atas

Wednesday, 2 March 2011

:: rindu menggamit ::

Alhamdulillah.saya selamat sampai ke kampung halaman. tapi agak sedih tanpa suami di sisi.

Hiks. rasa lain. bila nak sebut suami masih ada rasa malu malu kucing. mengada kan. malu sebab masih baru. malu tapi mahu. 

Alhamdulillah. seronok dapat balik rumah sendiri. dapat tgk wajah mak dan ayah kesayangan. dapat tgk muka adik beradik yang lain. tapi kali ni, dalam hati terselit rasa rindu yang amat pada suami. walaupun baru 24 jam berpisah. 2 minggu hidup dengan suami di sisi. tetiba suami takde di sisi. terasa jugak rasa asing dalam hati. biasalah. baru nak blaja bercinta bersungguh-sungguh dengan suami. kan dulu cuma through sms aja ape ape.

ade orang sms. tanya best ke kawen? haha. malas nak jawab. kan jawab best orang kata biasalah pengantin baru. memang best. tunggu lama sikit. pastu, kalau jawab tak best. dosa menipu nih.sbb kawen mestilah best.sudahnya aku diam aje.sambil senyum sorang sorang tanda best.hoho.gilo.

2 minggu hidup dengan suami. saya masih belajar menjadi isteri yang terbaik. masih cuba belajar memenuhi semua kehendak suami. buat sementara ni, saya tinggal di rumah mertua. rumah kami masih dalam proses jual beli. tapi hari tu dah pegi melawat kawasan. nak kata teruja, mestila teruja. dapat tengok rumah sendiri. saya bersyukur.walaupun rumah flat aje, saya bersyukur sbb kami diberikan rezeki daripada Allah swt utk ada rumah sendiri.saya akan touch up rumah tu jadi cantik supaya kami hidup selesa dan tenang di rumah yang serba sederhana itu. hepi. sangat excited fikir nak cat hall kaler apa. dapur nak hias camne. teruja tatau nak cakap. skrg kalau keluar shopping dah tak layan tengok alat make up apa best. dah tak layan perfume mana wangi. saya teruja tengok periuk belanga.set pinggan. rak pinggan pun buat saya hepi tak pasal pasal. memang ajaib.

tinggal di rumah mertua. ramai macam gerun kan dengan hal ni. sesapa yang tanya mesti kerut kerut muka bila saya jawab saya tinggal dengan mertua. macam dunia nak terbalik. heyy..jgn negative sangat la. saya bukan tinggal selamanya dengan mertua. lagipun mertua saya ok aje. cuma saya la malu malu gaban lagi. apepun, benar bagai dikata. rumah sendiri adalah yang terbaik. paling sayu bila suami kena balik ke rumah sewa beliau time dia keje. maksudnya, kalau dia keje, aku tinggal sensorang diri la kat rumah mertua. sedih tau. hilang tempat bermanja je rasa.

sebab tu saya berdoa hal rumah cepat-cepat setel.dah la zaman bercinta tinggal berjauhan. bila dah kawen, tinggal asing asing macam tu, rasa cepat sedih. padahal kl-sungai buloh bukan jauh mana. pagi tu, tengah layan blues, tetiba pintu bilik ade orang ketuk. tengok-tengok suami balik. epi macam nak lompat bintang. sungguh tak pernah rasa hepi macam tu. suami saya keje kat kilang. 4 hari keje. 2 hari cuti. merasa la empat hari sedih tak tengok muka suami. 

hep. jangan la muntah. kasik can mood pengantin baru macam saya ni. doa saya, biarlah perasaan rindu ni kekal dalam hati walaupun dah ade cucu nanti. biarlah rasa sayang ni kekal sampai akhir hayat saya. saya suka rasa ni. rasa dalam hati ada air terjun, kebun bunga dan rama-rama.

banyak perkara baru saya belajar selepas kawen. pasal suami. yang ade hobi memancing. merajuk jugak saya bila dia keluar memancing balik rumah pukul 3 pagi. tapi sebab bukan selalu, saya ok kan jugak. pujuk diri terima suami seadanya. sebagaimana dia terima diri saya yang cepat gelabah dan suka lupa apa nak cakap ni. lagi seronok kalau suami bawak saya join dia pegi memancing. walaupun boring rasa nak cakar muka sendiri, tapi tetap seronok sebab suami bawak saya jalan-jalan. seronok dapat kenal kawan-kawan suami saya. boleh jugak saya kenal dengan siapa suami saya berkawan. takde la nak timbul rasa curiga ke apa kan.

kawan-kawan suami saya panggil saya nora danish sebab suami saya perahsia orangnya. kawan-kawan dia dapat tgk saya time kitaorg kawen aritu. semua speku saya macam nora danish sebab tak penah tgk. nora-danish-la-sangat kan.

saya suka keluar shopping dengan suami.walaupun cuma nak beli bakul untuk laundry. rasa hepi dapat shopping barang rumah sesama. lagi best bila suami pun semangat belek mesin basuh dan peti sejuk.haha.

apsal entry ini sungguh comel dan skema.

baiklah. saya rindu. lagi banyak hari sebelum dapat berjumpa suami. esok nak setel hal kad nikah. 

tata.

4 comments:

monstorious wife said...

uolllsss... congrats ya.. biasala uolls... mula2 semuanya indah.. haha..

Nanti bila dah duduk KL roger2 sama akak okeh? Boleh kita jumpa.

Anonymous said...

nora danish??
hehehehe

ala ala nora danish gitu.

tahniah puan gaban!

saidatulbadru said...

kak ilot.

ok kak.nanti dah setel semua hal bole le kita jumpa jumpa.

saidatulbadru said...

acik,

muahaha.

nora danish tang mana pun tatau

tq acik!