atas

Tuesday 11 October 2011

:: air kosong ::

aku memang suka minum air. specially air kosong. mungkin sebab terbiasa daripada kecik. pegi sekolah bawak air. so sampai ke besar, aku kemana-mana akan bawak bekal air kosong. kalau x bawak air, aku akan beli sebotol mineral kecil tu buat bekal nak minum. 

semua orang tahu air kosong ni banyak kebaikkannya kan. so aku nak share antara kebaikkan air ialah, mengawal suhu badan dan maintain ka berat badan. haa...tatau la betul ke tak. tapi ni aku rasa berjaya dipraktikkan dalam diri aku. 

bangun pagi-pagi, aku akan minum air tanpa cuci gigi. tak kisahla orang nak kata kotor ke apa tapi aku pernah baca amalan ni baik untuk kesihatan usus. lupa pulak mana aku baca or dengar. tapi kalau geli, kumur la sikit kan. aku minum air banyak jugak pagi-pagi. kalau takde hal nak kemana-mana, aku minum 2 gelas air. kalau rasa nak kuar ke mana-mana dan susah nak cari toilet, memandai la minum segalas air. biasanya tabiat ni membantu aktiviti pembuangan aku.sama ada air kecil atau besar. jadi tiada masalah kencing tidak lawas atau sembelit di situ.

dulu, zaman keje, aku akan bawak bekal air kosong. aku lebih suka air yang tapis tu daripada air masak. sebab teori aku, air masak dah takde oksigen. betul ke tak, nanti kita sama-sama google. aku target abiskan air yang aku bawak tu.dalam 1.5liter la. biasanya abis. ikut cuaca la.kalau cuaca sejuk payah sikit nak abis. sebab keje dalam aircond, kulit kita cepat ter hydrate. jadi, cara nak kasik kulit cantik, kena la selalu minum air dan sila lah tinggalkan minuman berkafein. 

minum air kosong dalam kuantiti yang banyak jugak membantu aku maintain kan berat badan. aku eksperimen masa nak kawen dulu la. aku rasa berjaya since berat badan tak naik even aku kekadang tak jaga makan pun.sebabnya, air kosong membantu tingkatkan kadar metabolisme badan dan membantu aku supaya lawas daripada segi aktiviti pembuangan sisa toksin dalam badan.

ok.oleh itu marilah kita minum air kosong banyak-banyak.selain daripada murah, air kosong juga terdapat banyak kebaikkan.

apemcm? boleh jadi duta air kosong tak?

2 comments:

UMMI YL said...

bab minum air sebelum gosok gigi tu betul..aku pun pernah pergi stau sesi ceramah 'healing with food" oleh satu prof kat uthm ni...

dia kata sediakan siap2 2 liter air kat sebelah katil..bila bangun kita minum air tu..kemudia amalakan berjalan sampai kita rasa nak kencing...kmudian tahan sekejap dan pastu pi lepaskan hajat..dia kata minum air banyak boleh kuruskan badan dan buang toksin2..:)

Air liur sendiri apa nak geli..:) kihkih

saidatulbadru said...

rulza:

tu la.betul tu.kadang2 aku bgtau org,depa wek wek kegelian.padahal banyak kasiatnya air liur waktu pagi kann