Alhamdulillah..dah separuh bulan puasa.lebih kurang seminggu je lagi nak raya.lebih kurang.maknanya anggaran la.haha.tiba tiba itu pun aku nak explain.
sejak semalam, dan hari ni.dua hari berturut dapat merasa makan kat hotel.wah.saya org kampung.dapat makan hotel terus masuk diari.biasala.adalah perkara tidak normal utk aku masuk makan tempat mahal ni.pertama.kerana duit.kedua jugak kerana duit.ketiga, pada pendapat saya, makanan kat hotel takde la sedap mana.haha.matikla.selama ni makan kat hotel murah mana nak sedap kan.
jumaat malam, ade majlis berbuka puasa dgn tan sri.owner resort tempat aku cari nafkah.aku tak kenal tan sri sepenuhnya.tapi pada aku, family dia baik.aku tgk puan sri pun baik.bab agama ok.itu aku tgk daripada luaran la.macam aku cakap, aku tak kenal.tapi malam tu, dapat berbuka semeja dgn puan sri, aku sangat kagum.tidak sombong.cuma, biasalah org kaya.mesti ada standard tersendiri kan.
terus tanam cita-cita nak jadi kaya jugak.dulu bukan takde cita-cita.ade.tapi aku tak pernah suka orang kaya.mungkin aku rasa, aku jeles sbb aku tak boleh jadi macam tu.pannggg.merepek tak sudah sudah.
hari ni (sabtu), dapat berbuka puasa sekali lagi di hotel.ini aku dapat voucher drpd supplier.alhamdulillah.rezeki bulan puasa kan.ade 2 voucher.so aku bawak adik aku yang bongsu aje la since mak dgn ayah sudah tolak taknak join sekali.
awal aku dgn adik aku sampai.pukul 6.45ptg dah sampai.org lain takde.malu pulak.macam tak penyabar ke apa.macam jakun pun ada.tapi pedulik la.terus pose pose pelancong, keluar kamera buruk amik gambar.
jom layan.
ni bahagian ikan masin,telur masin,sambal.
gulai daging rasanya.
laksa, mee udang, bihun sup.
ais kacang satu!!!
sedappp
kuih-muih aneka warna
ayam panggang.
sebab aku dan adik aku perut kecik (ahahaha), kami makan tak lama.pastu terus call abang dtg amik.hotel ni dekat je dgn rumah abang aku.merasa balik rumah naik motor tiga orang.daripada feeling orang kaya, terus rasa macam orang siam.
dah ngantuk.selamat malam
No comments:
Post a Comment