atas
Showing posts with label family affair. Show all posts
Showing posts with label family affair. Show all posts

Tuesday, 14 September 2010

:: #37 ::

syawal ke-5.

semalam lagi aku dah masuk opis.takde cuti panjang pun.walaupun hati masih belum redha nak keje.eceh.siapa kau nak sesuka hati masuk keje ke tak kan.sebab dah apply sehari sebelum raya, maka raya ke-4 dah masuk keje.

lagi tak best bila aku sorang aje dalam opis.best pun ada.sangap pun ada.best sbb opis tu aku yang punya kan.merasa kejap kejap releks.kejap kejap usha FB.pastu buat keje pun best.takde sape nak ganggu aku.syok gilaaa.cuma yang tak best.aku sorang.takut pun ade.merasa aku tahan perasaan nak ke toilet.

raya tahun ni, nak kata best..okla.nak kata tak best..best jugak.sederhana aje.sebab takde baju baru.yang best, dapat berkumpul dgn family.itula paling nikmat buat aku.aku ni jenis homey dan family oriented.aku suka duduk umah.aku suka lepak dengan family.keluar shopping pun aku lebih suka dengan family.mungkin dah terdidik daripada kecik.so, bila dapat berkumpul semua dalam rumah.aku rasa epi sgt.walaupun aku cuma 4 beradik.tapi aku rasa dah meriah sangat.

sipi sipi terasa risau.ape macam la aku nanti kalau kena raya berjauhan dari mak dan ayah.huih...makan masa jugak nak tenang ni.tapi takpe.benda belum jadi.tak payah fikir kan.nanti dah betul terjadi, aku fikir.matikla.takde sapa kisah  pun.

malam raya, aku dengan adik aku alin, sibuk kemas rumah.cuci lantai kat depan umah.mop segala lantai.pastu ila sibuk masukkan kuih raya.feeling raya abis sambil dengar radio.tahun ni abang sambut raya kat rumah mertua.so agak sunyi bila fatin takde.serius best berborak dengan anak buah aku tu.paling tak boleh blah bila dia dah pandai cakap "syattt...syattt.." (read:sat, kejap)..

malam raya takde cerita best.nak marah jugak ni.astro dah la bayar mahal.ade ke asyik ulang cerita tahun lepas.huih.serius melampau.dah la lambat bayar nak potong.service cincai.geram je aku dgn astro ni.nasib la aku suka tgk channel 711 tu.kalo tak memang aku nak potong je astro ni.dah la orang komplen tak pernah ambik peduli.

wah.tetiba bebel astro.penat menaip.

malam raya tido awal.rasa tak sabar sbb dapat beli tudung baru.aku namakan tudung tu..tudung "mazakara wakata wakata gaban" sebab ada ciri-ciri arab dan ninja disitu.nasibla.sekarang semua pun fesyen.pakai la tudung senget pun.takpe uolls.fesyennnn

sebenarnya aku nak cerita sehari sebelum raya.aku amik cuti kan.aku shopping sakan.mak aku siap beli periuk baru.ok.dah abis sudah cerita pasal sehari sebelum raya.

pagi raya, sahabat baik datang.ahaa.terlepas peluang nak solat hari raya.entah kenapa..sikit sikit nak emosi.rasa sedih bila terasa tahun ni tahun last aku raya sebagai anak gadis mak dan ayah.maybe tahun last dapat itu dan ini.entah apa apa.macam la dunia berakhir bila dah kawen kan.ni namanya emosi tak kena tempat.malas aku nak layan.

marah diri sendiri la pulok.

lepas semua balik dari masjid dan kubur, bermula la sesi salam bersalaman.takde adegan sendu sebab semua jenis tak drama.alhamdulillah, niat nak bagi mak ngan ayah duit raya berjaya.walaupun tak banyak.tapi rasa syok macam mana ntah.rasa macam best dapat bagi mak dgn ayah duit raya hasil titik peluh sendiri.adik adik pun dapat rasa.alhamdulillah, rezeki.bulan lepas service point agak tinggi.merasa la raya bagai nak rak.tapi terbatas bila tetiba upah langsir mahal tak terjangkau akal dan fikiran.tapi takpe.tu pun hadiah untuk mak.

apa lagi nak cerita?

raya ke rumah jiran jiran.pastu balik kejap sebab jiran lain datang.pastu, ayah nak solat jumaat.lepas solat jumaat baru berjalan-jalan kerumah sedara-mara.masa terhad.so tak banyak rumah yang pegi.tapi okla.aku epi sepanjang hari.

sebenarnya aku dah takde idea nak menaip pasal macam macam benda ada dalam otak ni.tetiba semangat nak kawen membuak buak.hoih.pening aku layan diri sendiri.dah.

babai

Sunday, 29 August 2010

:: #34 ::

Alhamdulillah..dah separuh bulan puasa.lebih kurang seminggu je lagi nak raya.lebih kurang.maknanya anggaran la.haha.tiba tiba itu pun aku nak explain.

sejak semalam, dan hari ni.dua hari berturut dapat merasa makan kat hotel.wah.saya org kampung.dapat makan hotel terus masuk diari.biasala.adalah perkara tidak normal utk aku masuk makan tempat mahal ni.pertama.kerana duit.kedua jugak kerana duit.ketiga, pada pendapat saya, makanan kat hotel takde la sedap mana.haha.matikla.selama ni makan kat hotel murah mana nak sedap kan.

jumaat malam, ade majlis berbuka puasa dgn tan sri.owner resort tempat aku cari nafkah.aku tak kenal tan sri sepenuhnya.tapi pada aku, family dia baik.aku tgk puan sri pun baik.bab agama ok.itu aku tgk daripada luaran la.macam aku cakap, aku tak kenal.tapi malam tu, dapat berbuka semeja dgn puan sri, aku sangat kagum.tidak sombong.cuma, biasalah org kaya.mesti ada standard tersendiri kan.

terus tanam cita-cita nak jadi kaya jugak.dulu bukan takde cita-cita.ade.tapi aku tak pernah suka orang kaya.mungkin aku rasa, aku jeles sbb aku tak boleh jadi macam tu.pannggg.merepek tak sudah sudah.

hari ni (sabtu), dapat berbuka puasa sekali lagi di hotel.ini aku dapat voucher drpd supplier.alhamdulillah.rezeki bulan puasa kan.ade 2 voucher.so aku bawak adik aku yang bongsu aje la since mak dgn ayah sudah tolak taknak join sekali.

awal aku dgn adik aku sampai.pukul 6.45ptg dah sampai.org lain takde.malu pulak.macam tak penyabar ke apa.macam jakun pun ada.tapi pedulik la.terus pose pose pelancong, keluar kamera buruk amik gambar.

jom layan. 

ni bahagian ikan masin,telur masin,sambal.


gulai daging rasanya.

laksa, mee udang, bihun sup.

ais kacang satu!!!

sedappp
 kuih-muih aneka warna

ayam panggang.

sebab aku dan adik aku perut kecik (ahahaha), kami makan tak lama.pastu terus call abang dtg amik.hotel ni dekat je dgn rumah abang aku.merasa balik rumah naik motor tiga orang.daripada feeling orang kaya, terus rasa macam orang siam.

dah ngantuk.selamat malam

note: poyo kan manusia.sejak aku claim taknak letak gambar dlm blog terus manjang ade gambar.bila aku claim aku malas buat entry pun manjang je ade entry walaupun entah apa apa.

Sunday, 22 August 2010

:: #29 ::

Ramadhan ke-12.

Alhamdulillah.hari ni berbuka dgn family.haha.hari hari pun berbuka dgn family.tiadalah pernah berbuka dgn orang lain selain keluarga sendiri.ade jugak plan berbuka dgn rakan opis, dgn kawan-kawan lain.cuma plan.entah bila nak jadinya aku pun tiadalah tahu.nak merancangnya aku.nak contact semua org pun aku.kalo aku buat tatau.maka tatau la jadinya.

ces.bajet orang penting jugak aku ye.takde la.aku pun bz dgn kehidupan seharian.keje kat opis tak penah nak abis.siap bawak balik rumah.kekadang aku pun stress.nak je resign.tapi muhasabah diri balik.aku patut bersyukur aku ada keje kan.bak kata ustaz, hal hal dunia ni, kita kena tgk org yang lebih bawah daripada kita.tapi bab akhirat, masuk hal beribadah, kita kena tgk org yang lebih beriman daripada kita atau lebih baik daripada kita.

maka, aku pun insaf dgn segera.serius weh.kadang kadang, kita lupa.selalu sangat merungut.ada aja yang tak kena.org ada kereta.kita nak kereta.padahal bersyukur la masih mampu beli motor.camne dgn org yang hanya berjalan kaki? dah ada kancil.nak wira.kaedahnya, apepun kena ukur kemampuan diri.

aku terus pujuk hati.bertahan la keja.nak idup kat dunia ni kena pakai duit.dah tu.sape suruh pandai sgt berhutang dgn ptp_tn.haha.matikla gila kan.nanti ingatla.bila ada anak.bila anak dah berjaya masuk u.jgn pinjam dgn ptp_tn.sangap nak membayar.suruh la anak berlajar pandai pandai nanti terus layak dpt biasiswa.

haha.pinjam pandai.guna pandai.nak bayar sentap.

hari ni berbuka kat rumah abang aku.yang takde cuma adik aku yang tengah study kat kl.kalo dia ade, seluruh ahli keluarga dah lengkap.oh ye.tak lupa juga kalau en.tunang ade.mesti lengkap.

haha.gatai.

lately fatin kurang sihat.demam.kebetulan, en.is juga demam.susah hati bila dua insan kesayangan tak sihat.tak ceria.macam fatin aku ajak gurau pun emosi tak stabil.dia diam aje.sedih aje aku tengok.en.is pulak asik bagitau badan panas.rasa sengal badan.mencabar betul.kalo dekat dapat la jengok2 atau masakan bubur ke apa.jauh jauh cam ni, kasik sms memujuk aje la kan.tetiba aku rasa nak ke kl skrg.

tadi sempat shopping kad raya.nostalgia betul.dulu, zaman sekolah kalau masuk minggu kedua puasa ni, koman koman aku dah ade 3 keping kad raya.dari rakan sekelas.dari rakan se-dorm.tak lupa juga daripada adik adik dan kakak angkat.prfffffffffff.zaman asrama memang tak lepas tradisi angkat angkat ni kan.

skrg.sejak facebook tgk 'in', kad kawen pun aku dah jarang dapat.kad raya apatah lagi.besdap pun dapat hadiah secara maya je.damn u facebook.haha.

rasa belengas la plak.kena mandi nih.walaupun mandi malam x elok.sesekali takpe kot.

oh ye.ta-ta

Sunday, 15 August 2010

:: #27 ::

hari ke..5 berpuasa.

tapi, baru hari ke-4 buat aku.Alhamdulillah.tahun ni sekali lagi berjumpa dgn Ramadhan..

tapi, aku adalah belum pergi terawikh lagi.belum start.tahun ni punya keje, memang keletihan melampau.aku, starting pukul 9.00 tu memang ngadap keje sampai santak ke pukul 5.00.adala berenti kejap.menipu pulak kalau kata aku keje straight 8 jam kan.ada jugak berenti.tapi serius.letih gila.haha.apa hal aku nak cerita semua ni.alasan banyak la pulak kan.kata aje diri pemalas.

tiap tiap hari berazam nak tunai solat tarawikh.insyaAllah.tengah mengumpul azam.

puasa tahun ni, ala kadar aje.takde aktiviti serbu param macam dulu-dulu.mak pun prefer masak daripada beli lauk kat luar.paham ajela.skrg semua naik harga.gaji tak naik.itu yang akak hot tu.wah..macam bertahun keje gaji tak naik kan.

tapi, aku dah bodek ayah ajak gi param hari ni.ntah nape rasa seperti kanak kanak tetiba mengada nak jalan jalan tgk param.aih.sedih la.adakah tahun ni last utk aku berpuasa kat langkawi? bersama keluarga terchenta.bila ingatkan semua ni.rasa bercampur baur seperti air laicikang.

unik jugak buat aku.bercinta, bertunang.tapi tak pernah berbuka apatah lagi bersahur dengan en.Is. tidak pernah.insyaAllah, dimurahkan rezeki, diizinkan Allah, tahun depan terus merasa semua tu dengan title seorang isteri.wah.taip ayat ni pun sudah rasa berdebar.gedik apakah aku ini.

cepatnye masa berlalu kan. teringat zaman aku belajar berpuasa.tak ingat bila start puasa penuh.tapi masa tu aku kat Sg.Petani. bangga bila cerita dengan kazen kazen aku puasa penuh.pastu dulu suasana bulan ramadhan ni meriah.paling best acara tukar lauk.katakan mak aku masak gulai ayam (kari ayam).mesti akan masak lebih utk di pass pada jiran sebelah dan jiran depan rumah.bukan la nak harap balasan.normal akan dapat lauk / kuih daripada jiran plak lepas tu.so merasa lauk pauk meriah.

skrg jarang dah nak jumpa macam tu.masing masing makin jauh.dulu, mesti ada sehari dalam bulan puasa acara berbuka di rumah tok wan (sebelah mak).pastu meriah dengan kazen kazen aku yang berderet deret.dgn mak mak saudara yang meriah.hepi gila.tugas aku time tu cuci pinggan lepas acara berbuka.patah pinggang.tapi tetap la hepi...sejak arwah dah takde..semua ni hilang macam tu je.

sebelah ayah pun macam tu.masa arwah tok ada, kitaorg berbuka jugak la ramai-ramai.tapi takde meriah sbb ayah cuma 3 beradik.tapi tetap hepi.berkumpul dengan keluarga kan..rindu dgn suasana macam ni.

zaman dan berubah....rindu sgt kat arwah tok dan tokwan...

Al-Fatihah buat tok Fatimah, Tok Wan Abu Bakar dan Tok Wan Mustafa..