atas

Friday 10 February 2012

:: Hampir tiba ::

lepas ketawa suka hati, kitaorg balik rumah releks kan diri.petang tu aku start rasa sakit.tapi contraction yang tak konsisten langsung.so, memang tak de la aku nak ke hospital balik.darah still keluar.nak makan pun tak berapa selera time sakit tu datang.so suami pun beli la makanan kesukaan aku.kesian aku tak makan.malam lagi la sakit.entah kenapa naik malam je rasa sakit.

esok paginya sakit masih ada tapi makin berkurangan.ah sudah.tak jadi beranak ke aku ni.down sedikit la masa ni sebab aku dah macam takde kesabaran nak jumpa anak sendiri.pagi tu teman suami pegi cari breakfast.sambil bawak muka sedih.entahla.kenapa entah nak rasa gloomy semacam.macam nak period.sedih yang bukan bukan.darah dah kering masa ni.masa nak beli breakfast aku tunggu je dalam keta.suami pun macam cuak.sebab aku nampak dia tunggu roti canai dari luar kedai sebab nak monitor aku yang tengah lepak dalam keta ni.aku masa ni di awangan sebab konfius bila nak beranak.dengan sedih mak takde di sisi...macam macam la rasa.

pagi tu breakfast pun aku makan sikit je.bukan sebab sakit.tapi sebab mood turun naik.tengah hari request nak bubur mcd.lepas makan rest lagi.pastu datang rasa sakit.sampai ke petang memang makin kerap sakit.suami dok tanya nak ke hospital ke.tapi aku belum ready.taknak kena seluk pastu disuruh balik.hampa ok perasaan bila kena balik sebab takde bukaan lagi.haha.matila saiko sangat statement.

petang membawa ke malam.sakit adalah makin bertambah.kejap konsisten timming dia.kejap tak.lepas tu abang ipar aku call tanya keadaan aku dan advise suami bawak aku jalan-jalan.untuk cepatkan bukaan katanya.so suami pun suruh aku bersiap.entah camana.aku dah bersiap dengan sakit yang makin sakit itu, plan nak jalan-jalan berubah ke plan makan-makan.pendekkan cerita,tetiba malam tu kami suami isteri + parents in law dan abg ipar ke jeram,kuala selangor.let ikan bakar uolls.begitu gigih sekali ibu mengandung yang sakit tu kan.suami dah ready masukkan beg baby dan aku incase aku sakit nak beranak terus shoot ke hospital.memang sakit yang amat malam tu.dah la sejuk kan.kiranya makin sejuk cuaca makin sakitla aku.macam waktu period datang.aku memang tak boleh kena aircond.sumpah sakit perut.haa.mcm tu la aku rasa malam tu.cuma sakit dia extra la kan.tu pun gigih makan ikan bakar.tiap kali contraction datang, aku tarik nafas dan hembus..pastu sambung makan. makan pun ala-ala je sebab sakit kan.darah keluar balik masa ni.

OTW nak balik, suami tanya nak terus ke hospital ke tak.tapi aku taknak lagi sebab masih mampu bertahan.dan aku dapat rasa bukaan baru 1cm kot.baik aku tido kat umah.dapat jugak bermanja dengan suami last time.kalau masuk ward kesorangan la aku menanggung sakit.

05.12.2011

malam tu...memang tertonggeng aku tahan sakit.merengek la aku.suami asyik terbangun dan tenangkan aku.memang sakit tatau nak cakap.tapi takde la aku menangis.sebab dah tak tahan sangat, pagi tu terus ajak suami ke hospital.sampai hospital terus daftar dan masuk ke dalam.prosedur macam aritu.mula-mula diaorg buat CTG.pastu kena seluk.hari ni agak sibuk.hari Isnin kan.ramai la doktor.dengan pakar la.doktor pelatih la.memang sibuk.nak pulak hari tu orang nak beranak pun ramai.macam-macam keletah aku tengok.sampai la saat nama aku dipanggil untuk seluk menyeluk..kali ni doktor perempuan.Alhamdulillah..rasa tak sakit jugak kena seluk.doktor cakap bukaan dah 2cm, so dia akan tahan aku.masa ni dalam hati ada bunga api.yeyyy..tapi berdebar ok.macam macam rasa.

pastu kuar dapatkan suami yang setia menanti aku kat ruang menunggu tu.bagitau aku nak kena tahan sebab dah 2cm.mintak dia doakan aku..suami kasik aku roti dan air.aku masuk balik.tunggu nama kena panggil.haihhh..seksa ok.dah la tengah sakit.lama pulak nama aku nak kena panggil.lepas kena panggil tu,diaorg kasik la baju pink suruh tukar baju.pastu sebab katil kat labor room tu penuh, aku kena duduk dulu.diaorg utamakan yang bukaan dah 3cm ke atas.aku kan baru 2cm.merasa kebas pinggang dan bontot menunggu turn dapat katil.kejap-kejap aku keluar jumpa suami.nurse pesan suruh ready baju baby,towel,dan pampers.masa tu terasa mcm anytime je aku akan jadi seorang mak.memang teruja.

tapi bila datang rasa sakit..hurmm..seksa jugak.nak baring tak dapat.keje aku berjalan aje la.jumpa suami dia urut2 belakang aku..nak nangis pun ada.tiap kali keluar jumpa suami, aku cium tangan mintak maaf dan doakan aku selamat.henpon tak le bawak masuk.memang masa tu aku dengan suami aje.syukur la ada suami disisi.tak dapat bayangkan kalo aku sorang aje time ni.huhu..

dekat pukul 12 ke 1 entah baru aku dapat katil.Ya Allah..lega sangat dapat baring.pastu aku tido kejap..dalam pukul 2 camtu doktor datang.seluk lagi.pasrah ok.sekali dah 5cm.doktor cakap cepat jugak.memula dia kata 6cm.tapi kat board tu tulis 5cm.pastu terus keluar jumpa suami bagitau dah 5cm.sakit tapi masih boleh tahan.muka dah tak lawa.suami usap2 belakang.borak-borak..pastu salam cium tangan suami.masuk rehat kat katil balik.petang macam tu datang pulak doktor india.lelaki.kali ni dia seluk sakit sikit.bencila.dah la banyak soalan tanya aku.soalan yang sama aku jawab masa kat bilik CTG.nak marah pun ada.aku dah la sakit nak beranak.

No comments: