atas

Saturday 26 November 2011

:: per'kembang'an ::

setelah kehairanan selama beberapa bulan sebab berat badan tak naik sangat, sekarang nih, tanjat boboy sebab berat naik dengan jayanya. haha. takde la aku nak merungut apa.cuma syukurlah. ini membuktikan aku normal akhirnya. setelah dihitung, berat aku sepanjang kehamilan ini, setakat hari ni la kan, adalah sebanyak 7kg. ok. tepuk tangan semua.

lepas tu suami terus bangga dia cakap dia pandai jaga wife. ye la. terima kasih suami. memang dia pandai jaga aku. sebabnya asal aku merungut nak makan itu ini.dia cuba tunaikan walaupun dia tak berapa berkenan aku makan makanan tu.contohnya kek kat secret recipe. bukan apa. risau aku kena kencing manis. paham-paham la kan time pregnant ni penyakit mesra sikit dengan kita.tapi sebab kesian kat isteri yang macam tak cukup zat walaupun badan 'tough' (ok, boleh cakap gemuk sebenarnya) suami izinkan jugak. haha.
selain berat badan naik, of coz la bentuk rupa badan pun berkembang. aku notice bila tengok bahagian peha dan kaki. nangis dalam hati. tapi takde la stress ke apa.sebab semula jadi dulu pun besar dibahagian tersebut. takpe. itu belakang punya cerita. janji aku dan baby sihat. tu pun dah cukup buat aku.

esok (ahad, 27 nov) genap 39weeks usia kandungan.mengikut tarikh kiraan hari 1st,last period. mengikut EDD last scan aku hari tu, due date dah bertukar ke 30.11.11. tapi aku ni banyak EDD. ade yang 4.12, 5.12 dan paling lewat 7.12. aku pun tak tau mana satu yang tepat. sebagai langkah berjaga, aku prepare aje la dengan tarikh 30.11 tu.tapi hari tu aku ada exam. tawakal aje la kan.
tapi kalau ikut tanda-tanda bersalin yang aku sibuk google sekarang nih, aku belum ada tanda besar.like bleeding ke apa ke kan. setakat perut mengeras or adik aku cakap sebenarnya itu adalah rahim yang sedang mengeras aje. dan jugak perasaan ingin wee wee yang tebal specially kalau bangun duduk atau berjalan.

aku tertanya pada diri sendiri, apa itu contraction. cuba paham melalui pembacaan. tapi tu la. sangat tidak paham. ada yang cakap macam sakit nak period. perut cram. tapi aku rasa lain orang lain rasanya kot. kan?

aku ni takut. tapi gatal pulak baca pengalaman orang.rajin nih bukak archive orang.pastu takut sorang-sorang. haha.
ok.mood hepi ni.sebab baru lepas makan nasi goreng cendawan. peberet sekarang nih. ok.nak sambung study.matikla otak berkarat.


No comments: