgt -ve. ko kutuk aku.aku report dgn A.pastu bgtau ko.ko report pulak dgn C.pastu pusing pusing gado sesama sendiri.

yang dasyat tu, lelaki emo mengalahkan perempuan.hanya kerana sebijik speaker, dia mengamuk dan tuduh aku gila pangkat.

tahik ayam betul.tapi, aku tetap nih datang keje.pukul 8am pulak tu.kata gila pangkat.kann.

note: untuk tenangkan hati, sentiasa memaafkan pihak yang menyakiti hati anda.doalah pada Allah swt supaya sentiasa diberi perlindungan.dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah.dan..doalah pada Allah swt utk diberikan petunjuk. dan dilembutkan hati orang yang berniat tidak baik pada anda.sesungguhnya, yang buruk itu dari kita sendiri.dan yang baik itu dari Allah swt.

nota lain: tukar keje.berenti keje.ponteng keje.mc tanpa sakit (yang ada dalam fikiran sebelum ni) takkan selesaikan masalah aku.buat muka tembok dan percaya pada diri dengan harapan dan keyakinannnn..ooo.

sekian.entry pendek utk pagi ni

Tuesday, 29 June 2010

:: #14 ::

banyak yang nak diceritakan.tapi sbb taknak menaip membuta tuli mcm tak pakai akai (mmg.kdg kdg akal simpan kat ketiak).aku save aje cerita cerita sedih dalam hati.nak luah.nanti orang cakap aku emo.walaupun memang aku emo sedikit.ehem.tapi dah tua ni.kena la pandai jaga diri supaya orang tak label aku sebagai kanak kanak tingkatan empat yang jiwa selalu membara tak tentu pasal.pantang cikgu tegur sikit memang cikgu tu masuk black list.

semalam aku kena cerca dgn salah sorg owner unit kat hotel ni.macam setan.ingat aku dibayar gaji kena maki agaknya.terus aku down.pulak tu semua orang nak kacau aku menyebabkan keja aku pending berlambak lambak.serius aku tertekan.terus jalan laju laju jumpa hrm. mintak sedikit pedoman.aku perlukan seorang yang aku tak rapat utk mendapatkan nasihat.

setelah sesi ugut mengugut dan tampar menampar, aku rasa rejuvenated sikit.tetiba kan.muahaaha.aku tgh stress.bila diberi motivasi mmg aku rasa muda balik.tatau la apa kaitan.tapi bila stress mmg rasa tua sbb asyik kerut kerut muka.lepas tu muka selalu masam.kata stress.sapa senyum bila stress? ada ke.nak tips boleh?

ya.lepas diberi motivasi aku rasa semangat nak terus kan sisa hidup.sebenarnya.aku bukan stress sangat pasal keja.tapi aku ada masalah peribadi.masalah apa? nanti aku cerita.

aku dah dapat main the sims.haram tak best mana pun.tapi okla.benda 3D mmg cantik kan.boleh la buat hilang stress.

sebab aku tengah bersemangat, aku sudah memasang plan.tahun ni seboleh bolehnya aku nak pegang title officer.

tahun depan atau 2 tahun lagi aku target executive.maybe aku nak sambung study dalam bidang yang tetiba wujud dalam hidup aku.tiba tiba, aku dah jadi orang finance.

memang life aku skrg penuh dgn tiba-tiba.


note: tiba-tiba check akaun cimb ada 3k.tiba tiba ok.

Thursday, 24 June 2010

:: #11 ::

masih tidak dapat bermain the sims akibat buta it dan jugak naif pasal hal menginstall.juga sbb aku benci kau window vista.

how i miss my fiance so much.haha.rindu kerana dia pandai bab ni.jadi bila dia ada semua akan selesai.ya Allah, syukurnya dpt tunang pandai godek benda seperti laptop dan pc ni.being me yang always clumsy cause i'm fallin in love.. aku memang gemar selalu rosakan barang.

tadi, ada kejadian berlaku.sangat sedih.sob sob.

perihal berjanji.dan dimungkiri.aku terluka dgn teruknya.mujur en.is bertindak meredakan perasaan.lega.memang ada rasa kecewa.sedikit marah.huhu.aku taknak la luahkan.nanti aku dah ok mesti aku malu sbb menaip cerita macam tu.so, cukuplah aku ceritakan.aku keciwa.akak terluka dik non.akak telah diperkotakkatikkan.

tapi, life memang la macam ni kan. up and down. hari ni rasa down.esok lusa rasa up.hepi macam nak terbang.

tak kira la.sedih ke.suka ke.kena ingat Allah.

selalu ingat Allah.

nite ladies.

Monday, 21 June 2010

:: #10 ::

sebelum tu.ape la malang time aku perlukan pertolongan semua org pun tak reply msg.kecik siak hati aku macam ni.

ok.sambung cerita.

memang la.perangai aku.kalau nak pi keje..dan dan sakit kepala la, lemah kaki la, sakit sana sini, hidung tersumbat..mengantuk.semua la ada.alasan.lepas dah mandi, siap pegi keje.okla.mmg kadang-kadang perangai mengalahkan anak kecik yang nak kena pegi tadika.biasanya aku sorang sorang la.takde la pulak aku merengek kat mak aku.apa nak penampar? gitu...cubaan mengambarkan mak aku macam mak tiri pulak.eh tak.mak saya baik ok.tak pernah tampar saya.cubit pernah.huk huk

hujan lebat pagi tadi.best ok kalau sambung tido.tapi takde pulak aku sambung tido.cuba kalau aku kena keje.mengeletis set alarm nak bangun tido pukul 730am walaupun time tu dah 710am.paham tak maksud aku? tetap nak sambung tido lepas subuh walaupun beberapa minit.haih.memang la kan.syaiton nirajim punya hasutan.huhu.

aku tak pegi keje hari ni.lepas tolong mak masak, aku ajak mak teman aku keluar jap.nak cari brg2.yang pentingggg aku nak 'cucuk' duit.dah masuk separuh akhir bulan ni, mula la aku kering sana sini.terasa beb gaji cepat abis skrg ni.niat hati nak simpan dalam 20% gaji macam harapan la.hujung hujung aku kikis jugak duit tu.

 google aje

sebab sedih.plus otak karat, aku hadiahkan diri aku dgn sebijik refill angelfit.memula aku macam x sanggup dah nak beli benda ni.sbb mahal bapak.aku kan golongan sederhana.tapi, sbb yang ni je yang sesuai dgn muka belagak aku, harus la beli jugak.daripada aku beli jenama itu ini last last aku pass kat adik aku buat ape kan.membazir je.adik aku jugak yang best.muahaha.

tujuan utama aku nak beli cd games.the sims 3.tapi sbb kurang paham, sampai skrg aku tak boleh main lagi.sentap.aku sms tanya sape pun tak balas weh.belagak kahak diorang ni dgn aku.takpe bebeh.nanti aku balas (pendendam siak)

oh.walaupun tak pegi opis hari ni, tetap aku kena gangguan mental.tapi mujur la kawan aku sudi membantu.tapi merasa la menggangu orang lain plus merasa jugak macam org penting bila phone aku asyik berdering.tu baru sehari cuti.aku cadang nak apply seminggu.aku nak bercuti.aku nak pegi korea.tapi tadik check balance ade rm51.10 aje dalam bank.camne?

dah.aku tgk tensen dgn the sims 3 ni.menyampahh

Monday, 7 June 2010

:: keliru ::

mana satu ku jadi keliru..na na na..aku keliru

sudahlah.aku dah penat bersedih.hari ni aku amik cuti untuk bersedih sepuas  hati.sambil menanam iltizam di hati (hah ko ado dik non bina ayat canggih mcm akak?)

setiap kejadian yang Allah swt ciptakan, akan ada hikmah yang tersembunyi.cukup.aku akan pegang ayat ni.cukuplah aku bersedih hati.esok aku akan jadi orang baru.semua pun aku rempuhhh.


footnote: tiada kena mengena dgn cinta.

tabahlah wahai hati!

Sunday, 30 May 2010

:: sabtu datang lagi ::

what i like most about Saturday? (sorry  my grammar. broken heh)

1. keje half day.balik pukul 1.00pm. oh yeyy

2. esok ahad.lepas sabtu ahad.ahad adalah cuti. oh yeyy

3. pukul 7.00pm, ada sinchan. i knew, aku dah jadi wanita, aku tetap suka sinchan. aku rasa dulu pernah encik Is suh aku berenti sms dia jap.tgk sinchan dulu.lepas isyak sambung sms. kelasss..tunang pun paham betapa aku cinta sinchan.

4. normally akan keluar hang out dengan parents. macam selamba. aku sejak dah besar ni lagi suka keluar umah dengan mak dan ayah. dulu zaman remaja kurang la.aku lebih suka stay kat umah.aku budak baik ok.jarang melepak.selalu lepak dengan family aje. hari sabtu selalu window shopping, pegi pasar malam, jalan-jalan.kadang-kadang singgah lepak kat rumah abang aku.sambil berpoya poya dgn fatin.

5.boleh tido lambat.esok ahad.ahad tak keje.ahad cuti.haahaha.dasar pemalas.asyik ulang ayat 'ahad cuti' padahal ahad mana ada cuti.kau yang cuti.kau tak cool. 'ko'

6. sabtu best.adalah majalah 3 (mood nerd.spek mata tebal)

7. sebab keje sampai pukul 1.00pm, kalau terlajak balik pukul 2.00pm boleh claim OT.pukul 2.00pm dah boleh balik rumah.plus dpt OT satu jam.haha.makcik kaya.

8.kadang kadang ada cerita hindustan best (mood kajol: pakai sari dan gelang kaki)

9. lepas sabtu adalah ahad.bagi aku sabtu adalah hari yang cool.

dah.ada sembilan aje.nanti aku buat pasal bestnye hari ahad.

nota siku: tadi aku beli satu set facial treatment safi balqis. dulu aku dah penah try.tapi non ado berkesan.tapi sejak nak kawen, nak jimat duit, dan ade pulak testimonial daripada opis mate dan adik, aku macam teruja nak try.ye ye.gua cepat terpengaruh.tapi yang penting skrg ni nak cari produk yang boleh kurangkan kekusaman muka dan yang sangat sangat penting..'HALAL'. aku bukan nak putih.cuma nak kurangkan kusam.aku kalau masuk keje hotel mesti muka cepat terbakar punya.sbb location hotel ni tepi pantai.panas menyegat.aku pulak jenis cepat terbakar (hati pun cepat terbakas.tsk..tskk) so, aku kena la menjaga muka.sebelum kawen, penjagaan kulit luar dan dalam amat penting ye tuan tuan dan puan puan sekalian.

matilak.nota apa panjang berjela ni.dah.

goodnite ladies.