atas

Monday, 13 December 2010

:: #47 ::

13.12.1983 ~ 13.12.2010

Alhamdulillah.Syukur pada-Mu ya ALLAH.

tarikh keramat buat aku. today is my besday! 27 tahun lepas, pada waktu begini, mak aku mungkin sedang berdebar. berdebar untuk melahirkan bayi kedua beliau.masa tu aku tak pasti mak aku dah tau aku baby girl.sebab aku belum tanya.yang aku tau, tiap kali pregnent, mak akan sediakan dua nama. satu nama untuk anak lelaki.satu nama lagi untuk anak perempuan.

waktu ini.pukul 12.32 pm, di bumi kuching, mak aku sedang layan anak sulungnya.abang aku.abang aku mengidam adik lelaki.senang dibawa gusti katanya.sebagai seorang perempuan, aku speku mak aku mesti harap aku baby girl.

waktu ini.27 tahun lepas.aku belum dilahirkan.aku masih dalam perut mak.rileks-rileks tanpa perlu fikir kesan ekonomi negara diatas kenaikan harga minyak.

aku dilahirkan pada pukul 10.00 malam.pada tarikh ini.27 tahun yang lepas.sudah 3 kali aku bgtau aku dah berumur 27 tahun.aku dalam ketegori wanita idaman.kerana muda tak muda.tua pun tak tua.cun org tua-tua kata.wekkk.

mak aku cakap.dia senang lahirkan aku sebab tenaga banyak.pada usia 24tahun.dan baru lepas makan nasik.jadi kawan kawan.kalau nak bersalin, sila lah makan.jgn tahan selera.haha.tetiba nih.

jadi, hari ni, aku nak ucapkan million terima kasih buat emak yang dah melahirkan saya 27 tahun yang lepas.terima kasih buat ayah yang banyak berkorban, untuk membesarkan saya hingga cukup 'besar'.yang tak pernah kenal erti jemu bekerja siang malam untuk sekolahkan saya hingga saya berjaya masuk universiti.terima kasih, mak..ayah.love u very strong.

di usia ini, dan dua bulan yang akan datang, insyaAllah aku akan jadi isteri buat en.gaban yang amat aku kagum dan sayang.kagum sebab beliau begitu tabah menghadapi tunang yang cepat gelabah dan tak tentu hala.terima kasih kerana sayang saya seadanya saya walaupun saya belum berjaya putihkan muka.sob sob.

terima kasih buat abang yang memula stress sebab saya bukan adik lelaki.tapi tetap ajak gusti.tu salah sebab aku agak kasar.terdidik dari kecik jadi kasar sebab abang aku tetiap hari ajak gado.jadi kasar sampai memula kenal en.gaban dia takde rasa nak buat awek.dia buat adik aje.pastu baru rasa nak buat awek.lantas terus sunting buat isteri.

terima kasih buat adik adik yang banyak bersabar mendapat kakak yang garang dan kuat berleter.terima kasih sebab sayangkan kakak dan ketawa bila kakakmu ini buat lawak.saya terharu.sob sob.

dan terima kasih buat semua yang sudi menjadi sebahagian daripada hidup saya.

di usia ini.saya gembira, saya adalah saya.dan saya bukan fasha sandha.hahaha

No comments: