syawal ke-5.
semalam lagi aku dah masuk opis.takde cuti panjang pun.walaupun hati masih belum redha nak keje.eceh.siapa kau nak sesuka hati masuk keje ke tak kan.sebab dah apply sehari sebelum raya, maka raya ke-4 dah masuk keje.
lagi tak best bila aku sorang aje dalam opis.best pun ada.sangap pun ada.best sbb opis tu aku yang punya kan.merasa kejap kejap releks.kejap kejap usha FB.pastu buat keje pun best.takde sape nak ganggu aku.syok gilaaa.cuma yang tak best.aku sorang.takut pun ade.merasa aku tahan perasaan nak ke toilet.
raya tahun ni, nak kata best..okla.nak kata tak best..best jugak.sederhana aje.sebab takde baju baru.yang best, dapat berkumpul dgn family.itula paling nikmat buat aku.aku ni jenis homey dan family oriented.aku suka duduk umah.aku suka lepak dengan family.keluar shopping pun aku lebih suka dengan family.mungkin dah terdidik daripada kecik.so, bila dapat berkumpul semua dalam rumah.aku rasa epi sgt.walaupun aku cuma 4 beradik.tapi aku rasa dah meriah sangat.
sipi sipi terasa risau.ape macam la aku nanti kalau kena raya berjauhan dari mak dan ayah.huih...makan masa jugak nak tenang ni.tapi takpe.benda belum jadi.tak payah fikir kan.nanti dah betul terjadi, aku fikir.matikla.takde sapa kisah pun.
malam raya, aku dengan adik aku alin, sibuk kemas rumah.cuci lantai kat depan umah.mop segala lantai.pastu ila sibuk masukkan kuih raya.feeling raya abis sambil dengar radio.tahun ni abang sambut raya kat rumah mertua.so agak sunyi bila fatin takde.serius best berborak dengan anak buah aku tu.paling tak boleh blah bila dia dah pandai cakap "syattt...syattt.." (read:sat, kejap)..
malam raya takde cerita best.nak marah jugak ni.astro dah la bayar mahal.ade ke asyik ulang cerita tahun lepas.huih.serius melampau.dah la lambat bayar nak potong.service cincai.geram je aku dgn astro ni.nasib la aku suka tgk channel 711 tu.kalo tak memang aku nak potong je astro ni.dah la orang komplen tak pernah ambik peduli.
wah.tetiba bebel astro.penat menaip.
malam raya tido awal.rasa tak sabar sbb dapat beli tudung baru.aku namakan tudung tu..tudung "mazakara wakata wakata gaban" sebab ada ciri-ciri arab dan ninja disitu.nasibla.sekarang semua pun fesyen.pakai la tudung senget pun.takpe uolls.fesyennnn
sebenarnya aku nak cerita sehari sebelum raya.aku amik cuti kan.aku shopping sakan.mak aku siap beli periuk baru.ok.dah abis sudah cerita pasal sehari sebelum raya.
pagi raya, sahabat baik datang.ahaa.terlepas peluang nak solat hari raya.entah kenapa..sikit sikit nak emosi.rasa sedih bila terasa tahun ni tahun last aku raya sebagai anak gadis mak dan ayah.maybe tahun last dapat itu dan ini.entah apa apa.macam la dunia berakhir bila dah kawen kan.ni namanya emosi tak kena tempat.malas aku nak layan.
marah diri sendiri la pulok.
lepas semua balik dari masjid dan kubur, bermula la sesi salam bersalaman.takde adegan sendu sebab semua jenis tak drama.alhamdulillah, niat nak bagi mak ngan ayah duit raya berjaya.walaupun tak banyak.tapi rasa syok macam mana ntah.rasa macam best dapat bagi mak dgn ayah duit raya hasil titik peluh sendiri.adik adik pun dapat rasa.alhamdulillah, rezeki.bulan lepas service point agak tinggi.merasa la raya bagai nak rak.tapi terbatas bila tetiba upah langsir mahal tak terjangkau akal dan fikiran.tapi takpe.tu pun hadiah untuk mak.
apa lagi nak cerita?
raya ke rumah jiran jiran.pastu balik kejap sebab jiran lain datang.pastu, ayah nak solat jumaat.lepas solat jumaat baru berjalan-jalan kerumah sedara-mara.masa terhad.so tak banyak rumah yang pegi.tapi okla.aku epi sepanjang hari.
sebenarnya aku dah takde idea nak menaip pasal macam macam benda ada dalam otak ni.tetiba semangat nak kawen membuak buak.hoih.pening aku layan diri sendiri.dah.
babai
No comments:
Post a Comment