atas

Thursday, 31 March 2011

:: seperti ombak ::

mood saya seperti ombak. menghempas pantai. kadang-kadang hempas secara tenang.kadang-kadang hempas dengan penuh amarah

saya tak tahu nak salahkan sapa.pms? agak cliche. tapi takkan saya nak salahkan orang sekeliling yang tak berdosa pulak?

 macam hari tu. saya kecik hati dengan suami sebab saya ajak dia makan char koew teow (my peberet dishes eva). dia kata, takpe pegi makan dulu. sambil lepak depan tv dan borak-borak dengan ahli keluarga yang lain. saya yang kecil hati (dah la lapar.makanan peberet yang ditapau itu sedap di makan panas-panas) terus bawak diri dalam bilik. baca novel baru beli. pastu, 20 minit macam tu suami ajak makan sekali. sebab sudah merajuk, saya pun jual mahal suruh dia makan sendiri. ape punya buruk perangai. tapi tak sampai hati. keluar jugak dari bilik. maklumla. I lapar u.

pastu, sambung mogok. padahal kena berterima kasih sebab suami layankan perasaan saya yang nak makan char koew teow tu. ah..itula. mood yang tidak menentu. sukar di kawal.

lagi satu. nak update blog. dengan penuh keyakinan dan idea. dah ade bahan. sekali fikirkan diri takde keje, terus merayau segala macam ruang dalam alam maya ni nak cari keje punya pasal. lepas tu rasa down kerana, aku ini loser gila kerana tidak ade kerja.

ya.perasaan yang sampah.

macam sekarang, rasa nak nangis. rasa nak suami. sebab kalau ada suami takde la aku rasa nak cari keje sangat. dan dan rasa suka betul jadi suri rumah ni.

lagi kacau mood, bukak fb ade orang antar msg. sungguh caring ini orang. tanya aku dah ade junior ke belum?

please, kasik aku ruang boleh?

No comments: