Alhamdulillah. masih sihat dan segar seperti biasa. cuma, kadang-kadang diuji dengan sakit kepala, muntah dan sengal badan. tapi itu aku anggap satu ujian kecil buat aku dan membuatkan aku selalu bersyukur dengan apa yang aku ada.
mood sekarang bercampur-campur.perasaan malas dan rajin bersatu padu dalam diri.masing-masing cuba tunjuk kekuatan. sebagai insan yang lemah (hehe) aku selalu terkandas dalam mood malas.maka terdampar la aku kesepian baring lemah depan tv.bosan sebenarnya.tapi tu la.jiwa raga rasa nak bermalas-malasan sahaja.
InsyaAllah, jumaat ni, PIL balik. dah 2 minggu diaorg ke makkah dan madinah.menunaikan umrah. maka merasa la aku menjadi suri rumah yang betul-betul untuk 2 minggu ni. sebab inilah kali pertama merasa tinggal berdua dengan suami. maklumlah, masih belum pindah ke rumah sendiri. feel adalah sangat berbeza bila tinggal di rumah mertua, dikelilingi mertua dengan tinggal berdua aje dengan suami. ada baik ada buruknya. suami keje shift malam, kembang kempis la aku cuba pejam mata. telinga pulak peka je masa tu. kalau ada PIL, rasa tak takut sangat. hehe. so, alhamdulillah, dapat la aku belajar tinggal sorang-sorang waktu malam. memang sengal nak tunggu mata ngantuk. bosan jangan cakapla kan.tapi lama-lama nanti akan terbiasa la kot.
hari-hari berdoa dapat masuk rumah sendiri secepat mungkin. bukan tak suka tinggal dgn PIL. bagi aku, kat rumah sendiri lagi selesa. harap tu, dapatla masuk rumah sebelum aku deliver baby. tak sabar nak hidup dengan family sendiri. hehe.
ahad lepas, aku dan suami brunch kat luar. kebetulan terjumpa klinik swasta. doktor melayu.perempuan. dan klinik tu boleh buat ultrasound.maka berkobar-kobar la kami suami isteri nak scan baby.buat kali kedua. yang pertama kali tu suami tak tengok.sebab dia tunggu kat luar aje.kali ni aku ajak suami masuk sekali. sebenarnya dah berapa hari tanam azam nak buat ultrasound tuh. tapi, klinik swasta kat sg.buloh ni berapa kerat aje yang boleh buat.pulak tu ade syarat sampai pukul 5 ptg aje.malam takde. dah rezeki kami nak jumpa doktor yang best pagi tu. so syukurlah. perkara pertama yang aku nak tau, baby sihat ke tak. perkembangan baby ok ke tak.
Hepi, syukur sangat bila doktor bagitau semuanya ok.doktor tu pulak ramah.tunjuk satu satu kat kitaorg.ni kepala baby. ni tulang belakang baby.jari baby. ah. bahagia sangat dan juga rasa, heyyyyyyyy...aku bebetul nak jadi mak orang ni. hahaha.
so, sekarang rasa lebih hepi daripada hari hari lepas. tetiba tatau nak taip apa.dah.babai
No comments:
Post a Comment