sebab blog saya bukan sejenis blog kawen, makanya memang takde la info nak membantu sangat. lagipun macam takde kot orang nak amik bridal kat langkawi melainkan mereka itu orang langkawi. dan, sebab saya ni takde pandai mengarang ala-ala wartawan majalah pengantin, makanya ni adalan entry pasal kawen yang saya nak abadikan dalam memori blog saya, untuk dishare bersama kawan kawan blogger lain.
the bridal
okla. untuk bridal, saya gunakan khidmat bridal kat langkawi. DNE. takde la nak kata DNE ni best va va. ikut taste la kan. sebab langkawi ni bridal takde la banyak mana, dan susah nak dapat orang yang pandai make up dengan harga yang mampu saya bayar, makanya DNE la pilihan saya. sebab pertama, PR bridal ni bagus bagi saya. masa survey untuk persiapan kawen, saya ade usha bridal satu lagi. saje nak tengok tengok mana yang terbaik. walaupun saya ni agak bengong pasal fesyen, saya tetap ade taste. muahaha.
kedai pertama yang saya survey, layanannya sungguh hampeh. tau tak betapa pentingnya PR dalam kehidupan berbisnes. baik macam mana pun produk korang, kalau PR macam sampah, memang ke tong sampah la jadinya. bak kata kedai pomen kat sg.buloh ni (cecece..sejak dah dok luar daripada langkawi bukan main aku kan) "mencari pelanggan, ambil masa satu bulan. tapi nak hilang pelanggan amik masa 1saat sajork". lebih kurang macam tu la ayatnya.
masa bertunang, saya memang dah amik pakej daripada DNE ni. memang saya puas hati la.walaupun tak 100%. tapi sebab saya jenis tak kisah, dan cepat puas hati makanya saya tak amik peduli sangat benda minor yang sakitkan hati. yang penting, akak yang serve saya baik sekali. so, target nak kawen pun amik pakej situ la. adat pengantin perempuan, sebab nak yang terbaik saya pun amalkan dasar mensurvey walaupunnnnn..hanya 2 kedai sahaja.
pendek cerita, setelah berborak panjang dan dua tiga kali ulang alik ke bridal, saya berpuas hati dengan pakej yang ditawarkan. sehelai baju pengantin perempuan baru.walaupun janjinya baju lelaki pun baru tapi non hado sebab baju en.gaban didapati ada kesan kekotoran.but again, saya malas nak amik peduli janji en.gaban tetap hensem hari tu.haha.make up sekali.set bilik tido dan meja makan. dengan bayaran RM1.4k. tatau la mahal ke murah. tapi saya berpendapat mahal mahal murah la.sebab saya kan ala-ala gaji kecik masa tu. mahal la jugak. tapi saya masih mampu.maka, saya namakan, mahal mahal murah.
sebab saya pening, ngantuk dan letih mengemas bilik, saya sudahi entry ni dengan sekeping gambar yang dicilok daripada OP saya yang mantops. nanti saya story kisah hari akad, hari kenduri besar dan cerita betapa penatnya saya sampai nak pakai inai pun saya rasa give up. saya tido 3 jam aja tiap malam sejak hari khamis, malam sebelum akad nikah. penat woh. tapi seronok.!!!
-remove gambar-
sedikit cerita nak share.saya tak plan langsung nak amik gambar outdoor.suami saya lagi la. memang tak minat pada mulanya. tapi sebab OP saya pandai pujuk. dan saya yakin dengan OP saya, dan yang penting, suami merestui, maka terjadila sesi amik gambar yang extreme. aku pakai selipar je sepanjang dalam taman tu.muka jangan cakap la.hazab menahan panas.tapi puas hati.tq buat OP.dan paling banyak berjasa, my bestfren cik jue, dan my kazen yang sungguh caring bawak bekal air dari umah takut pengantin dahaga. love korang so strong!
manusia merancang. Allah yang maha mengetahui yang terbaik buat kita.
4 comments:
haha. satu gambaq da mai.
tahniah & selamat pengantin baru uolls.
wani:
iolls pemalu nak letak gambaq.haha
cik tari:
selamat pengatin baru jugak untuk uolls..!
dek,
tahniah!!! akak tompang sronot! semoga dikurniakan anak2 yg comel dan bijak pandai dan didoakan kebahagiaan kalian hingga ke akhir hayat.. ameen...
Post a Comment