mula-mula, sangat excited mahu pulang ke kampung. sekarang, menghitung hari nak balik sg buloh.nak jumpa suami.mengada sangat la.pastu, dah balik sana sedih pulak terkenang kampung.memang mintak penampar.tu pasal aku sesenyap je.menjaja dalam blog aje.kalau cerita kat orang mesti orang malas nak layan.cerita kat blog takpe.abis sangat orang annoying dan tak baca.ade aku kesah pastu?
cea..ni apehal tetiba buat ayat nak cari gadoh ni.
aku bosan la weh. dah bosan mula la aku buat perkara-perkara yang membuang masa.petang tadi aku sibuk menggoogle pasal tips nak cat rumah.sejak dah kawen ni, tetiba minat dah berubah.dulu, asik search pasal diet,pasal perfume. sekarang mau ingat la.berangan pun pasal pinggan mangkuk dan alatan rumah.macam aku citer, masuk pasaraya pun fokus kat alatan rumah je walaupun rumah belum ada lagi. keterujaan memang melampau.
memang, kepala otak asik terpikir pasal cara nak hias rumah.cara nak bahagikan masa keje opis dan keje rumah. ko ade dik non merancang awal-awal macam akak? tak sesia blaja decision science.haha.walaupun aku rasa langsung takde kaitan dengan kehidupan aku skrg.apa aku merepek ni hah?
aku rasakan,memang dah jadi tebiat orang sekarang nak amik tau pengantin baru honeymoon kat mana.asal nampak muka aku je mesti nak tanya aku honeymoon kat mana.eh.aku rasa malu la bila orang tanya macam tu.terasa honeymoon ni satu yang privasi.dan sebenarnya, aku takde honeymoon kat memana tempat yang boleh aku riak dalam fb pun.hahaha.sebab aku dah cukup teruja dapat hidup berdua.lagi teruja bila 2 3 minggu nak kawen, suami bagitau dia dalam proses nak beli rumah.oleh itu honeymoon dah jatuh perkara yang keberapa pun aku tatau.
tapi.sebagai insan normal.tetap la aku nak honeymoon.kata kenangan untuk hari tua kan.oleh itu aku dan suami memilih utk honeymoon di kl sajork.cukup la tu.bersyukur ok.tapi aku namakan trip kali ni sbg pre-honeymoon aje la.sebab kitaorg berdua ni memang suka buat plan mengejut.kot-kot lepas kenduri sambut menantu kami ade mood, mungkin akan ke pangkor ke.terengganu ke.haaa.tu baru betul honeymoon. eh.apa beza pre-honeymoon dengan bebetul punya honeymoon ni? entah la weh. aku rasa lepas kawen ni memang fasa honeymoon aje. manis belaka bak kata orang melayu.
nak tau aku ke mana dalam tempoh honeymoon? masa tu kitaorg tgh on the way ke keramat. petang tu ade plan nak pegi rumah yang kitaorg beli. nak tengok-tengok sambil ade orang datang nak nilai rumah tu.tapi janji pukul 6.pastu masa tengah kat mrr2 tu, terpandang signboard zoo negara. suami tanya nak pegi tak? aku yang memang suka teruja dengan benda benda remeh ni, setuju aja. tapi suami berjanji tetap akan bawak aku ke muzium. heh. dia tak lupa ok.tempat peberet isteri dia.bosan gila aku ni.ade ke suka pegi muzium?
bburung apa ntah.bangau kot.matikla pegi zoo tapi lupa cari ilmu
monyet ini cuba nak cari gaduh
auuuwwww.badak berendam
bayaran sekali masuk untuk dewasa RM20 kot. MasyaAllah.pelupa yang amats aku sekarang. kesan terminum air semut haritu kot.haha
okla masuk zoo ni.lagi best kalau bawak anak-anak.diaorg mesti teruja.masa aku pegi, ternampak la lisa surihani itu.ade shooting ke apa aku tatau.tak kuasa nak amik tau.sebab seronok tengok monyet bergayut masa tu.lagipun malas nak tunjuk perangai orang kampung macam aku yang jakun tak pernah tengok artis kan.kaver beb.kaver.hahaha.
masa memula sampai tu macam hilang punca nak start jalan dari mana.jalan aje.tak naik trem pun.jimat katanya.lagipun nak exercise kaki.banyak lemak kan.huhu.masa masuk dalam zoo tu dah pukul 1 petang.alang-alang, kitaorg solat dulu. tapi aku sentap jugak. suami sibuk layan call dari kawan dia.terpinggir aku tau tak.dah la dalam mood honeymoon.boleh pulak aku terbiar macam tu dengan burung bangau.nak nangis rasa.lepas solat, sementara tunggu suami pulak masuk solat.aku bawak diri.merajuk sial.tapi tak jauh.takut kena marah dengan suami.aku cuma sembunyi di sebalik pokok aje.muahaha.gila perangai budak darjah 1.
lepas suami abis solat, dia macam cari la mana aku kan.aku pun purak-purak snap gambar.macam aku tengah ralit snap gambar.padahallllll..pastu dia datang kat aku.aku kasik kamera pastu aku jalan laju laju.buat macam tak kenal dia.muka dah senget tahan muncung.pastu aku layan diri sampai la tempat tengok monyet.layan sambil tahan air mata.cengeng ntah macam apa.emosi pengantin baru agaknya.tetiba nak merajuk.
pastu suami pun datang la kat aku.dia pun macam nak angin apa hal aku tetiba buat perangai kan.dia tanya aku nak jalan sorang sorang ke.kalau nak sorang2, dia nak tunggu kat parking aje.aku pun jawab, ikut la.camna pun takpe.nak merajuk tapi takut uu..jawab slow je.pastukan suami terus bawak diri dia pulak.padan muka.dua dua pun nak sentap.terus terduduk lemah lutut depan monyet.mujur la ade bangku.masa ni ingat nak cari tiket balik langkawi aje.sedih!
pastukan, tetiba suami datang balik.mesti dia kata dalam hati.."haaaaa..tau takut".memang takut pun.malu pun ada.dah la masa tu inai penuh jari.kalau orang tengok aku jalan sensorang mesti ingat aku pengantin yang kena tinggal.masa suami datang tu terus maniskan muka.pastu dua dua pun buat lawak bodo macam takde apa pun terjadi.tu la.lisa surihani nak buat drama aku pun sibuk nak berlakon.
pastu, suami dan isteri itu pun meneruskan aktiviti meneroka zoo negara tanpa sesiapa pun berani nak ungkit pasal tragedi sentap menyentap tadi.hehe..


2 comments:
cik gaban,
ini pengalaman acik semasa acik di kuching last week.
acik pegi dengan kawan acik which is dia dah kawen, kami kat sana 4D3N, malam pertama dia cool, walaupun mencari step untuk tido, bla bla bla, cukup malam ke 3 dia terus ngigau ( betul ke idak ejaan ), mimpi kan suami.
so betul lah mak acik ckp, masa bercinta lain, dah kawen lain.
:)
motip acik citer?? saje jah.
haha..
lain acik.bercinta lain.dah kawen lain.
angau lain macam acik.nak pulak baru kawen.haha
motip acik membuat entry disini?
Post a Comment