atas

Monday 19 March 2012

:: 3 months old ::

wassup???



Alhamdulillah. Emir Yusuf sudah 3 bulan usianya. how time flies. cepat sampai tak terkejar rasanya. rasa berdebar, rasa sakit saat tunggu kelahiran macam masih terasa. terbayang-bayang. dan tiba tiba saya rasa kagum dengan diri sendiri. rupanya saya langsung tak menangis masa nak bersalinkan emir hari tu. mana entah datang rasa kuat tu? padahal saya ni bukan tahan sakit pun. nak jumpa doktor gigi pun trauma. wah. terima kasih emir yusuf kerana menjadikan mama seorang yang berani.ehek ehek.

muka berani or muka garang?


perkembangan emir pada usia 3 bulan.

  • dah mula mengiring.kekadang terus menirap.tapi tak pandai angkat kepala la.nak lepaskan tangan apatah lagi.
  • kurang bercakap.banyak bergerak.tido malam pun dah terkeluar dari kelambu dia uolls.anak lelaki betul.
  • masih suka mandi.haha
  • suka mencubit perut sendiri.kekadang tu masa nak siapkan dia lepas mandi berperang dgn tangan dia yang sibuk nak sapu ubat kat perut jugak.tak pun sibuk nak tarik pelekat diapers dia tu.perbuatan tanpa sedar ni namanya sebab muka beliau adalah rileks.
  • suka lagu twinkle twinkle little star.kawan saya ada hadiahkan emir bantal bentuk star yang boleh keluarkan music tu.lately saya kasi dia peluk.macam suka la pulak.senang nak parking tangan dia kot.pasni nak cari bantal bentuk star la.maybe belikan emir patrick kot.hahah
  • suka kalau saya kasik dia berdiri.siap ketawa tu.rasa dewasa agaknya.tu yang dia suka.
  •  suka main air liur.abis dah tak wangi baby saya sebab bau air liur.eh air liur baby wangi kan.haha   
saya bersyukur sebab saya diberi peluang jadi seorang mak.emir la yang bagi saya kekuatan untuk teruskan hidup hari-hari.bangun tidur, tengok muka emir..saya rasa tenang sangat.

note: wanita tak berkerjaya ni di pandang 'semacam' kan zaman sekarang.taf betul hidup saya skrg.

No comments: