atas

Friday 10 February 2012

:: the moment ::

Petang tu, contraction makin kuat.terbongkok bongkok la aku menahan sakit.sambil tu sempat keluar jumpa suami lagi.lapar pun ada.so aku pun makan la nasik yang hospital sediakan tu.memang tak dapat nikmat makan dah masa ni.ada la dua tiga sudu aku suap nasik.lepas tu tak makan dah.sakit sangat.lepas makan jumpa suami sekali lagi.kesian kat suami yang terlampau risau kat aku sampai tak makan since pagi tadi.puas la aku pujuk dia kata dia ok.aku ni dah la sakit nak beranak.risau la pulak tengok suami aku tak makan ape kan.last aku mintak izin nak masuk nak rest.sekali masa berjalan nak masuk aku tengok nurse dah tunggu aku dengan wheel chair.haa..moment itu makin hampir.teruja + takut.sedikit ralat sebab tak dapat keluar inform suami aku dah nak masuk labor room..nurse suruh aku siap siap kan diri.pastu dia tolak aku masuk ke dalam labor room.jeng jeng.

masa ni,labor room memang penuh.kiranya ada kosong je terus masukkan mak mak yang dah nak beranak macam aku.sempat la aku tengok bilik yang belum dibersihkan dengan darah penuh kat lantai.perghhh..mengancam jiwa.lepas tu aku dapat masuk labor room yang baru je dibersihkan.lantai pun belum kering betul.lepas tu rasa lega dan nak bersalin cepat-cepat je rasa.sangat tak larat menanti dah aku masa ni.

dalam labor room ni aku bertapa lama jugak la.masuk dalam pukul 8.00pm. lepas tu datang dr. pelatih pecahkan air ketuban aku.selalu aku baca orang kata rasa panas je kan.aku takde la rasa apa.tak sedar pun tetiba aku tanya doktor kata dah selesai.gituu..macam tak percaya je diaorg ni dah pecahkan air ketuban.lepas tu macam biasa..tunggu la bukaan mencapai 10cm sorang-sorang.memang sedih.tapi sebab sakit aku dah tak feeling apa dah.

aku tengok jam kat dinding.sakit dah makin kerap.5min sekali aku rasa contraction yang super sakit tu.sampai keletihan.kejap kejap nurse masuk tengok bacaan CTG.lepas tu aku kena suntik kat peha.lepas je daripada tu sakit makin kuat dan kerap.teknik pernafasan dan berterabur dah.aku tengok jam.macam lama je aku kat dalam ni.bila la nak bersalin ni..

aku dalam keadaan mamai mamai dah masa ni.kejap aku tido.kejap aku sedar.yang aku ingat masa sakit dah makin kuat tu..nurse pesan kalau rasa nak terberak..bagitau.dan diaorg siap suruh aku membuang.lepas tu aku macam dalam keadaan mamai bila diaorg ramai-ramai masuh suruh aku push.

aku tahu, moment yang aku tunggu selama ni dah sampai.so aku pun push la mcm yang diaorg ajar.sebab terlampau nak control nafas..aku jadi tak tahu nak push.nak control nafas supaya aku tak bukak mulut la apa la.tunggang langgang aku rasa.nak menangis pun ada.aku dah takde tenaga.sebab tak makan.sebab lama sangat sakit.memang weak je rasa.siap kena marah sebab kepala anak dah nampak dan tersekat.suami masuk kasik semangat.tengah nak push tu boleh pulak drip air yang diaorg cucuk kat tangan aku tercabut.apa lagi bersembur la darah kat tangan aku.kelam kabut suami aku tekan tangan aku tak kasik darah kuar.aku ni tak fokus apa dah.tengah kumpul tenaga nak push aje.last aku dengar suami mintak keluar sebab dia dah pening since tak makan langsung.aku nekad.aku kumpul tenaga dan teran.

lepas tu aku dengar bunyi baby menangis dan nurse cakap "Allahhu Akbar"..

Ya Allah.macam tak percaya aku dah selamat bersalin.paling terkejut, masa nurse bagi tahu aku bersalin anak lelaki. terkejut besar jugak padahal aku memang ade rasa aku ngandungkan anak lelaki.even semua orang tegur perut aku nampak mcm membawa anak perempuan.kuasa Allah kan..

lepas tu nurse letakkan anak kat dada aku.rasa hilang semua sakit.sungguh magic.then, nurse bawak baby keluar dan tinggal la aku untuk part jahit jahit pulak.oh ye.before aku teran tu, aku kena gunting gunting.sebab aku dah tak daya nak meneran.sakit kena gunting ni buat aku jerit sakitttt dekat nurse.diaorg marah kata kalau sakit teran la.gitu..

sebelum dijahit tu aku rasa sakit sangat.mcm nak beranak sorang lagi.rupanya tu ialah uri.kemudian diaorg korek korek lagi buang darah beku kot.lepas tu baru jahit.masa jahit ni dah tak rasa sakit sebab tak sabar nak tengok anak aku.sambil dijahit sambil borak dengan nurse kata sorry la aku tak reti push plus takde tenaga apa.diaorg siap cakap bukan diaorg marah kat aku.diaorang kasik semangat.kalau tak aku mesti give up nak push.so bagi aku..nak push adalah susah.part lain aku bole terima.sampai sakit dada la kiranya.

lepas dah setel semua..aku dihidangkan segelas air milo.aku terus minum dengan lahapnya.dahaga kot.since pukul 8.00pm tak minum.dahaga jgn cakap la.bila tengok bibir aku kering masa tunggu bukaan tu, doktor just basahkan bibir aku dengan air.tu yang takde tenaga tu.rasa bersyukur sangat.dah selamat bersalin.kejap lepas tu, diaorg kasik baby kat aku.baby stay dalam katil baby.sebab letih sangat aku tak terdaya langsung nak angkat baby.terketar tangan aku.tapi tetap nak pegang anak.hoho..

aku tunggu je suami masuk.sampai kesudah suami tak muncul diri.rupanya nurse call suruh dia tunggu kat ward atas.aku lepas selesai semua tu rasa nak pitam.rasa hening semacam.mata rasa kabur je.aku ingat sebab tak cukup tido ke apa.lepas tu diaorg suruh aku duduk atas wheel chair.nak tolak masuk ke ward.nak tunggu ditolak tu pun satu hal.lama aku duduk atas wheel chair tu.aku dah tahap pening nak pitam.tapi aku diam je.ntah kenapa baik sangat aku masa tu.maybe lemah sangat.

dah setel semua, aku pun ditolak ke ward bersama 2 lagi ibu yang baru bersalin.rupanya ada ramai jugak yang bersalin pagi tu.aku selamat bersalin pukul 3.59am.haa..aku tak ingat masa.tu pun aku sedar dah pukul 5 lebih baru naik ward.sampai kat pintu ward aku nampak suami.terus teruja nak bagitau aku dah lahirkan anak lelaki.aku tanya suami dah tengok anak ke belum.dia geleng kepala.rupanya aku naik awal.anak aku naik lif selepas aku.punyala pening sampai tak tahu keadaan sekeliling.lepas tu aku dapat masuk ward yang ada 2 katil sebilik tu.sejak dari atas wheel chair, aku rasa darah aku keluar laju sangat.aku ingat normal.tapi aku rasa nak pitam.aku bagitau nurse.dia kata aku salah parking pad tu.sebab lemah.aku ye kan aje.pastu aku masuk toilet.nak tukar pad.suami pun ikut masuk sebab tengok aku lain macam.memang darah turun laju.yang pelik tu aku kuat la pulak berjalan.padahal baru lepas jahit.sebab tak selesa aku kuatkan diri bangun nak tukar pad.

sambil bersihkan diri dan toilet sebab penuh dengan darah,suami panggil suruh susukan anak.anak dah nangis.ok.memang aku kagum dengan diri.dah nak pitam pun aku sempat susukan anak.baring kejap sambil susukan anak.kemudian nurse datang dengan doktor.aku bagitau darah turun lagi.sekali doktor seluk.dia keluarkan darah beku.hampir 1 jug air darah beku aku pagi tu keluar.tu tak termasuk darah yang keluar mcm paip.pendek cerita..lepas bersalin tu aku turun darah hampir 900ml.

dipendekkan cerita lagi, aku terpaksa bertapa dalam ward selama 6 hari.sebab pulse aku tinggi dan doktor suspect  aku ada masalah jantung.nak pulak aku hilang darah banyak.macam macam la.hujung-hujung anak aku pulak kena kuning.pakej lengkap..

apepun, aku bersyukur pada Allah swt.semua ni antara kenangan manis aku dan suami. Emir  Yusuf adalah segalanya buat kami.sakit semua tu aku dah tak ingat..sebab dapat tengok muka emir yusuf..


2 comments:

UMMI YL said...

pengalaman kan..:) semoga bahagia2 dengan baby baru..:)

saidatulbadru said...

tq zakiah.kekeke