atas

Tuesday, 31 May 2011

:: tips ke petua? ::

aku mahu share.dengan kamu yang rasa nak baca la.yang rasa nak ikut boleh amalkan, yang taknak, takpe.baca je.

Eh. Petua apa yang aku nak kasik ni? Ye ye aje kan. Sebenarnya malu nak share. Sebab aku pun amatur. Tapi apa salahnya share kan. Aku pun guna logik sebenarnya. Memangla namanya petua. Tapi kena tengok jugak logik ke tak petua/tips tu bila kita nak ikut. Bukan main redah aje ye puan-puan sekalian. wahhhhhhhhh. (jeling acik oren yang soon to be puan.ahak ahak)

Tadi sempat baca blog Yongnana. Kebetulan, dia pun ada tips tersendiri. Eh, dari tadi bagi mukadimah panjang, tapi tak explain lagi nak kasik tips apa kan. Baiklah, tips nak pregnant. *malu*

Sekiranya anda di sana, ada planning nak pregnant, bolehlah amalkan. saya tak jamin ya petua ni berkesan. macam dah saya explain tadi, semua pun pakai logik.

Jangan makan asam/ jeruk.

Perghh..taip pun dah terliur. Belum ada depan mata lagi tu. Slurrrpp.Memang indah makan jeruk ni. Nak pulak time mulut rasa kelat-kelat atau waktu nak mengumpat gosip. Sedap jangan cakap la kan. Tapi, sebenarnya jeruk tak baik untuk usus kita dan organ dalaman kita. Makan sikit boleh la. Tapi kalau dah buat makanan asasi, memang tak bagus la kan. ni aku tak pasti apa kaitan dengan susah nak mengandung. Tapi aku pernah baca satu blog, ustaz ni ada kasik tau, tak elok orang nak pregnant makan jeruk. aku rasa ada kaitan dengan air kapur la. kan nak buat jeruk guna air kapur. ada masuk cuka. kan semua tu tajam. maksudnya ada logik la benda ni.

Jangan minum air berkarbonat

Sama la jugak dengan jeruk, air berkarbonat atau orang utagha panggil ayaq gas, memang tak elok. bukan saje untuk wanita nak hamil, wanita hamil tetapi untuk semua insan. dengan kandungan gula yang tinggi, dengan gas nye memang tak elok la. specially co_ke. orang ade cakap c_oke ni tajam. benda tajam tiadalah elok untuk rahim kita ye.

Oh ye. masa aku kat hostel kan, kawan-kawan aku panggil 'ayag gedegang' sebak masa dia jatuh dari mesin tu bunyi gedegang. haha. rindu pulak nak masuk asrama balik. time prep curi-curi keluar kelas pegi beli ayaq gedegang.

Jangan makan buah nenas.

benda basic. aku tatau la orang lain. kalau aku time period makan buah nenas, esoknya perghh..pesta kotex. ahhh..rindu kat kotex.

Jangan pakai kasut tumit tinggi.

Bukan orang hamil aje kena elakkan pakai kasut tumit ni uolls. yang plan pun kena amalkan. bukan ape uolls, takut tak sedar diri tu hamil terus jadi perkara yang tak diingini. kasut tinggi ni seksa. bukan aje pada kaki. tapi pada tulang belakang aja. jadi, ucapkan hai kepada selipar jepun.

baiklah. aku dah lupa petua lain. tapi yang paling penting kena tau la waktu subur korang. aku rasa boleh aje google pasal waktu subur ni. dan pada pemahaman aku la kan, waktu subur ni adalah hari ke 14 selepas 1st day period. haa..kalau aku salah kasik tau. sebab aku dah try menjadi. wakkakaak. matikla terlucah pulak.

ok. sampai di sini saja. ehem...apepun, kena set kat otak, anak ni rezeki daripada Allah swt. ape yang Allah swt kasik kat kita tu adalah yang terbaik buat kita.

aku pun bersyukur sangat dengan apa yang aku ada sekarang. aku tak keje..sobsob..tapi Allah swt kurniakan aku zuriat. walaupun masih awal, doakan aku selamat lahirkan anak aku ni ye.

tata

3 comments:

monstorious wife said...

ye uollss, semua tu sila puasa dari buat..
kalau Low HB jangan minum coffee and tea. Akak sampai skrg nih keje minum milo sajork.

saidatulbadru said...

betul tu kak.

sy pun berkawan baik dgn milo dan susu sekarang.

Anonymous said...

kih kih kih
alamak acik lambat lagi nak jadi puan.

stress ok!!!