atas

Wednesday 15 May 2013

:: 28 weeks..and I feel weak ::

cop.sebak pulak.sebelum nak taip entry terbaca blog seorang ibu muda yang tabah.baru saje kehilangan anak yg berusia setahun 2 bulan.terus sebak sebab terbayang emir yusuf.sungguh sedih..

time macam ni.memang jiwa sangat halus.nak pulak berkaitan dengan anak.aduhai...lemah jiwa raga.bulan 3 yg lepas, anak kawan saya meninggal.usia baru 6 bulan.saya ni sedih tatau nak cakap.nak call kawan saya tu, saya tatau.dia sudi tak nak bercakap ke ape.tapi sekarang saya tau kawan saya dah boleh terima.tengok dia happy je dalam FB.tapi hati dia siapa yang tahu kan.saya doakan kawan saya tu terus tabah la. bukan senang nak terima sebuah kehilangan kan.nak pulak anak sendiri...

ok.kandungan saya dah masuk ke usia 28weeks. makin takde tenaga sekarang ni.tapi saiko diri jugak untuk buat keje umah.nak urus anak.nak harapkan suami pun dia penat.keje bagai nak rak sbb nak kumpul duit before saya bersalin ni.

Alhamdulillah.syukur sangat emir yusuf dan pandai berjalan.masa mother's day aritu. happy la saya.sebab orang asyik tanya kan.stress nak terang kat diaorg.so bila emir yusuf dan berjalan ni, rasa macam okla sikit.tahu diaorang amik berat.tapi asyik betul la nak ulang ayat yang sama.i is boring ok.cuba cakap yg positif.ni balik balik cakap anak saya takutla.gayat la.padahal belum sampai seru dia nak jalan.kalau takut takdenya dia berani panjat sana sini.

wah emo pulak iols.

sekarang saya adalah malas nak masak.satu sebab saya tak larat.dua sebab suami pun kadang-kadang tak makan.saya lagi la.kadang-kadang takde selera makan..last saya ajak suami beli lauk aje.sejenis dua.memang kurang makan sekarang.tapi time ade selera boleh tahan pelahap.hahaha

esok kena pegi klinik.ade monthly check up.hope semuanya selamat dan sihat la.dah masuk 7months ni memang mode panic,berdebar-debar je yang on.

okla.itu saja.bye-bye

Wednesday 3 April 2013

:: 22 weeks ::

Alhamdulillah.

22 weeks sudah.kadang-kadang rasa macam cepat aje masa berlalu. kadang-kadang rasa lambatnye. tak sabar dah nak jumpa inside my womb ni.aktif bukan main babies ni. kecik lagi kan.merasa bebas bergerak sana sini.

Alhamdulillah, semalam pegi check up.buat detail scan tu.semuanya sihat so far. syukur sangat. bab gender ni akak dah tak fikir sangat dah walaupun kadang-kadang terasa jugak nak tahu,wahahahah.tapi yang penting baby sihat. iols pun sihat.

saya sebenarnya takde la sihat mana.kejap-kejap pening. kejap-kejap sakit belakang.pinggang.name it.apa yang tak sakit.selera makan merundum jatuh la.semua benda rasa tak sedap.tapi makan tetap makan.kang mana nak dapat tenaga.plus, bila tak makan, perut lapar.terus nak pengsan la.tapi memang makan untuk dapatkan tenaga je.nak makan dengan penuh selera tu memang dah takde sekarang.

'abg emir' pun alhamdulillah sihat aje.makin pandai.walaupun nak masuk 16 bulan,tapi anak saya masih belum berjalan.setakat bangun berdiri, meniti dinding tu dah cekap.cuma menapak je belum.takpela sayang.mama menanti dengan sabar.bila sampai masa, jalan la tu.walaupun ade je mulut cakap anak saya lambat jalan ke ape.siap banding banding dengan anak orang itu ini.i is redha.ye lah.dia bukan tak boleh.cuma belum sampai masanya.insyaAllah, dengan izin Allah, dia berjalan la nanti.

kalau ikut kata orang memang saya ni makan hati. i is mengandung kan.emosi kekadang agak sukar dikawal.padahal memang jenis sensitif.specially pasal insan tersayang kan.orang komen sikit dah menusuk jiwa.pada saya, anak ni perkembangan diaorang tak sama.lambat berjalan.lambat bercakap.lambat itu ini.as long as sihat,saya dah cukup bersyukur.bukan senang nak jaga anak.bukan senang nak didik anak.orang luar memang suka komen dan buat perbandingan nak pulak kalau anak diaorang macam mendahului dalam apa apa perkara kan.cuba anak diaorang slow skit.terus diam tak bukak topik tu.

oh.emir yusuf sangat suka berborak dalam bahasa hanya dia yang tahu.saya layankan aje.seronok jugak.sambil tu saya ajarlah dia beberapa words kan.dia dah faham apa kita cakap.cuma dia nak balas balik, dia guna bahasa dia lah.sesekali terkeluar ayat dia macam kelakar.hahaha

erm.sakit pulak badan ni.nak masak ni.nak baring kejap.dugaan saya kali ni kesihatan yang sangat tak menentu.





Saturday 9 March 2013

:: malam yang... ::

..panas.


lately cuaca agak panas.bahangnya terasa sampai ke malam.lagila terasa sebab lemak dibadan sudah tebal.kakakaka.ok tak lawak.

menaip entry di kala anak dan suami hanyut dibuai mimpi.ehem.sedih pulak.saya tertidur tadi.pastu emir saya biarkan aje dengan suami.sungguh saya menjadi mama yang agak kurang bertanggungjawab sebab nak bawak diri pun tak larat.harap suami maafkan saya.kesian jugak.suami dah la keja kan.mujur hari ni dia cuti.tapi tetap kesian sebab 2 3 minggu ni dia kena masuk keje time off day.sebab penat punya pasal kekadang memang saya lupa diri.haihhh..moga-moga badan ni kuat la pasni.

pengalaman pregnant kali ni sangat mencabar.mencabar mental,emosi,tenaga, dan macam-macam la.ha ha ha.mcm ko sorang aje pregnant kan.tapi memang super letih.sakit pinggang la.baru 4 bulan.dah macam cacing kepanasan bila tidur.tak selesa ok.tapi ni bukan nak merungut.cerita je.hepi jugak dapat peluang pregnant lagi.rezeki oiiii...

petang tadi kononnya nak ke puchong.ade sales brg my dear.entah.saje nak jalan-jalan tengok.padahal bajet belum ada ni.sekali hujan.salah masuk jalan.last tersadai abiskan masa kat tesco apa entah.kelana jaya ke ape.patik kurang periksa.

tu pasal la balik terus collapse. daya tahan naik kereta lama-lama dah kurang.nak pulak melayan emir yusuf yang makin melasak itu..naik keta nak peluk mama lah.mujur dia tak amukkan.tidur je tadi masa jalan jam. hermm..tq 'abg long'.hik hik.gua tak percaya emir dah nak jadi abang.still macam baby lagi di mata saya.aiyorkk..

rasa nak mandi pulak tengah malam ni.serius badan belengas.ahhh..tak kira.nak basahkan badan jugak.tata