atas
Showing posts with label my point of view. Show all posts
Showing posts with label my point of view. Show all posts

Wednesday, 2 February 2011

:: tak suka.. ::

... jangan buat

ehem. tak dinafikan, masyarakat kita memang bertimbang rasa. saling ambil berat. caring. semua yang baik-baiklah. tapi kadang-kadang, tak kena caranya.

terlampau caring sampai orang rasa annoying.

sejak dulu, sejak boleh berfikir dengan matang, aku cuba sedaya upaya latih diri aku, jangan busy body dengan hal-hal yang aku sendiri taknak orang ambil tahu. hal-hal yang aku tak nak orang tanya aku. jadi aku pun tak tanya orang.

paham tak? 

aku tak suka orang tanya soalan yang begitu begini, jadi aku pun tak buat la macam tu. iaitu bertanya soalan begitu begini. yang rata-ratanya memang sensitifla.

contohnya.

tanya pada yang single. - "bila nak berduet"
tanya pada yang bercouple - "bila nak bertunang?"
tanya pada yang dah bertunang - "bila nak kawen ni?? / bila nak makan nasik minyak ni?" 
tanya pada yang dah kawen - " bila nak dapat baby.."

sebab aku tak suka..aku takkan tanya la. kalau aku bertanya jugak, sila tampar aku sedas. mesti masa tu otak aku di kawal oleh pihak lain. hehe

aku selalu kena soalan macam ni. soalan daripada manusia yang sungguh caring. yang rasa hidupnya sungguh bless.yang rasa aku sengaja lambatkan perkara-perkara yang indah dalam hidup ni.

tahun 2007 aku bujang. seorang 'kakak' yang sungguh caring baru berkahwin. terus sibuk bertanya aku;

"cik gaban. bila nak kawen ni. tak elok anak dara bujang lama-lama. eh dah umur berapa ni?"

"24.." aku jawab lemah. muka bosan.

"ha..umur macam ni elok dah kawen. tak elok la bercinta lama-lama. nanti cik abang lari" balas dia. konfiden.

"..." aku sengih tak ikhlas.

aku baru 24 masa tu. baru abis blajar. baru nak kenal dunia sebenar yang penuh pancaroba. memang dah kenal en.gaban. tapi masa tu baru tarik tali. kejap kapel kejap break. macam ketapi tersekat sekat. nak kawen jugak ke masa tu.
takde makna aku nak kawen sebab orang rasa aku dah tua. aku rasa muda ape.

pastu pulak, apa gila aku nak paksa en.gaban masuk meminang. muka aku pun dia belum tengok secara live. dalam gambar memang la cantik. nak buat camane. aku photogenic.muahaha

bukan sorang tu aje. ade la insan lain. yang semestinya baru lepas kawen. akan tanya soalan macam ni kat aku. mesti nampak aku macam loser kan. dah la tak cantik. pastu takde pakwe. sob sob. pasrah ok bila orang tanya soalan macam tu.

akhirnya, bila aku bertunang. semua pun diam. aku tak pernah tayang pakwe. dalam blog aku aku cerita kot. yang mana tau, mesti rapat dengan aku. yang lain, tak tau aku ade buah hati.maklumla. percintaan jarak jauh. jumpa pun baru berapa kali. mestila susah nak tayang kat orang lain. hoho.

bila dah bertunang. apa lagi. tiap kali nampak muka aku. yang caring ni mesti nak tanya bila aku nak kawen. bila aku cakap belum tau, mesti akan keluar dalil-dalil pasal tak elok bertunang lama-lama. yaa. aku tau. bak duit aku nak kawen esok.kata aku dalam hati.

yang paham, kasik kata semangat. apepun, yang baik aku dengar. yang buruk aku keluarkan ikut telinga satu lagi.

soalan paling sensitif, bagi aku la kan. bila orang tu dah kawen, sibuk tanya bila nak beranak. planning ke. tak reti buat ke. bangang nak mampus kalau tanya soalan sensitif macam ni. aku sejak dulu sangat berhati-hati kot dengan soalan macam ni. sebab aku tau, sakit hati kot bila orang tanya soalan macam ni kat aku. ye la. kita tak tau untung nasib hidup kita. sebab tu tak boleh sangat nak judge orang.

bab anak. sungguh sensitif. kawan aku sampai nangis sebab dah setahun kawen tak de rezeki lagi nak ade zuriat. orang sekeliling sibuk la hai bertanya. ade yang bergurau kasar. mentang anak dia berderet kan. tapi mengertilah, hati perempuan mana tak nangis kalau orang cakap dia mandul, tak reti buat anak..planning..bla bla.

kena kat batang hidung sendiri baru tau. tak kena kat kamu, kena kat darah daging kamu. haa.. tu la.kita memang tak tahu untung nasib diri sendiri.

ni, aku nak kawen ni..aku suspek mesti akan ade soalan macam ni la. memang orang-orang sebegini jenis peramah atau caring tak kena tempat?

tak suka..jangan buat. tau!

Thursday, 20 January 2011

:: #61 ::

tak pasti la apa yang saya dengar tadi kabar angin atau betul betul punya kabar. bukan cobaan.

mak saya balik dari masjid tadi. bagitau saya, ustaz kat sekolah ada mintak sumbangan ikhlas daripada orang ramai untuk beli buku Iqra'. sape tatau buku Iqra' meh nak lempang.

ni dia buku Iqra'.sumber: google 

sebab apa ustaz nak mintak sumbangan ikhlas orang ramai untuk beli buku ni. sebab, katanya pihak gomen dah berenti nak supply buku Iqra' ke sekolah. betul ke? wallahualam. saya pun tak tahu. sebab zaman saya di sekolah rendah dah berlalu lama. dulu pun saya belajar kenal huruf jawi dengan mak saya.

baiklah. kalau la betul dulu pihak gomen ada supply buku iqra' dan sekarang nak stop supply ke sekolah rendah, saya cukup sedih. ye lah. hal dunia bukan main diorg pulun. tau tak apa tu pulun? tatau sudah.

sedih. zaman sekarang pun boleh kata ramai orang muda muda tak kenal huruf jawi.apatah lagi nak kenal ayat2 suci al-quran. kalau hafal lirik lagu memang tip top. lagu korea pun boleh hafal padahal haram tak paham sepatah apa pun maksud lagu tu.

tengokla sistem pendidikan sekrang.semua pun fokus kat bahasa asing.masing-masing nak anak pandai cakap omputih.nak tambahan suruh blajar mandrin.saya akui itu semua bagus untuk masa depan anak di dunia.untuk bekalan akhirat macam mana?

saya sendiri takut kalau saya pun lalai dalam bab macam tu. ye la.dunia ni memang melalaikan. lambatkan solat sebab nak tgk tiramisu.itu contohla.saya tak layan tiramisu.sebab macam diperbodohkan gitu.

sekolah rendah dekat rumah saya ni, dah mansuhkan kelas fardhu ain untuk student darjah 6. fokus upsr katanya.zaman saya dulu boleh je dapat result cemerlang walaupun kena attend kelas fardhu ain sebelah petang.pagi, kelas duniawi.siap sambung sampai pukul 2 kot.ada extra class.lepastu tak balik rumah.siap2 ke kelas fardhu ain.petang saya main bola jaring. barula menjana minda bila badan aktif. ni sekarang, pagi belajar math,bm,bi,sains..bla bla.petang ada extra class lagi.balik rumah layan astro ceria.haaaa.macam mana budak sekrang tak obes?

tu dia.tetiba feeling macam apa tah.

saya sedih. sebab zaman saya dulu pun untuk pendidikan islam, ade 4 masa aja kot. 2 kali seminggu. kenapa? tak pentingkah agama untuk anak anak kita. pada pendapat saya yang naif ni, sebab sistem pendidikan inilah anak anak bangsa makin rosak. sampai sanggup feeling orang barat dan berkucupan di public tanpa segan dan silu.

hari tu, saya pegi pejabat agama daerah.uruskan borang kawen.dan saya diminta membaca akuan/ikrar depan pegawai bertugas. dalam huruf jawi. Alhamdulillah.boleh membaca walaupun gagap. gagap sebab berdebar pegawai agama tersebut sungguh lemah lembut tutur katanya. buat saya tenang sampai jadi gagap.

baiklah. kalau benar la bekalan buku Iqra' sudah dihentikan di sekolah sekolah rendah, marilah kita sama-sama menderma dengan seikhlas hati. yang dah anak, marilah tanam azam untuk mendidik anak dengan seimbang. ilmu akhirat dan dunia. sebagai ibu bapa, kitalah yang perlu ambil langkah untuk kenalkan anak dengan al-quran. jgn harap sangat orang luar.

saya pernah dengar ustaz bgtau dalam ceramah agama. dalam perkahwinan..perkara paling penting ialah solat.

ya.jadi, susah hati ka.senang hati ka.tengah kaya ka.tengah miskin ka. kena la solat. jgn solat waktu susah aja dik no.

sekian. kalau ada salah dan silap tegurla saya. saya juga masih belajar.

bye.



Monday, 10 January 2011

:: #57 ::

lagi pasal AJL ke 25

ramai orang (tidak semua) pun tidak puas hati kenapakah ana raffali menang.dalam FB penuh dengan luahan rasa tidak percaya dan bengang.serupa lagu masing masing masuk AJL dan tak menang.biasalah manusia. kuat komen.

termasuk lah diri I. hek hek

ye. memang dah rezeki ana. 35 ribu tu sorang dia ja sapu. tak perlu share dengan sapa sapa. tapi ni. yang sibuk nak buat page tak puas hati siap hate hate bagai ni kenapa? takde blog la tu.

tak perlu kot nak hate hate orang ni. siapa kita nak judge orang kan? rasa tak puas hati. normal la.manusia mana pernah erti puas. saya pun tak puas hati kenapa ana menang. kenapa bukan abg pejal? dia hensem macam polis trafik ok semalam.
tapi. saya tak hate ana.*batuk*

di sini saya ingin tegas kan. AJL ke 25 adalah muram dan suram. persembahan terbaik utk AJL 25 adalah milik siti nurhaliza.

dah.bye AJL. i hate u. muahaha

:: #56 ::

motifla kan.ana raffali tu sapa?

berkecai nak enjoy tgk AJL ke 25 malam ni.sumpah tak enjoy. saya listkan sebab sebab nya.salah satu sebab utama. ana raffali menang la.memang penamat segala kegirangan tgk AJL. kepada peminat ana raffali. dia cuma sedap nyanyi lagu kalau berpacaran sahaja.

saya komen berdasarkan apa yang saya suka dan tak suka.sudah terang lagi bersuluh.saya takde ilmu pasal seni. 

sebab Anugerah Juara Lagu atau AJL ke 25 tidak best macam tahun lepas. tahun lepas ada superbbb walaupun faizal tahir kalah.
  • terlalu berharap AJL kali ni lebih best.maklumla.hari hari tgk promo kat tv. artis semua meletup pom pom. tapi bila nyanyi, feel tu sampai.
  • banyak performance guna ciri ciri ahli silap mata. abg pejal tidak ketinggalan. tak suka la. penat tgk.
  • 1st performance by yuna. feel tak sampai.terus hati menyatakan memang boo la AJL kali ni. hak hak.
  • pengacara takdok idea.cedok idea tahun lepas.balik balik nak gado. baju pengacara jugak tidak meriah uolls.
  • motip shahir. nyanyi saja cukupla.kena perlu ada sajak bagai.kacau ok perempuan tu. siapa dia? nasha aziz kah. ganggu ok.tak paham saya apa shahir nak nyanyi.
  • MUH.make up macam 2 tahun lepas kot.baju pun sama. pleaseeeeeeee.
  • tomok? speechless.cari identiti sendiri kot. kejam macam adam lambert. kejap macam faizal tahir pun ada.
  • kenapa ana raffali perlu buat aksi tukar baju? baju kurung putih tu dah comeih apa.
  • bunkface..ngantuk.
  • A.P.I ..ermm
  • bosan.bosan.selamat malam pejal tahir best
yang best dalam AJL kali ni. kak ziana zain yang meletup pom pom dan akak ct yang buat saya rasa teruja tiba tiba. oh ya. opening pun best.

M.Nasir hensem kan?