atas

Friday 2 December 2011

:: hitung hari ::

hai.saya masih seorang wanita mengandung.

lagi 2 hari. tapi belum ada apa apa tanda mahu melahirkan anak tersayang. aku masih belum cuak sebab semalam belek belek gambar scan, dua keping gambar menunjukkan edd aku 7.12. haa.so takpe.kalau 4hb belum bersalin, kita guna EDD yang 7hb pulak.ape mcm.

cuak memang cuak.berdebar jangan cakap. tapi semalam rasa syahdu pulak bila suami tetiba belek pampers anak.pastu cakap "tiba-tiba abang rasa tak sabar nak jumpa baby.." ok.terus hati adinda tersentuh.terus nak beranak time tu jugak. jarang ok nak dengar suami bermadah helah begitu rupa.

memang sekarang sedang rasa tak sabar jugak nak bersalin. selain tu, rasa tak sabar nak balik kampung halaman.hari ni rasa meroyan nak balik kampung pulak.sebab rasa sihat dan kuat.semalam aku rasa sakit.perut mengeras.dengan sakit kat ari-ari.rasa macam eh dah sampai masa ke.lepas balik dari klinik rasa sihat la pulak.sampai sekarang takde pulak rasa perut mengeras ke apa.

harapan dan doa aku, biarlah baby keluar dengan selamat.dan mudah.dan tidak perlu di induce  ke ape ke. 


good luck jugak buat aishah!

4 comments:

Aishah Rahim said...

Thank you!

Jom kita osom, siapa dulu? :))

Good luck tau. Kita doakan yang terbaik buat awak. Semoga selamat dan sihat semuanya.

UMMI YL said...

sabar no..kalau 4 hb tak turun tand ajangan pi spital dulu...boleh lasting sampai 1-2 weeks tapi kena AMAT PEKA dengan pergerakkan baby..sebabnya jangkaan doktor tu taksama dengan kiraan allah sebanyak 9 bulan 10 hari yang menjadi rahsianya...

bukan apa kalau takda tanda2 dan bukaan kena induce awal, lama nanti skaitnya..:)

apapun ikut gerak hati..insyaallah didoakan semuanya lancar dan selamat..amin

saidatulbadru said...

aishah:

jom osom jom.hehe

ok dear.saya pun doakan yg terbaik buat awak.semoga kita and baby kita sama-sama sihat.AMIN

saidatulbadru said...

zakiah:

tq kiah.nasihat mu amat berguna buat untuk ku dikala ini.

tq.AMIN