atas

Monday, 13 December 2010

:: misi kawen #11 ::

today, 12.12.2010

lagi dua bulan.tapi misi kawen baru #11.macam takde rasa nak kawen sangat.bukan taknak kawen.tapi belum teruja betul.serabut ade la.

tadi finalize benda benda goodies bag.dah nak muntah darah.dah start nak stress.dah start nak hilang selera makan.ikutkan hati, semua benda aku nak buat.nak perfect.tapi aku sedar diri.aku tak keje.jadi cut budget sana sini.hasilnya aku rasa nak nangis.

terasa betul bila takde duit ni.aku cuba la nak buat majlis ikut kemampuan.tapi ape nak buat.boleh pulak nak harga petrol time nak kenduri ni.tak pasal semua barang nak naik harga.bagus.rakyat diutamakan la sangat.

tetiba aku emo dgn politik.

sedikit update

baju nikah
Setakat hari ni, aku masih belum pasti ape dah jadi dengan baju aku tu.kain semua aku dah hantar kedai last month.eh, ke bulan 10? aku tak sure.hujung bulan sepuluh rasanya. tadi aku jumpa kakak bridal tu, dia kata kain belum potong.maksudnya, baju aku masih di alam maya. aku harap bulan 1 siap la.kalau tak siap jugak aku nikah pakai suar jeans. hensem sikit.oh ye.baju en.gaban jugak belum siap.wahaha.nak ketawa ke nak sedih ni?

baju sanding
sama jugak.belum siap.design pun belum ade.namun begitu aku rileks lagi.tgk la bulan depan.kalau tak siap jugak aku report kat kementerian.tetiba kan.

hantaran.
barang hantaran dah 80% siap.cuma aku tak pasti camne aku nak deco.kalau sewa bekas hantaran tu RM20/pcs. aku ade 12 hantaran.dan RM240. mahal bapak.apa aku nak buat ni? aku bungkus dalam pelastik.pastu ikut tema majlis.agak agak org kagum tak aku punya usaha dan daya kreativiti tu?

goodies bag
benda alah ni yang buat aku nak nangis hari ni.apsal kena ada benda ni haa?? bagi bunga telur je tak boleh ke? apsal handkerchief pun mahal? tak paham aku.ikutkan aku, aku taknak kasik benda merepek2 tu.tapi tak boleh jugak.nak jugak aku hargai jemputan yang datang.cuma, kalau ikut aku nak kasik benda yang berguna like bunga telur dan kuih muih aje.dah la kenyang.tak membazir pulak tu.tapi sebab dah trend kena kasik something yang comel comel pastu balik rumah simpan kasik berabuk.aku pun kena buat.tak buat aku rasa down pulak.bongek punya aku.

bunga telur
aku dah beli bunga telur yang pokok tu.sekali tak cukup la pulak.maklum la.tak pernah kawen.tak reti nak bajet.*pangggggg diri sendiri*. ikutkan aku nak conteng je telur tu.tulis thanks dari pihak pengantin ke.antik dan unik.

pelamin
confirm aku takde pelamin.

meja makan.
ni satu hal.aku taruh harapan tinggi supaya setting meja makan beradap ni cun.sebab aku kan taknak pelamin.so ni ala-ala 2 in 1.pelamin a.k.a meja makan.kalau org bridal tu buat buruk.aku memang sedih dan aku dendam.eh.tetiba ade unsur syaitan pulak.

bilik tido.
aku belum decide nak konsep apa.aku nak konsep arab.ingat nak cari unta letak dalam bilik.best jugak.feeling malam pertama di padang pasir.

official photographer
dah ade.tapi aku tgh nak mintak pakej paling murah.ye.aku memang kedekut.nak tapi takde duit.sian aku weh.tapi sebab aku minat dgn benda alah gambar ni.aku berkorban.ikat perut.shampoo pun dah lama tak beli.tumpang je yang adik aku guna.sob sob.

waaa.aku sedih ni.aku tak tau ape nak buat.aku mana reti.aku tak suka ambik tau hal details pasal benda kawen.yang aku tau aku nak kawen aje.


*kan best kawen zaman dulu.takde pun benda merepek-repek macam skrg.kalo tak buat nanti, macam alien pulak aku ni.kalau buat duit abis*

luahan hati bakal pengantin yang kurang duit.sob sob

No comments: