atas

Friday, 10 June 2011

:: rindu ::

rasa rindu kat family di langkawi.

rindu kat anak buah. fatin dah besar sekarang. rindu masa dia baby. masa dia belum pandai lawan cakap. haha. sekarang dah cerdik. dah pandai cari pasal dengan aku. tapi aku tau dia sayang aku. kalau aku takde dia cari. tapi sejak dah pandai tengok channel 613 ni, semua orang dia malas layan. yang dia tau, nak tengok OSO. aku pun baru kenal oso ni. special agent oso. haha. kalau dah tengok tv, terpukau. bahaya betul.

rindu. baru-baru ni mak pulak tak sihat. aku dah bergenang air mata. kalau suami ada di sisi takde la terasa sangat. tapi kalau bukak cerita pasal family kat kampung, suara pun berubah. cepat-cepat adjust mood takut air mata tumpah. sangat cepat bertukar emosi sejak pregnant ni.

nampak gayanya, tahun ni macam kena raya kat sungai buloh je. sobss....sobss.terima hakikat la. dah ade suami. dah ade 2 keluarga. ni baru berpisah negeri. tak terbayang kalau tetiba suami kena bertukar ke oversea ke kan. tabah betul orang yang tinggal lama-lama kat oversea ni. tak rindu nak makan laksa ka? ahh..tetiba.

sekarang suka makan tempe le pulak. entah mana darah jawa sesat nih. haha. sape ada resepi tempe yang sedap. share la. camana ye nak buat tempe goreng cicah kuah kicap tu.aaa..sedapnya.

isnin depan check-up. kena diet la.takut tengok kilo bertambah. pastu, rasa macam cepat lenguh je bila berdiri sekarang. aku dah gemuk. tapi gemuk yang epi.miahaha.

2 comments:

Anonymous said...

org peknan mana bleh diet. tapi kena makan makanan sihat ok puan gaban, sian baby kalau mummy diet2.

saidatulbadru said...

hehe

tq acik.diet tak makan makanan yg tak berkhasiat je.wahaha