atas

Wednesday 3 April 2013

:: 22 weeks ::

Alhamdulillah.

22 weeks sudah.kadang-kadang rasa macam cepat aje masa berlalu. kadang-kadang rasa lambatnye. tak sabar dah nak jumpa inside my womb ni.aktif bukan main babies ni. kecik lagi kan.merasa bebas bergerak sana sini.

Alhamdulillah, semalam pegi check up.buat detail scan tu.semuanya sihat so far. syukur sangat. bab gender ni akak dah tak fikir sangat dah walaupun kadang-kadang terasa jugak nak tahu,wahahahah.tapi yang penting baby sihat. iols pun sihat.

saya sebenarnya takde la sihat mana.kejap-kejap pening. kejap-kejap sakit belakang.pinggang.name it.apa yang tak sakit.selera makan merundum jatuh la.semua benda rasa tak sedap.tapi makan tetap makan.kang mana nak dapat tenaga.plus, bila tak makan, perut lapar.terus nak pengsan la.tapi memang makan untuk dapatkan tenaga je.nak makan dengan penuh selera tu memang dah takde sekarang.

'abg emir' pun alhamdulillah sihat aje.makin pandai.walaupun nak masuk 16 bulan,tapi anak saya masih belum berjalan.setakat bangun berdiri, meniti dinding tu dah cekap.cuma menapak je belum.takpela sayang.mama menanti dengan sabar.bila sampai masa, jalan la tu.walaupun ade je mulut cakap anak saya lambat jalan ke ape.siap banding banding dengan anak orang itu ini.i is redha.ye lah.dia bukan tak boleh.cuma belum sampai masanya.insyaAllah, dengan izin Allah, dia berjalan la nanti.

kalau ikut kata orang memang saya ni makan hati. i is mengandung kan.emosi kekadang agak sukar dikawal.padahal memang jenis sensitif.specially pasal insan tersayang kan.orang komen sikit dah menusuk jiwa.pada saya, anak ni perkembangan diaorang tak sama.lambat berjalan.lambat bercakap.lambat itu ini.as long as sihat,saya dah cukup bersyukur.bukan senang nak jaga anak.bukan senang nak didik anak.orang luar memang suka komen dan buat perbandingan nak pulak kalau anak diaorang macam mendahului dalam apa apa perkara kan.cuba anak diaorang slow skit.terus diam tak bukak topik tu.

oh.emir yusuf sangat suka berborak dalam bahasa hanya dia yang tahu.saya layankan aje.seronok jugak.sambil tu saya ajarlah dia beberapa words kan.dia dah faham apa kita cakap.cuma dia nak balas balik, dia guna bahasa dia lah.sesekali terkeluar ayat dia macam kelakar.hahaha

erm.sakit pulak badan ni.nak masak ni.nak baring kejap.dugaan saya kali ni kesihatan yang sangat tak menentu.





No comments: