amaran: entry yang boleh menyebabkan anda putus selera makan.tak kuat jgn baca!!
sejam semalam, aktiviti gosok gigi adalah tidak fun buat aku.specially pada waktu pagi. aku takde morning sickness.Alhamdulillah. syukur di situ. tapi sekarang ada pulak aktiviti muntah bermuntah selepas gosok gigi. sebelum ni ada jugak rasa.tapi aku kontrol.sampai bergelora perut macam lepas tsunami. tapi sekarang dah tak mampu. terus terburai isi perut. mujur di pagi hari perut kosong lagi. aku muntah air dan sisa makanan je.tabiat aku pagi-pagi bangun tidur terus minum air.sebab nak lancarkan proses pembuangan sisa..
aku masih belum scan perut! kenapa? sebab rabu ni nak jumpa doktor. suami nak tunggu dulu doktor cakap apa. tapi aku rasa tetap nak scan jugak. kalau dr. gomen nih taknak scan, aku nak pegi je klinik swasta. aku nak dengar heart beat baby. nak tau keadaan dia kat dalam ni.
sebab baby masih di dalam, dan aku belum tengok rupa bentuk dia, kadang-kadang aku lupa aku mengandung. aku macam takde rasa sayang lagi. bukan tak suka. bukan tak sayang. cuma takde rasa sayang betul-betul. jahat ke aku ada rasa macam tu ye. kadang-kadang rasa bersalah pulak. tapi sapa tak sayang anak kan.maybe kalau dah keluar nanti baru aku akan rasa sayang yang betul-betul punya.
suami balik rumah malam ni. maybe. tak pun pagi esok. rasa dah lama pulak tak jumpa walaupun last jumpa hari jumaat lepas. walaupun jarang jumpa, tetap rasa bersyukur la kan. aku ni kira tahap biasa aje. ada tu, dapat jumpa suami/isteri weekend aja.tu pun kalau tak busy. tu belum yang tinggal jauh betul. mau makan bulan tak jumpa. so aku bersyukurlah, tetap dapat jumpa suami. cuma, selalu berdoa urusan rumah cepat settel. dan suami dapat keje opis hour.
AMIN
No comments:
Post a Comment