atas
Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Saturday, 22 December 2012

:: dilema ::

saya sedih sebenarnya.

dua tiga hari ni memang keje saya menangis aje la bila fikir hal yang satu ni.sungguh menyakitkan hati. rasa saya manusia gagal. rasa ntahapahapa, rasa nak lari tak pakai selipar.

weaning off. perkara yang cakap senang, susah nak buat. yep. orang sekeliling akan senang bercakap. paling sayu, kalau orang mula persoalkan kenapa saya tak ajar anak minum fm sejak kecil.senang nak wean off kalau tiba-tiba jadi macam ni. terus saya rasa down.sungguh down...

kenapa saya nak wean off? anak baru setahun kot.

begini ceritanya.

takdir Allah, dan rezeki kami, period saya tak datang bulan nov lepas. saya dah mula syak saya pregnant. so, birthday emir yang lepas, saya pun beli la upt tu.sekali check terus +ve. rasa gembira dan nak menangis.

gembira sebab ye la..pregnant.dapat anak lagi.gembira la.

nak menangis - emir baru setahun.masih menyusu badan.

nak blame sapa tu bukan satu penyelesaian la.orang boleh cakap naper tak merancang.ok.malas nak cakap part ni.syukurlah.ini rezeki.

start daripada hari tu,terus buat research pasal bf during pregnant ni. so far banyak pendapat cakap takde masalah as long as mak tu takde masalah.like bleeding ke.sakit perut ke.letih ke. in my case, saya dah rujuk doktor, dan dia cakap takde masalah.

yang sakit jiwa, masa ke hospital baru ni,saya kena amik darah untuk thyroid. yep.again, masalah di sini.leher saya ada bengkak.since mengandung emir lagi benda ni jadi issue.dah buat test 3,4 kali tapi takde apa.bukan thyroid.tapi masa emir dulu kena rujuk hospital sebab hb rendah, berat tak naik so doktor takut thyroid aktif balik.tapi alhamdulillah takde apa sampai emir lahir.sooo...kali ni kena buat rutin yg sama agaknya..dah la hospt.sg buloh tu crowded. nak amik appointment pun 2 jam jugak menunggu.hoighhhh.baru nak set appointment kot.

back to stories, masa turn saya nak amik darah saya tengah susukan emir.so lambat sikit nak ke bilik tu.husband bagitau nurse tu.sekali masa tengah amik darah, nurse tu tanya saya 

ko susukan anak, susu badan ke botol

susu badan..

apa? eh ko ni pregnant berapa minggu?

7minggu..

hoih.kena berhenti tu.nanti susu untuk anak yg akan datang tak de susu pulak.lagipun nanti risiko bersalin awal.

*cuak*..saya tengah ajar dia minum fm

dah dah..ko kena stop terus.tak payah sulam sulam

i is menangis dalam hati...haiyohhh..kalau semudah abc memang saya dah weaning off right after saya tahu saya pregnant.

sob sob..tu la..cakap senang kan.nak buat...hermm...

saya tak salahkan sesiapa.sesiapa pun berhak bagi pendapat.semua nak yang terbaik buat saya.saya tahu.even mak kat kampung pun marah saya susukan emir lagi. my mil pun ada cakap tu la..kena ajar sulam dgn fm daripada dia kecik dulu.

saya hanya mampu diam.iyekan aja.dalam hati saya menangis.saya hilang punca.kat husband je tempat luah rasa dan air mata.sungguh saya heartbroken sekarang.

how?

saya cuma mampu berdoa dan usaha ajar emir minum fm. but he's refuse. so langkah seterusnya kasi dia makan kerap la.hope dia kurang mintak. tapi malam memang agak susah la.sbb dah try kasik fm malam-malam.dia nangis sampai muntah.saya pun menangis tak sanggup terus bf kan dia.

salah saya jugak.hati lembut kot

entahlah.masih dalam dilema.

terus berdoa yang terbaik buat saya dan emir.

dan berdoa baby dalam rahim kuat dan sihat.

AMIN


Friday, 2 December 2011

:: hitung hari ::

hai.saya masih seorang wanita mengandung.

lagi 2 hari. tapi belum ada apa apa tanda mahu melahirkan anak tersayang. aku masih belum cuak sebab semalam belek belek gambar scan, dua keping gambar menunjukkan edd aku 7.12. haa.so takpe.kalau 4hb belum bersalin, kita guna EDD yang 7hb pulak.ape mcm.

cuak memang cuak.berdebar jangan cakap. tapi semalam rasa syahdu pulak bila suami tetiba belek pampers anak.pastu cakap "tiba-tiba abang rasa tak sabar nak jumpa baby.." ok.terus hati adinda tersentuh.terus nak beranak time tu jugak. jarang ok nak dengar suami bermadah helah begitu rupa.

memang sekarang sedang rasa tak sabar jugak nak bersalin. selain tu, rasa tak sabar nak balik kampung halaman.hari ni rasa meroyan nak balik kampung pulak.sebab rasa sihat dan kuat.semalam aku rasa sakit.perut mengeras.dengan sakit kat ari-ari.rasa macam eh dah sampai masa ke.lepas balik dari klinik rasa sihat la pulak.sampai sekarang takde pulak rasa perut mengeras ke apa.

harapan dan doa aku, biarlah baby keluar dengan selamat.dan mudah.dan tidak perlu di induce  ke ape ke. 


good luck jugak buat aishah!

Saturday, 26 November 2011

:: per'kembang'an ::

setelah kehairanan selama beberapa bulan sebab berat badan tak naik sangat, sekarang nih, tanjat boboy sebab berat naik dengan jayanya. haha. takde la aku nak merungut apa.cuma syukurlah. ini membuktikan aku normal akhirnya. setelah dihitung, berat aku sepanjang kehamilan ini, setakat hari ni la kan, adalah sebanyak 7kg. ok. tepuk tangan semua.

lepas tu suami terus bangga dia cakap dia pandai jaga wife. ye la. terima kasih suami. memang dia pandai jaga aku. sebabnya asal aku merungut nak makan itu ini.dia cuba tunaikan walaupun dia tak berapa berkenan aku makan makanan tu.contohnya kek kat secret recipe. bukan apa. risau aku kena kencing manis. paham-paham la kan time pregnant ni penyakit mesra sikit dengan kita.tapi sebab kesian kat isteri yang macam tak cukup zat walaupun badan 'tough' (ok, boleh cakap gemuk sebenarnya) suami izinkan jugak. haha.
selain berat badan naik, of coz la bentuk rupa badan pun berkembang. aku notice bila tengok bahagian peha dan kaki. nangis dalam hati. tapi takde la stress ke apa.sebab semula jadi dulu pun besar dibahagian tersebut. takpe. itu belakang punya cerita. janji aku dan baby sihat. tu pun dah cukup buat aku.

esok (ahad, 27 nov) genap 39weeks usia kandungan.mengikut tarikh kiraan hari 1st,last period. mengikut EDD last scan aku hari tu, due date dah bertukar ke 30.11.11. tapi aku ni banyak EDD. ade yang 4.12, 5.12 dan paling lewat 7.12. aku pun tak tau mana satu yang tepat. sebagai langkah berjaga, aku prepare aje la dengan tarikh 30.11 tu.tapi hari tu aku ada exam. tawakal aje la kan.
tapi kalau ikut tanda-tanda bersalin yang aku sibuk google sekarang nih, aku belum ada tanda besar.like bleeding ke apa ke kan. setakat perut mengeras or adik aku cakap sebenarnya itu adalah rahim yang sedang mengeras aje. dan jugak perasaan ingin wee wee yang tebal specially kalau bangun duduk atau berjalan.

aku tertanya pada diri sendiri, apa itu contraction. cuba paham melalui pembacaan. tapi tu la. sangat tidak paham. ada yang cakap macam sakit nak period. perut cram. tapi aku rasa lain orang lain rasanya kot. kan?

aku ni takut. tapi gatal pulak baca pengalaman orang.rajin nih bukak archive orang.pastu takut sorang-sorang. haha.
ok.mood hepi ni.sebab baru lepas makan nasi goreng cendawan. peberet sekarang nih. ok.nak sambung study.matikla otak berkarat.


Tuesday, 18 October 2011

:: anemia dan 33weeks ::

sebelum tu, ahad lepas aku tgk vokal:bukan sekadar rupa tu. yg ala ala rancangan the voice kat axn. aku teruja dgn suara peserta pertama. tatau la teruja sebab memang aku suka lagu tu atau suara dia memang sedap. nama dia pun aku tak ingat sape. malas la nak google. suara orang badan besar ni memang sedap. tgk la adibah noor.memang mantop kan.sama la suara aku pun sedap jugeee..

semalam aku adalah keletihan yang amat sangat. tak tahu la sebab hb rendah atau memang sebab dah masuk 33weeks ni. keletihan yang macam tak pernah makan. yang aku rasa semua tenaga aku di serap oleh suatu kuasa lain. matikla fantaghiro sangat.

kalau ikutkan kesan hb rendah tu antaranya ialah 
  • mudah lesu dan letih
  • pening dan rasa nak pitam
memang semalam macam tu la aku rasa. sms suami ajak pegi hospital. sungguh terasa nak bersalin je semalam. bukan ape, aku taknak ade effect yang tak elok kat baby dalam perut ni. aku tak sihat takpe. suci kan hati seorang mak.

lepas makan aku kuat la.2 3 jam pastu melepek balik. aku pulak selera kekadang wujud. kekadang hilang. boleh pulak semalam tetiba nak makan mcd. mujus suami bawak keta. kalau tak aku peduli apa hujan lebat dan malam.pantang tgk iklan best.semua nak.pastu makan sikit je pun.gempak lebih.

pastukan, aku sekarang suka betul makan kuew teow goreng.sekarang aku rasa macam koew teow kerang dekat kedai yang tepi econsave sg.buloh ni la paling sedap.siap makan sikit-sikit takut cepat abis.punyala poyo kan.nasib suami melayan.kalau cakap nak makan koew teow kat econsave, laju dia bawak.sebab ape.sebab kedai tu bersih.

dah 33weeks.cepatnye masa berlalu. dan jugak rasa tidak sabar pun ada.semakin hari semakin tak sabar nak tengok muka anak sendiri. nak belai pipi anak.nak cium.nak dodoi. selama ni aku sibuk je jaga anak orang. dalam tak sabar, rasa takut ada jugak.aku ni jenis tak tahan sakit.tak tahu la camana nanti. tapi, dalam rasa tak tahan sakit tu, aku kagum jugak sebab dah 2 kali aku kena inject, aku ok aje.siap takde rasa ape.kalau dulu, dengar nurse datang sekolah nak jab, aku kecut perut siap tak selera makan time rehat. dah la nama mula huruf A kan.memang takde sempat nak nebes lebih aku dulu kena jab. kawan-kawan aku sempat la tadah tangan berdoa ke ape kan.

so aku harap diberi kekuatan yang luar biasa.juga ketenangan dan kesabaran.bukan ape.aku paham benar dengan nurse kat hospital gomen ni.sape yang mengada lebih memang diaorang menyampah la kan.aku taknak la jadi seorang yang mengada dengan meraung tanpa sebab nanti. harap sangat aku tabah.

hari ni masak kari ayam.suka betul masak kari ayam sebab 1st time masak kat suami ari tu, dia puji sedappppp.apa lagi.terasa nak masak hari2 walaupun aku bukan la rajin sangat. dulu aku suka la masak masak ni.sebab kat langkawi, adik aku rajin makan.dan suka puji kasik aku kembang bontot.aku memang la suka dipuji.nanti jadi rajin melampau.haha

ok.dah malas nak taip.tata

Sunday, 11 September 2011

:: shopping, scan dan check up ::

cerita raya hold kejap.walaupun takde sapa nak peduli kalau ade tak cerita pun. kata diari online. aku rajin aku taip. tak rajin aku simpan dalam hati. tapi tu la. nanti lama-lama luput pula di dalam hati.

scan baby

tak plan pun nak scan baby. tapi aku dan suami macam teruja dan nak tau perkembangan terkini anak kitaorg ni. so far memang aktif la dalam kandungan ni. selain tu sedikit berharap la dapat tengok gender anak kesayangan hamba ini. so lepas borak-borak dengan suami, suami pun dengan senang hatinya bersetuju. maka kitaorg pun gerak la ke klinik yang biasa aku gi scan perut tu. boleh pulak doktor tu tanya naper nak scan. mcm tak sudi je.aku bayar ok. matilah kekwat kan. tapi takpe. doktor tu tetap nice sebab melayan aku dengan baik.

Alhamdulillah, baby dah grow up dengan jayanya dalam tummy mak dia. walaupun berat badan aku naik sikit aje sepanjang pregnancy ni, tapi bila doktor cakap baby ok, aku pun syukur la dalam hati. patut la gerakkan makin padu.dah kuat ye anak mummy ni.

cuma, doktor cakap uri aku macam ke bawah sikit. macam biasa. aku yang cepat nebes terus demotivated. cepat betul mood down. bayangkan, lepas scan baby tu, aku gi makan kfc dgn suami sambil bersulam air mata.malu woh.macam kena marah dengan suami padahal..emosi terlebih.

pastu doktor belek-belek buku pink aku tu.dia suruh aku naikkan berat badan sikit. aku pun hairan kenapa berat badan naik sikit aje. maybe aku kurang makan kot? tapi aku makan macam biasa.takde la skip makan ke apa. nak pulak sekarang ni. memang cepat betul lapar. harap normal la berat badan aku naik cenggitu kan.

masa scan tu, doktor kata baby nampak lapar. tengah isap jari. terus hati mak dia tersentuh. terus bagitau suami lapar. dan kami pun makan kfc dgn bahagia.(dan linangan air mata). miahahaha.

shopping

lepas makan kfc, terus ajak encik suami shopping barang baby. first time nak beli baju anak sendiri. sungguh nebes dan teruja tatau nak describe. over kan? selama ni pendam aje dalam hati. kalau masuk bahagian baju baby and kids tu kan, aku telan je air liur. nak beli suami tak kasik. boleh aje kalau aku beli senyap-senyap. tapi tak feel la. nak beli berdua jugak dgn suami. matikla mengada sangat. feeling isteri solehah pun ade sbb dengar cakap.kakaka.

shopping kat the store sg buloh sahaja.takde la makna aku nak ke kedai vass vass. beli baju 2, 3 helai, lampin, pampers, itu ini. seronok ye shopping baju baby ni. rasanya macam keseronokkan dalam penyeksaan. seronok sebab dapat shopping. baju budak kan cute belaka. seksa sebab kena ikut bajet. so far takde la beriban abis. maybe aku tak beli barang yang branded sangat.ikut kemampuan sudah. oh ye. ini just my 2 cent la. barang baby tak perlu kot beli yang berjenama bagai. sebabnya baby ni cepat besar. lepas tu, apa dia tau dengan benda mahal. lagi baik duit yg banyak abis kat pakaian tu di gunakan secara berhemah. saving utk pendidikan dan kesihatan anak kita ke kan. again, bukan aku jaki ke apa tgk org reveal beli baju raya anak sampai beriban-riban. anak tak sampai umur setahun. jalan pun tak reti lagi kan. pastu beli kasut yang harga 2 3 ratus. mati akal aje aku tengok orang macam ni. pada hal kan, orang tak perasan pun kasut anak kau mahal ke murah.

tetiba terkeluar topic kan. oh ye. aku ni ada masalah shopping baju budak. aku tak reti nak estimate size. selalu aku shopping baju untuk anak-anak kawan aku, mesti aku amik size besar punya. sebab aku fikir baby cepat membesar. ok, boleh pakai ke aku punya buah fikiran tu? masa shopping hari tu, en suami selalu tegur aku ambil baju yang size besar. mana ade. aku ambil yang size 0-3 or 0-6 month. aku xnak la amik size new born. karang pakai kejap je. pembaziran kan. suami yang kelihatan tidak teruja selama ni rupanya memendam perasaan. dia lagi eksited daripada aku nampaknya. kakaka. tapi, sapa tak rasa teruja kan. normal la tu. aku pun hepi tgk suami semangat bershopping.

lepas abis shopping, kitaorg gerak pulak ke ikea. ikut adik ipar aku jalan2 kat sana. suami memang dah lama aim satu gelas kaca ni kat ikea. dia tanya aku nak ambil ke tak. aku mana ade semangat dah nak beli barang rumah. fikirkan rumah yang masih unknown statusnya tu, sakit pulak hati ini. tapi sebab suami macam mengidam, aku pun turut teruja.so hari tu, kami shopping gelas berbiji-biji. eh? gelas biji ke buah? maaflah. bm aku memang macam ni.

check up

esoknya, ke klinik untuk monthly check up. sepanjang bulan puasa aku kat kampung, aku tumpang check up kat klinik desa sana. berdebar jugak nak check up kali ni. sebab aku risau dgn hb aku. cakap ape je jenis makanan tambahan untuk naikkan hb. semua aku dah telan. kerang, hati ayam, sayur bayam. so konfiden ni hb akan naik. sekali, lagi turun. dah jadi 9.8..huk huk. kena ceramah dengan nurse. nasibla nurse pun baik. siap suruh aku beli supplement kat farmasi. namanya IBERET. aku dah beli. tgkla camna kesannya nanti. hope naik la hb aku ni. aku tak risau dengan diri aku.sebab aku belum tahap pucat. kesian kat inside tummy la. berat badan pun masih malu-malu nak naik. percaya tak, dah hampir 7 bulan pregnant ni, berat naik 2.6kg aje. aku pun tak percaya. mungkin penimbang tu rosak.

lapar pulak. nak makan la. lately cepat lapar betul. potensi berat nak naik memang besar kali ni. jangan over naik sudah. nanti kena marah lagi.

Tuesday, 23 August 2011

:: 25 ::

Alhamdulillah.

sudah 25weeks. so, ada lagi 15weeks to go. kadang-kadang rasa nebes. kadang-kadang rasa tak percaya. mostly, rasa tak sabar nak jumpa inside tummy. makin tak sabar bila baby aktif bagi respond. setiap kali inside tummy kicking, saya rasa bahagia. kalau tengah sedih, mood boleh bertukar gembira.

awal pregnancy, rasa sayang pada inside tummy cuma biasa-biasa.lebih kepada risau dan tanggungjawab. sekarang, makin hari saya rasa sayang yang amat sangat, rasa inside tummy segalanya buat saya. sampai kalau nak tido, kena cari posisi yang selesa buat kami berdua. saya of kos la suka mengiring time tido. posisi melentang bukan lagi kesukaan kalau dah masuk usia 25weeks ni.tapi bila mengiring terasa inside tummy tersepit. risau yang entah apa-apa.

alhamdulillah, sepanjang pregnancy, saya takde masalah yang berat-berat. cuma, bermula dengan masalah berat badan tak naik, bp tetiba naik dan hb rendah, saya terpaksa ke klinik 2mgg sekali. suppose usia kandungan macam saya ni sebulan sekali sajork. tapi tu la. berlarutan pulak masalah saya. berat badan saya memang naik sikit aje.nak pulak bulan puasa ni.terus jadi statik pulak. memang saya risau. tapi as long as doktor cakap anak sihat, saya pun ok aje. syukurlah jugak tak naik mendadak kan. nak cakap tak makan. saya makan. risau jugak kalau baby tak cukup zat ke apa kan. maybe baby saya ikut genetik suami. keh keh.

habis masalah berat tak naik, membawa kepada bp yang tetiba naik. mananya tak naik. time nurse amik bp tu saya asyik risau pasal baby.pasal kes berat tak naik tu la. malam sebelum ke klinik, tido tak nyenyak. sampai klinik tak sempat rest betul2, nama dah kena panggil. hasilnya memang la bp saya naik kan. tapi lepas tu dah stabil. next appointment, hb saya pulak rendah.merasa la kan kena cop anemia. walaupun dalam kategori ringan aje. tapi since 2 kali amik darah hb still rendah, saya risau la jugak. dah puas makan kerang, hati ayam, sayur bayam, peria, bla..bla. harap-harap check up lepas ni naik la hb saya.malas betul nak ke klinik 2mgg sekali. malas nak tunggu turn.kalau semuanya cepat takpela.

bukan nak merungut ke apa. tetap bersyukur segalanya dipermudahkan.takde masalah loya melampau.atau apa-apa yang memudaratkan. doa saya, biarlah inside tummy sihat-sihat aje.sempurna sifatnya. saya sakit takpe. ehem. jiwa mak mak memang cepat touching kan. comel je.wahhh..

next week dah raya kan. cepat masa berlalu. insyaAllah raya kedua akan pulang kepangkuan suami. wehehehe.geli geli geli. tak sabar nak balik sebab suami janji nak bawak pegi shopping barang2 baby. harap2 cepat la dapat kunci rumah. sebelum saya bersalin ke kan. lagi seronok dapat tinggal kat rumah sendiri. takde barang lengkap pun takpe. janji, hidup berdua dengan suami. soon..bertiga pulak.insyaAllah.

tak sabar nak raya walaupun baju raya takde.

Thursday, 11 August 2011

:: my baby..you ::

you make me worried today.

inside tummy mula berinteraksi dgn saya since umur kandungan 19weeks. mula-mula terasa tendangan halus tu saya senyum aje sorang-sorang. encik suami takde. keje masa tu. apa lagi. terus kelam kabut sms suami bgtau, your baby is kicking me. kaka. ayat sungguh mintak penampar.

sejak hari tu, setiap hari saya menanti inside tummy kicking perut saya. mula-mula rasa geli. lama-lama saya ternanti-nanti. sebab itulah satu tanda he/she sihat dalam kandungan saya. respond pada suara or sentuhan saya. betul ke haa? saya main buat andaian ni. tapi, memang saya suka bila terasa gerakan halus dalam perut saya. tak tahu nak cakap. lepas tu suka buat cerita dengan suami. like, baby akan sibuk bergerak bila tak dengar suara suami. kalau ayah dia ade, dia akan behave. haha. padahal hal yang sebenar hanya baby dan Allah swt aje yang tau kenapa dia diam time ayah dia ada.

minggu ke 20, check up kat klinik. nurse letak satu alat tu aku tatau ape benda namanya tapi boleh dengar heartbeat baby. sayangnya suami tak dapat dengar sekali. hehe. 1st time aku dengar tu. selalu aku scan doktor cakap je heartbeat ok. non ado la aku nak mendengarnya. kali ni rasa terharu. ada kamu dalam diriku. wahh..set mak jiwang aku nih.

hari ni.sejak sahur tadi. inside tummy cuba meng'suprise'kan mak dia dengan berdiam diri tanpa sebab. jenuh saya usap perut. borak-borak. selalu tu kalau saya mengaji, inside tummy respond dengan gerakkan manja dia tu. tapi hari ni non ado. teruk mak dia cuak sms ayah yang jauh nun di sana. apa lagi, ayah dia pun risau sampai tak dapat tido.dah la baru balik keje. mesti la risau. anak pertama. takde pengalaman apa. pengetahuan pun takde. harap bacaan internet je. mau saya tak cuak dan cemas.

saya assume, baby saya sedang berehat sebab kekadang saya terasa dia bergerak.cuma tak seaktif semalam. semalam dia punya bergerak sampai terasa perut saya berombak. hepi je semalam. hari ni cuba menduga yaa..

Alhamdulillah, sekarang dah start respond. dah mula nak aktif. syukurlah. inside tummy..jangan buat mummy worried. mummy is cepat gelabah ok.

love u my baby.

from,
mummy yang gorjes.

Friday, 5 August 2011

:: ramadhan, day 5 ::

kejap je rasa masa berlalu.dah hari ke-5 berpuasa. Alhamdulillah, setakat hari ni aku takde ape-ape masalah.harap tu dapat la berpuasa penuh tahun ni. InsyaAllah. 

sekarang aku kat langkawi. balik berpuasa kat sini. 29hb July hari tu, aku dan suami naik bas balik kampung. memang sebelum ni aku ada mintak izin nak balik puasa kat langkawi.sebab aku makin hari makin tak larat. ade hari aku kuat. ade hari aku rasa nak tido aje. lagipun kitaorg belum pindah rumah sendiri dan aku rasa lebih selesa berpuasa kat kampung. rupa-rupanya suami memang dah plan nak kasik aku balik sini. maybe dia pun kesian tengok aku membosankan diri bila dia keje. nak pulak bulan puasa. emosi ibu mengandung kan turun naik. sebelum aku buat request bukan-bukan, dia dah call mak kat kampung cakap nak balik kampung dan nak kasik aku puasa kat sini. mak baru je bagitau. sungguh terharu sebab suami buat suprise.

suami aku memang suka buat suprise. mula-mula dia bagitau tiket bas 30hb, malam. so aku pun melepak tak kemas barang. siap ajak dia pegi jalan-jalan kat pekan sg.buloh sebab aku macam nampak kedai barang baby nak buat sales.nampak diaorg setup depan kedai diaorg tu. plan nak makan roti canai la. sekali dia kata, tiket 29hb pagi. hepi berganda sebab memang dah tak sabar nak balik kampung pun.

plan asal aku nak balik sendiri jek. tapi since dah masuk 5 bulan ni, en.suami macam risau nak biar aku naik bas sorang-sorang. aku pulak kejap kuat kejap tak sihat. aku pun risau dengan diri sendiri. nak naik flight. suami tak kasik. risaukan tekanan ape la kan. aku pun bila suami tak kasik malas nak argue. nanti kalau jadi ape-ape mesti menyesal. so kena ikut cakap suami selagi ianya logik la kan.

so, dapat sambut puasa dengan suami. 1st time bersahur, dan berbuka dengan en.suami. masa bercinta + bertunang mana lah aku dapat rasa semua tu. ye la. cinta kutub utara kutub selatan. dah kawen baru nak merasa semua ni. sangat best. walaupun dapat berbuka sehari je dengan suami, aku rasa bersyukur sangat. nak buat cammane. keadaan tak izinkan aku nak berpuasa sebulan dengan suami. geram jugak dengan lawyer yang uruskan hal rumah tu. nak citer pun malas. aku anggap semua ni ade hikmah. tak boleh nak fikir sangat. kita merancang. ape-ape, Allah SWT yang tentukan. ye tak? so, selagi boleh, kita cuba buat yang terbaik. 

tapi still berharap dapat masuk rumah before aku bersalin. cuma planning. kalau tak dapat jugak tak ape la.aku akan usaha buat plan baru. 

inside tummy sangat aktif sekarang. masuk weeks ke 19, dapat rasa gerakan halus. sekarang makin aktif la kan. Alhamdulillah. walaupun aku macam-macam hal dapat masa check up. contohnya, bermula dengan berat badan statik, lepastu tekanan darah naik (yang aku anggap naik sebab aku risau terlampau.sekarang dah ok), lepastu hb darah pulak kurang. tak pasal-pasal kena check up 2 mgg sekali padahal umur kandungan cam aku ni patutnya sebulan sekali sajork. takpe. janji baby kat dalam sihat.

yeh.berat badan masih main-main.kejap naik, kejap turun. dan aku sudah tidak risau. sebab doktor tak cakap ape. perut pun comel lagi. cuma dah nampak la kebuncitan. buncit yang comel. nak snap gambar perut pun kena cari angle yang betul. rasanya ok kot. aku pun baru 22weeks. 

hari ni, plan nak masak gulai ikan dan sambal tumis telur. rasanya aku tak banyak songeh puasa kali ni. makan je ape ada. nak ngidam yang bukan-bukan pun takde. buat masa ni la. Alhamdulillah. biarla tebiat ni kekal sampai bersalin nanti. kena jaga berat badan jugak. pastu aku risau kena diabetes je. so kena hati-hati jugak dengan jumlah makanan yang aku amik. prisip aku, pregnant bukan tiket untuk aku makan sesuka hati. haha. hope aku tak main-main dgn prinsip sendiri.

till then, tata

Wednesday, 13 July 2011

:: kepingin ::

Alhamdulillah.

sudah 19weeks. masih kuat.kadang-kadang terpeleot jugak. muntah kadang-kadang je.tapi kalau pening menyerang.aku rebah terus. tapi semua di lalui dengan penuh redha. kadang-kadang je sebak sebab biasalah. aku kan mengada.hahaha.

ahad lepas.tiba-tiba. rasa nak makan buah amra. tau tak buah ape tu? kalau kat kampung aku, orang panggil buah amra, kat sini orang panggil buah kedondong. puasla aku fikir buah apa orang sini panggil. sebab dalam kepala ni ingat amra. amra. amra. jenuh fikir sebab nak explain kat suami. last call mak. haha. nasib la dalam negara jugak. kalau kat obersea buat perangai macam ni, memang garu kepala la suami aku kan.

sampai hari ni, suami belum jumpa buah yang diidam. aku takde la meronta-ronta, hentak kaki, ketuk kepala nak buah tu. cuma rasa kepingin yang susah nak cakap. kira aku mengidam la kan. aku bukan apa. bila orang tau kita mengandung, antara benda yang nak ditanya ialah "mengidam apa". selain daripada tanya nak bersalin kat mana, loya ke tak.
pasal bersalin kat mana, aku masih belum decide. yang pasti aku pilih hospital gomen la. aku rasa, xnak bebankan suami dengan bill hospital yang tinggi. lagipun, kat mana pun aku bersalin, perkara yang aku utamakan ialah keselamatan. biarlah proses bersalin tu selamat.anak selamat.sihat.aku pun sihat. tu je doa aku. negeri mana aku nak bersalin, itu yang belum decide. tapi buat masa ni, aku rasa nak bersalin kat sini. sebab kesian pulak nak biar suami ulang alik hantar aku balik kampung la.jenguk aku masa bersalin la.

sebab lambat lagi, aku kiv dulu benda ni. heh. barang baby pun aku belum siap apa.bukan tak excited noks. aku teruja jugak. tapi taknak over acting. aku sabar banyak-banyak. yang penting bulan-bulan aku kumpul duit.nanti, sampai waktunya aku borong la. ade jugak nafsu shopping dok hasut aku beli barang daripada skrg. tapi suami aku buat tatau je. haha. padahal aku tau beliau juga teruja nak shopping barang baby macam aku.

aku sekarang, banyak siapkan diri dengan ilmu pengetahuan nak jadi seorang mak. nak dalami ilmu breastfeed. nak alami ilmu jaga anak. aku memang zero pasal ni. lepas tu, aku memang bangang abis pasal ilmu menyusu anak ni.aku tau la kasik susu. tapi cara nak simpan susu.nak perah susu. apa itu spectra? apa itu medela.matikla..susahnya aku nak paham. ada tak website yang explain ni secara senang aku nak paham? matikla dasar pemalas kan.

lepas tu.apakah set berpantang yang paling berkesan dan murah? semua tu aku baru nak study. rasa miskin ilmu betul. tapi takpe. daripada aku perasan pandai. baik aku berasa tidak pandai dan berusaha mencari ilmu.

oklah. sakit hati tgk tv3 tunjuk cerita aiskrem di malam hari. sedap pulak aiskrem malaysia perisa milo dan asam boi kan.


Wednesday, 6 July 2011

:: update ::

Alhamdulillah. masih sihat dan segar seperti biasa. cuma, kadang-kadang diuji dengan sakit kepala, muntah dan sengal badan. tapi itu aku anggap satu ujian kecil buat aku dan membuatkan aku selalu bersyukur dengan apa yang aku ada.

mood sekarang bercampur-campur.perasaan malas dan rajin bersatu padu dalam diri.masing-masing cuba tunjuk kekuatan. sebagai insan yang lemah (hehe) aku selalu terkandas dalam mood malas.maka terdampar la aku kesepian baring lemah depan tv.bosan sebenarnya.tapi tu la.jiwa raga rasa nak bermalas-malasan sahaja.

InsyaAllah, jumaat ni, PIL balik. dah 2 minggu diaorg ke makkah dan madinah.menunaikan umrah. maka merasa la aku menjadi suri rumah yang betul-betul untuk 2 minggu ni. sebab inilah kali pertama merasa tinggal berdua dengan suami. maklumlah, masih belum pindah ke rumah sendiri. feel adalah sangat berbeza bila tinggal di rumah mertua, dikelilingi mertua dengan tinggal berdua aje dengan suami. ada baik ada buruknya. suami keje shift malam, kembang kempis la aku cuba pejam  mata. telinga pulak peka je masa tu. kalau ada PIL, rasa tak takut sangat. hehe. so, alhamdulillah, dapat la aku belajar tinggal sorang-sorang waktu malam. memang sengal nak tunggu mata ngantuk. bosan jangan cakapla kan.tapi lama-lama nanti akan terbiasa la kot.

hari-hari berdoa dapat masuk rumah sendiri secepat mungkin. bukan tak suka tinggal dgn PIL. bagi aku, kat rumah sendiri lagi selesa. harap tu, dapatla masuk rumah sebelum aku deliver baby. tak sabar nak hidup dengan family sendiri. hehe.

ahad lepas, aku dan suami brunch kat luar. kebetulan terjumpa klinik swasta. doktor melayu.perempuan. dan klinik tu boleh buat ultrasound.maka berkobar-kobar la kami suami isteri nak scan baby.buat kali kedua. yang pertama kali tu suami tak tengok.sebab dia tunggu kat luar aje.kali ni aku ajak suami masuk sekali. sebenarnya dah berapa hari tanam azam nak buat ultrasound tuh. tapi, klinik swasta kat sg.buloh ni berapa kerat aje yang boleh buat.pulak tu ade syarat sampai pukul 5 ptg aje.malam takde. dah rezeki kami nak jumpa doktor yang best pagi tu. so syukurlah. perkara pertama yang aku nak tau, baby sihat ke tak. perkembangan baby ok ke tak.

Hepi, syukur sangat bila doktor bagitau semuanya ok.doktor tu pulak ramah.tunjuk satu satu kat kitaorg.ni kepala baby. ni tulang belakang baby.jari baby. ah. bahagia sangat dan juga rasa, heyyyyyyyy...aku bebetul nak jadi mak orang ni. hahaha.

so, sekarang rasa lebih hepi daripada hari hari lepas. tetiba tatau nak taip apa.dah.babai

Monday, 20 June 2011

:: gosok, jangan tak gosok ::

amaran: entry yang boleh menyebabkan anda putus selera makan.tak kuat jgn baca!!

sejam semalam, aktiviti gosok gigi adalah tidak fun buat aku.specially pada waktu pagi. aku takde morning sickness.Alhamdulillah. syukur di situ. tapi sekarang ada pulak aktiviti muntah bermuntah selepas gosok gigi. sebelum ni ada jugak rasa.tapi aku kontrol.sampai bergelora perut macam lepas tsunami. tapi sekarang dah tak mampu. terus terburai isi perut. mujur di pagi hari perut kosong lagi. aku muntah air dan sisa makanan je.tabiat aku pagi-pagi bangun tidur terus minum air.sebab nak lancarkan proses pembuangan sisa..

aku masih belum scan perut! kenapa? sebab rabu ni nak jumpa doktor. suami nak tunggu dulu doktor cakap apa. tapi aku rasa tetap nak scan jugak. kalau dr. gomen nih taknak scan, aku nak pegi je klinik swasta. aku nak dengar heart beat baby. nak tau keadaan dia kat dalam ni. 

sebab baby masih di dalam, dan aku belum tengok rupa bentuk dia, kadang-kadang aku lupa aku mengandung. aku macam takde rasa sayang lagi. bukan tak suka. bukan tak sayang. cuma takde rasa sayang betul-betul. jahat ke aku ada rasa macam tu ye. kadang-kadang rasa bersalah pulak. tapi sapa tak sayang anak kan.maybe kalau dah keluar nanti baru aku akan rasa sayang yang betul-betul punya.

suami balik rumah malam ni. maybe. tak pun pagi esok. rasa dah lama pulak tak jumpa walaupun last jumpa hari jumaat lepas. walaupun jarang jumpa, tetap rasa bersyukur la kan. aku ni kira tahap biasa aje. ada tu, dapat jumpa suami/isteri weekend aja.tu pun kalau tak busy. tu belum yang tinggal jauh betul. mau makan bulan tak jumpa. so aku bersyukurlah, tetap dapat jumpa suami. cuma, selalu berdoa urusan rumah cepat settel. dan suami dapat keje opis hour. 

AMIN

Monday, 13 June 2011

:: kerisauan ::

hari ni pegi check up di klinik desa. berdebar sebab takut berat badan naik. pagi-pagi dah siap. tunggu suami  balik. kesian jugak suami baru balik keje kena teman aku ke klinik pulak. tapi tu la.semangat seorang bapa kan. dan sebab isteri takde kenderaan, kena la dia teman. kalau pegi sendiri rasa sedih pulak padahal berlambak ok orang check up pegi sorang-sorang.

syukurlah hari ni orang tak ramai. jadi, aku dapat turn no.3. no last pulak tu.haha. 3 orang aje ibu-ibu pagi ni. lepas nama kena panggil, macam biasa kena pegi toilet. untuk buat albumin test kat urine. lepas tu kena timbang. masa ni sangat nebes. macam-macam ada dalam kepala ni sebenarnya. risau, risau risau.

keputusannya berat badan aku tak naik. statik. sangat takut sebab dah 3 kali timbang statik aje berat badan.masa ni dah risau. rasa tak yakin datang. takut. semua ada. betul ke aku pregnant? Ya Allah, berdebar jgn cakap. tapi aku diamkan diri. simpan dalam hati. tanya nurse, dia kata normal la maybe sebab aku masih di awal kehamilan. aku pun bagitau aku takde tanda lain, like normal person. aku takde muntah. cuma ada loya. tu pun dah hilang sebab dah masuk 2nd trimester ni. permakanan aku kejap selera, kejap tak. aku jaga permakanan aku. sebab aku takut terkena kencing manis. aku risau!

aku takut, aku tak hamil selama ni. maybe kehamilan palsu ke? tapi urine test positive. aku pernah mengadu dgn doktor dan dia scan la perut aku. masa tu awal lagi. dia kata belum nampak baby cuma ada kantung. aku pulak tak dengar heartbeat. memang aku risau.

semua yang negative muncul dalam kepala aku. tapi aku rileks. balik rumah aku breakfast dengan ipar-ipar aku. semalam ada kenduri akikah dan tahlil kat rumah mertua. so hari ni ramai ipar aku berkampung kat rumah mertua. masa makan tu, aku ok lagi. lepas tu, tengah hari sikit aku call mak kat kampung. pastu mak terkejut, terus tanya aku ni pregnant betul ke tak? ....rasa nak nangis. terus nangis kejut suami tengah sedap tido.

aku nangis sepuas hati. memang apa terpendam semua keluar. sape tak risau kan. dah la perut tak buncit pun. itu aku terima lagi.sebab orang macam aku memang susah nak nampak kalau tengah pregnant. tapi, Ya Allah..susah nak cakap. selagi tak dengar heartbeat baby...memang aku akan risau.

try jugak cari kat google. kot2 ada jawapan dalam masalah aku nih. tapi serius aku buntu. aku taknak negative. aku yakin aku pregnant. aku yakin ada nyawa dalam rahim aku.

suami pulak ade cakap, jangan la nangis. nanti baby kecik ati kalau aku pk dia takde dalam rahim aku. tak, aku taknak fikir macam tu.

tapi tolong...beri aku petunjuk...

sedih tau.

Friday, 10 June 2011

:: rindu ::

rasa rindu kat family di langkawi.

rindu kat anak buah. fatin dah besar sekarang. rindu masa dia baby. masa dia belum pandai lawan cakap. haha. sekarang dah cerdik. dah pandai cari pasal dengan aku. tapi aku tau dia sayang aku. kalau aku takde dia cari. tapi sejak dah pandai tengok channel 613 ni, semua orang dia malas layan. yang dia tau, nak tengok OSO. aku pun baru kenal oso ni. special agent oso. haha. kalau dah tengok tv, terpukau. bahaya betul.

rindu. baru-baru ni mak pulak tak sihat. aku dah bergenang air mata. kalau suami ada di sisi takde la terasa sangat. tapi kalau bukak cerita pasal family kat kampung, suara pun berubah. cepat-cepat adjust mood takut air mata tumpah. sangat cepat bertukar emosi sejak pregnant ni.

nampak gayanya, tahun ni macam kena raya kat sungai buloh je. sobss....sobss.terima hakikat la. dah ade suami. dah ade 2 keluarga. ni baru berpisah negeri. tak terbayang kalau tetiba suami kena bertukar ke oversea ke kan. tabah betul orang yang tinggal lama-lama kat oversea ni. tak rindu nak makan laksa ka? ahh..tetiba.

sekarang suka makan tempe le pulak. entah mana darah jawa sesat nih. haha. sape ada resepi tempe yang sedap. share la. camana ye nak buat tempe goreng cicah kuah kicap tu.aaa..sedapnya.

isnin depan check-up. kena diet la.takut tengok kilo bertambah. pastu, rasa macam cepat lenguh je bila berdiri sekarang. aku dah gemuk. tapi gemuk yang epi.miahaha.

Tuesday, 7 June 2011

:: bagan lalang with love ::

ramai kan orang kawen minggu cuti sekolah ni. terimbau kenangan rasanya.terus rasa nak kawen lagi sekali.dengan orang yang sama la pastinya. nak rasa berdebar tunggu pengantin lelaki sampai. nak rasa malu-malu jeling bakal suami. nak rasa sejuk tangan tunggu suami lafaz akan.nak rasa hepi bila dah sah jadi isteri orang.semua rasa tu, aku nak rasa lagi...kalau boleh hari hari nak rasa nebes bila tengok suami. baru la getaran cinta di jiwa kan.makhaiiii.jiwang betul.

kami masih tinggal di sg.buloh.masih menumpang kasih sayang mertua.rumah kitaorg belum boleh masuk.aku pun dah sangap ni.daripada mood tinggi melangit nak hias umah.nak deco.nak cat sendiri.terus dah tukar ke mood nak keje aje.aku tengah bosan ni.mood nak beli barang baby belum wujud.sebab terbantut dengan mood nak masuk rumah.lagipun aku takut nak teruja terlampau.nantila.perut dah besar, aku nak amik mood shooping barang baby.

petang sabtu lepas, aku dan suami ke bagan lalang. picnic kekononnya.kawan-kawan suami la, plan nak buat bbq la, apa la. aku dengan suami yang prepared semua tu.krem kaki aku hari jumaat tu.berdiri lama sangat kat sinki.proses ayam punya pasal.2 ekor je pun, tapi letih lain macam. rasa dah tak kuat sekarang ni.lupa la.aku tengah pregnent kan. lepas tu aku serah tugas kat suami untuk proses pemerapan.mujur la masa tgh proses ayam tu suami tolong jugak.aku dah loya tengok lemak ayam segala.sikit je lagi nak muntah.terus tak lalu nak makan ayam.

petang sabtu, pukul 4 macam tu kami gerak ke bagan lalang.ikut guthrie.tatau mana jalan paling dekat dan murah kan.tapi aku rasa ikut plus pun lebih kurang aje.seronok petang tu.maklum la.aku kan, lepas 4 hari baru dapat jumpa suami.tiap kali suami nak balik sg.buloh, aku mesti teruja lain macam.mesti nebes jugak sikit2.haha.itu yang manisnya dok jauh walaupun 4 hari aje.tapi sedihnya time sakit belakang, loya nak muntah takde sape nak layan uolls.kalau mengidam ke ape pendam sambil sms mengadu.sms aje laaaaa...

petang tu, rasa epi.maybe baby pun rasa seronok.kalau tak aku terperap aje kat rumah.rutin harian, buat keje rumah.pastu tengok tv.sangap.bila dapat keluar jauh sikit, seronok lain macam.nak pulak cuma berdua dengan suami.aku nyanyi-nyanyi.suami pun layan aje.dia pun hepi bila aku takde mengadu nak balik langkawi.serius ok, aku sangap terperuk kat rumah.at least, langkawi tempat aku.aku tau nak gerak ke mana aku suka.sg buloh ni masih baru untuk aku.asing.walaupun PIL baik, tapi aku tetap tatau nak buat ape.ye la.aku takde keta nak gerak mana.tu yang sangap lain macam.dah la tengah pregnent.emosi turun naik.kadang-kadang telepon mak kat langkawi.bergenang je air mata. nak ngadu memang tak la kan.cuma rasa sayu je bila mak dan ayah jauh.suami pun jauh.memangla ada PIL.tapi tak sama dgn mak dan ayah sendiri.

sampai kat bagan lalang pukul 530 ptg cam tu.jalan-jalan amik angin dulu sebab kawan-kawan suami belum sampai.romantik je rasa.tapi tengah berjalan tu, bau ikan bakar.terus mood nak makan dtg.ajak suami makan kerang bakar.sedap.makan 1/2 kilo RM5, share berdua.makan bertiga.bahagia.bahagia.

lepas tu,kawan en.suami pun sampai.tapi yang ditugaskan bawak arang tu tak bawak pemanggang pulak.makan terjadilah ayam yang dipanggang atas arang aje.kering ayam aku tu.sebab balut dgn kertas aluminium tu, bakar.takde percik2 minyak.harus la kering kan.tapi aku hepi la petang tu.

aku suka sbb tempat tu selesa.ade surau, ada toilet.dan toilet tidak kotor.itu penting. 

yang penting, moment di  bagan lalang hari sabtu lepas adalah antara moment paling indah dalam hidup aku.sayang tak amik gambar.aku try jugak snap.guna hp.gelap gelita je.sentap.ni yang rasa nak dslr ni.

nota si kecil: baby dah 14 minggu.perut belum buncit.maklumla, orang berisi mcm aku susah nak tgk perut buncit.masih belum rasa apa apa.cuma loya dah kurang.rasa ngantuk dah takde.dah sihat.dah rajin masuk dapur balik.

Tuesday, 31 May 2011

:: nasi goreng kicap ::

nasi goreng kicap yang tak kicap sangat la


makanan kesukaan buat masa ini. masa depan tak tahulah. 

bahan-bahan:

nasi
minyak untuk menumis
bawang putih untuk ditumis
ikan bilis
kicap
garam

*nak best masukkan la sos tiram.tapi nanti jadi nasik goreng kicap-tiram lah.

makan panas-panas bersama cili padi potong letak kicap. huhu. aku tahu kicap tidak bagus dimakan. tapi 2 3 hari ni, kicap ter'list' dalam bahan makanan aku nak letak dalam masakan. dan tiba-tiba aku suka nasik goreng ini.

syukurlah, masih ada selera nak makan. hari tu, awal mengandung selera tak menentu. satu hari mau makan. satu hari lagi tamau makan. pastu letih.

:: tips ke petua? ::

aku mahu share.dengan kamu yang rasa nak baca la.yang rasa nak ikut boleh amalkan, yang taknak, takpe.baca je.

Eh. Petua apa yang aku nak kasik ni? Ye ye aje kan. Sebenarnya malu nak share. Sebab aku pun amatur. Tapi apa salahnya share kan. Aku pun guna logik sebenarnya. Memangla namanya petua. Tapi kena tengok jugak logik ke tak petua/tips tu bila kita nak ikut. Bukan main redah aje ye puan-puan sekalian. wahhhhhhhhh. (jeling acik oren yang soon to be puan.ahak ahak)

Tadi sempat baca blog Yongnana. Kebetulan, dia pun ada tips tersendiri. Eh, dari tadi bagi mukadimah panjang, tapi tak explain lagi nak kasik tips apa kan. Baiklah, tips nak pregnant. *malu*

Sekiranya anda di sana, ada planning nak pregnant, bolehlah amalkan. saya tak jamin ya petua ni berkesan. macam dah saya explain tadi, semua pun pakai logik.

Jangan makan asam/ jeruk.

Perghh..taip pun dah terliur. Belum ada depan mata lagi tu. Slurrrpp.Memang indah makan jeruk ni. Nak pulak time mulut rasa kelat-kelat atau waktu nak mengumpat gosip. Sedap jangan cakap la kan. Tapi, sebenarnya jeruk tak baik untuk usus kita dan organ dalaman kita. Makan sikit boleh la. Tapi kalau dah buat makanan asasi, memang tak bagus la kan. ni aku tak pasti apa kaitan dengan susah nak mengandung. Tapi aku pernah baca satu blog, ustaz ni ada kasik tau, tak elok orang nak pregnant makan jeruk. aku rasa ada kaitan dengan air kapur la. kan nak buat jeruk guna air kapur. ada masuk cuka. kan semua tu tajam. maksudnya ada logik la benda ni.

Jangan minum air berkarbonat

Sama la jugak dengan jeruk, air berkarbonat atau orang utagha panggil ayaq gas, memang tak elok. bukan saje untuk wanita nak hamil, wanita hamil tetapi untuk semua insan. dengan kandungan gula yang tinggi, dengan gas nye memang tak elok la. specially co_ke. orang ade cakap c_oke ni tajam. benda tajam tiadalah elok untuk rahim kita ye.

Oh ye. masa aku kat hostel kan, kawan-kawan aku panggil 'ayag gedegang' sebak masa dia jatuh dari mesin tu bunyi gedegang. haha. rindu pulak nak masuk asrama balik. time prep curi-curi keluar kelas pegi beli ayaq gedegang.

Jangan makan buah nenas.

benda basic. aku tatau la orang lain. kalau aku time period makan buah nenas, esoknya perghh..pesta kotex. ahhh..rindu kat kotex.

Jangan pakai kasut tumit tinggi.

Bukan orang hamil aje kena elakkan pakai kasut tumit ni uolls. yang plan pun kena amalkan. bukan ape uolls, takut tak sedar diri tu hamil terus jadi perkara yang tak diingini. kasut tinggi ni seksa. bukan aje pada kaki. tapi pada tulang belakang aja. jadi, ucapkan hai kepada selipar jepun.

baiklah. aku dah lupa petua lain. tapi yang paling penting kena tau la waktu subur korang. aku rasa boleh aje google pasal waktu subur ni. dan pada pemahaman aku la kan, waktu subur ni adalah hari ke 14 selepas 1st day period. haa..kalau aku salah kasik tau. sebab aku dah try menjadi. wakkakaak. matikla terlucah pulak.

ok. sampai di sini saja. ehem...apepun, kena set kat otak, anak ni rezeki daripada Allah swt. ape yang Allah swt kasik kat kita tu adalah yang terbaik buat kita.

aku pun bersyukur sangat dengan apa yang aku ada sekarang. aku tak keje..sobsob..tapi Allah swt kurniakan aku zuriat. walaupun masih awal, doakan aku selamat lahirkan anak aku ni ye.

tata

Monday, 30 May 2011

:: permakanan ::

pregnant bukanlah tiket untuk aku makan dengan sesuka hati.walaupun niat hati nak buat macam tu.teehheeeee. Alhamdulillah, aku takde masalah muntah-muntah untuk kehamilan ni.syukur sangat-sangat. tatau ape perasaan kalau makan-muntah,makan dan muntah berlaku pada diri aku. cuma tahap meloya aku memang terbaik la. kalau start nak meloya memang aku terbaring lesu la.

mengidam? 

biasalah.orang akan tanya pasal mengidam ni bila tau kita pregnant kan. aku pun tak sure macam mana rasa mengidam yang sebenar. tapi, kalau jenis yang tetiba rasa nak makan..rasa terbau dan rasa nak sangat ade dalam tekak, memang berlaku la kat aku. macam hari tu, rasa nak sangat makan bihun goreng. aku bagitau la en.gaban. dia pulak bukak ceramah kesihatan kat aku. terus syahdu. tetiba je aku nangis. boleh? mengada je rasaa.tapi tak.bukan nak mengada.rasa emosi je suami tak layan aku nak makan bihun goreng. dia gelak-gelak je tengok aku nangis sampai tersedu sedan. aku bagitau dia bukan nak makan sebungkus bihun pun.sepinggan ajeeeeeeeeeeee. 

dia pun ajak aku bersiap.keluar makan kat kedai.heaven ok.heaven dapat makan bihun.padahal selalu aje dapat makan.tapi petang tu dia punya sedap lain macam. tu ke mengidam? hahaha.

pastu, mengidam nak laksa kedah. pun tercapai. bagus jugak cuma mengidam benda yang simple macam ni.tak la pening orang nak melayan aku kan.

walaupun aku ade tiket mengidam. yang buatkan en.suami cuba usahakan untuk kasik aku makan, tapi takde la bermaksud semua aku nak makan. lagipun family aku ade sejarah diabetes. aku kenalah jaga makan. pulak tu badan aku kan spesis besar.kalau tak jaga memang boleh naik berkilo-kilo.badan kena sayang jugak. tekak ni boleh kasik runding punya.

sekarang ni aku makan aje supplement yang klinik kasik. iron tablet, folic acid, vit b dan c. pastu tambahan, minum susu yang en.gaban beli.aahhhh.aku ni bukan suka minum susu pun.tapi tu la.magic. untuk anak aku telan jugak walaupun berair mata nak habiskan segelas susu.entah la.aku prefer amik pil calsium lagi daripada minum susu.tapi aku lupa pulak nak mintak advise doktor.boleh ke orang mengandung amik pil kalsium.sebab aku takut jugak nak amik supplement tanpa nasihat doktor.

apepun aku berharap, aku sihat sepanjang proses kehamilan ni.walaupun kekadang macam tak percaya kan. ye la.aku tak rasa apa2 ade dalam perut aku ni.betul ke ada baby dalam ni? boleh tak ade perasaan macam tu.hahaa

Friday, 27 May 2011

:: the moment ::

terasa rajin nak blogkan pasal detik-detik aku syak aku pregnant. selama ni aku dapat penyakit malas. tatau nak cerita la.tapi hobi aku nak tido je.tak pun baring sambil membaca. tak kisah la baca ape pun. kekadang aku baca paper lama. janji dapat baring. nak tido tak bole la.ape gila nak pejam mata 24 jam. so aku membaca. mak aku pesan jangan manja diri sangat. kang anak ikut tebiat aku. so aku rajinkan la diri. tapi ape sangat nak buat. aku kan suri rumah. mana busy pun. haha. merepek seh.

pertama sekali, aku rasa aku ni mengandung sebab period aku tak datang la.. selalu tu tiap bulan datang. walaupun tak on time. kekadang terlewat 2 3 hari. kekadang terawal. tapi kali ni 2 hari tak datang period terus suspen sorang-sorang sambil membuat spekulasi sendiri.

perubahan diri yang lain takde la.loya-loya pening takde. tapi aku tetap syak aku pregnant. tapi kawan aku cakap lagi baik tunggu sampai 10 hari.kalau betul tak datang jugak period tu, baru buat urine test. so, aku pendamkan perasaan syak wasangka pada diri sendiri. en.gaban kalau aku cakap pasal ni kompom tak layan. dia taknak aku frust dan syok sendiri. selagi tak buat test, aku diam je sorang-sorang.

pastu, 2 April, aku ke Cameron Highland. teruja seronok sebab 1st time aku ke sana. tapi dalam hati tetap bergetaran. siap rasa bersalah pakai jeans sebab rasa ketat je kat perut kot-kot aku betul ngandung.kesian la kat anak aku tersepit kan.saiko uolls. sampai ke atas nun, aku bisik kat en.gaban, aku nak gi guardian. masa sampai kat atas tu, bangunan pertama aku cari ialah guardian ke watson tak pun farmasi. teruja ke gedik tak pasti la time ni. kalau tak dapat beli pregnancy test tu memang macam nak nangis la. tu dia..poyo betul.

kitaorg stay kat tanah rata. kebetulan guardian kat brinchang. so malam tu nak ke pasar malam brinchang aku bisik lagi kat en.gaban. dia jawab "iyeeeeeee....abang tak lupa.." hahaha. sori la bang. dapat bini teruja macam ni.

balik daripada pasar malam tetiba suami berentikan van tepi jalan. baru aku sedar aku dah terlupa niat asal aku nak ke guardian. terlupa sebab dapat makan starberi coklat uolls. pastu aku terus jalan laju2 ke  guardian sorang-sorang. segan la.dalam van tu ada PIL, ada abg ipar..mesti diaorg heran naper la aku nak ke guardian.dah la aku lama gila kat dalam tu.pening nak pilih yang mana satu best.punya la banyak brand kan.last aku amik dua ketoi.satu yang mahal sikit satu yang murah.niat hati nak beli yang digital tapi macam membazir je.so amik yang manual aje la.dapat 2 ketoi.sebagai kaver, aku beli mandian untuk mak mertua aku sebab dia ada cakap nak beli mandian.takde sabun nak mandi uolls.kaber kena baik punya.

malam tu, lepas makan sambil tengok AF, aku pun masuk tido.tak sabar ni nak tunggu subuh.nak buat testing testing.sejuk gila kot malam tu.tido dengan aman.pukul 4 pagi bangun nak terkucil, terus amik pregnancy test.di pagi hari yang hening, aku terbongkok-bongkok ke bilik air (lantai sejuk nak mamps).berdoa penuh harapan.sekali...........-ve uolls.naik satu line sajork.hampa.

tapi takde la hampa sangat. harapan masih ada.pagi tu sambung jalan-jalan, sambil frust jugak la.pastu terus buat aksi lasak jalan hentak-hentak kaki.tatau la mogok kat sape kan.ahaha.eh, apsal aku cerita semua ni?

pendek citer, sebab rasa yakin melampau-lampau, pagi 7 April, aku buat test sekali lagi.masa ni en.gaban kat rumah sewa dia.aku aje la kat umah mertua.bangun nak solat subuh, buat test dulu.dengan mamai-mamai, aku terkejut. eh.naik 2 line. betul ke ni.tak percaya aku.terus baca arahan lagi sekali. step aku dah ikut betul-betul.errkk.betul ke ni.Ya Allah..hepinya masa tu tatau nak cakap. Allah swt je tau. terus mms en.gaban.sedih betul time tu dia takde di sisi.

sebab en.gaban kat keramat time tu, aku macam emo sikit.sebab dia macam percaya tak percaya je.aku tau, dia pun takut frust. takut ujian tu tak betul ke ape kan. tapi serius aku emo. siap menangis lagi. pastu dia balik time off day, dia ajak aku ke farmasi.beli test sekali lagi.kali ni aku dah yakin dah aku memang pregnent. dia pun support aku. pagi tu, 11 April, aku buat test sekali lagi. ya...positive lagi. terus tunjuk kat en.gaban yang tengah mamai. hahaha. pastu dia kata, dia pun macam dah agak aku pregnant. elehhhh..ari tu ye ye je tak percaya bila aku kata aku +ve. saje je tauuuu..

pagi tu jugak aku ke klinik.nak dapat pengesahan doktor.dan sekali lagi disahkan +ve. hepi tatau nak cakap.syukur sangat.tapi perasaan bimbang tetap ade.ye la..awal lagi kan nak hepi hepi. nak pulak aku ni takde morning sickness. tu orang macam tak yakin je aku pregnant. sedih jugak masa ni. tapi takpe. janji en.gaban dan family aku yakin aku pregnant. mak pulak bgtau, dia dulu pun takde morning sickness. cuma demam dan selsema je. kes aku, aku asyik nak tido je.malas.

tu awal pregnant la.masuk je 12 weeks, aku dah start rasa loya.nak muntah tapi tak jugak muntah.loya dan pening start waktu petang ke malam. kalau en.gaban tengah off, dapat la bermanja lara mintak dia picit kepala la, badan la.sengal satu badan uolls.

ni pun dah start mual tgk words banyak sangat. ahhhhhh

:: 1/3 ::

almost 2 weeks aku tak dapat berpoya di dunia maya. sungguh ketinggalan. sungguh kesunyian. cecececece. ni gara-gara kemampuan diri yang hanya berupaya pakai broadband prepaid.abis prepaid gigit jari.tapi bersyukurlah, sebab suami masih sudi nak support bini. eh eh.bunyi pantun.

Alhamdulillah. setelah hampir sebulan saya berapa di kampung halaman, saya pulang juga ke pangkuan suami tercinta. sedih pulak nak tinggalkan family. tapi epi la dapat jumpa suami tersayang.haha.geli geli.

okla. nak reveal sesuatu. yang orang takde kisah pun nak tahu. haha.

Alhamdulillah. saya hamil. sudah melepasi tempoh kritikal. 1/3 done. ada 28 minggu lagi. masih awal. tapi tetap nak kongsi dalam blog. doakan yang terbaik buat saya ye.