atas

Wednesday, 2 February 2011

:: siapa perampas ? ::

sekarang hobi terkini, layan cerita cina kat tv2. pukul 6.00ptg. sepatutnya, cerita macam ni la pihak telebisen kena byk tayangkan. yang ade moral of the story. bukan yang merepek-repek dan berepisod 160 ke 200 tu. yang dari endon tu. bukan anti endon ke apa. tapi serius la. cerita diaorg bukan best pun. dah la merepek. tak tengok 2 minggu pun jalan cerita boleh agak lagi. pelakon manjang muka yang sama. dah la teknik kamera tu memeningkan kepala. abis havoc la boleh buat aksi terkejut mata jegil jegil. lepas tu, jalan cerita manjang sama. abis sangat tiru cerita korea sikit. cerita omputih sikit. tu pun sibuk claim orang malaysia pencuri. banyak la.

kan. kalau cerita pasal diaorg ni, dengan hati yang sakit memang tak abis. tu pun estro ada hati nak amik org dari sana jadi pengetua AF. benarkah? dah la AF tu dah makin tak best. at least, amik la org kita. ramai lagi yang berbakat. apsal entah. aku dengan estro ni dah lama sakit hati. nasib la takde syarikat tv satelit lain. kalau tak memang takde aku pandang dah estro ni. bil nak mahal. kualiti ampes. harap cerita yang diaorg tayang? menangis okeh. ade la satu dua yang best. tak berbaloi ok dengan apa yang kita bayar. aku langgan sebab kat rumah aku ni susah nak dapat siaran. ade estro boleh la layan tv 3 dengan aman. pastu, aku layan sbb aku nak tgk chanel star world. dan kartun. tu je.

yang lain. menangis ok.
nak pulak estro riak dan primak tu. menangis lagik.

aku nak share pasal cerita perampas. dua tiga hari ni layan blog mangsa yang kena rampas. dan perampas. berangin la aku baca blog yang merampas itu. dalam cerita cina yang aku tgk kat tv2 tu ade moralnya. mak dia pesan,
"dalam hidup ni, jangan la sesekali merampas atau ambil hak orang. kelak, hidup dalam penuh kekesalan.:
bagi aku. betul la. bila kita ambil hak orang lain, hidup kita rasa penuh ketakutan. atau tak aman. hati rasa gundah gulana. sebab kita takut, barang yang kita ambil tanpa izin tu akan hilang. atau orang lain pulak yang ambil.

lagi la tak aman kalau orang yang merampas kebahagian orang lain. kena tau. kena ingat. hidup ni ibarat roda. hari ni, kita kat atas. esok kita kat bawah. macam tu la seterusnya.

aku adalah juga pengalaman dirampas ni. cuma, bezanya aku takde la merana sangat. sakit hati tu mesti. orang yang kita percaya, rampas hak kita. orang yang kita harapkan, selamba buat kesayangan kita milik dia. tanpa rasa segan silu. sungguh haramjad punya perangai.

kisahnya, aku suka nak mati (masa tu la) dengan sorang course mate aku. first time tengok dia dah tangkap cintan. semestinya menepati ciri-ciri lelaki idaman. pulak tu pandai main bola. bonus di mata aku. tahap suka memang tak boleh blah. banyak la benda bodo dan buang masa aku buat semata-mata nak tgk jejaka idaman aku ni.

sedaya upaya aku cuba nak dia perasan kewujudan aku. malu tapi mahu. aku suka dia. tapi haram aku tak pernah bercakap dengan dia. kalau bagi peluang aku borak dengan dia pun. nescaya tak terkeluar kot suara aku. punya la malu..tapi mahu

sebab tak tertahan hati, budak depan bilik aku kasik cara untuk aku bercakap dengan dia. tapi macam mana. dah aku malu kan. boleh pulak kawan aku ni, cari no phone rumah jejaka idaman (JI) kat portal student. call rumah dia. mintak no hp dia dari mak dia. macam bangang. serius aku cuak. tapi suka. last dapat number dia. bermula la episod aku menyamar sebagai watak lain. bangang sangat bila ingat balik.

masa ni, en.gaban sudah wujud dalam kehidupan. cuma dia tak penting dalam hidup aku. masa tu la. aku cuma anggap dia kawan. or abang. memang takde hati la nak mengorat dia. tengok pun tak pernah kan. dia pulak macam tengah ade awek idaman. jadi, memang takde la aku nak suka dia ke ape. aku pun cerita la dengan en.gaban aku suka JI ni. en.gaban pun kasik la tips kat aku cara-cara nak tackle hati JI. siap suruh aku buat2 jatuhkan buku depan JI.pastu JI tolong kutip. hindustan sangat tau en.gaban. tu la.suka sangat layan cerita tamil.

aku tak ikut la ape nasihat en.gaban. buatnya buku aku jatuh selambak, pastu JI hanya memandang macam mana? malu ok. tips lain, en.gaban suruh aku jumpa je budak tu. confront. bagitau je aku suka dia. at least dia tahu kan. takde makna ok. aku punya rasa malu yang menebal kot. pastu makan hati.

aku ade sorang kawan. kat kampung. dia ni rajin call aku. cerita pasal life dia. pakwe2 dia. gila banyak orang nak dekat dia. sebab aku kawan, aku dengan dan percaya la. walaupun aku rasa dia tipu banyak. satu hari dia tanya pasal kisah cinta aku. takde keje. aku terus cerita dengan dia kisah JI. dia pun semangat nak tolong aku. tolong untuk apa aku tak ingat. nak tolong tackle kan ke ape? aku pun, bodo-bodo dengan harapan JI akan jadi milik aku.(tanpa motif), kasikla no hp JI dekat kawan aku ni.

maka, hari berganti hari. bulan berganti bulan. en.gaban dapat tau aku selalu call JI. dia marah aku. dia kata aku habiskan duit.membazir.dia marah dan keluarkan ayat sakitkan hati. terus aku menyampah kat en.gaban.aku delete no.phone en.gaban. dan aku tak contact dah dengan dia. 

kawan aku tu pulak.selalu la call aku. update apa kisah yang dia dapat korek daripada JI. aku pun dah lupa jalan cerita ni. sedihla katakan. malas aku nak ingat. ntah macam mana satu hari aku dapat tau, rupa-rupanya, kawan aku tu dah bercinta dengan JI. hanya melalui telephone. dah jadi couple. macam setan. selama ni cakap nak tolong sekali dia sapu kat dia.

aku takde la nangis. tapi baran satu badan. serius rasa dianiaya. kata nak tolong. tapi dia ambik buat pakwe pulak. alasan dia, JI yang suka kat dia. JI tak suka aku. ye la sangat. aku ni, malas nak panjang cerita. aku maki dia sedas dua. aku malas nak ade kawan mcm tu.kawan makan kawan. eiii.

susulan dari kejadian ni, macam macam berlaku. akhirnya JI tau aku siapa. siap dtg kolej aku kasik ape ntah. masa tu dia gi mana ntah main bola. balik, kasik aku macam buah tangan la. kot. ntah aku lupa. sbb naik baikkan balik aku dengan minah perampas tu. tapi aku cool je. macam dah maafkan. tapi hati penuh kesumat. haha.

last-last. aku dah terus takde hati kat JI. terus aku nampak dia serabai. gemuk. dan bodo. haha.

bila kita suka kat somebody, semua yang indah aje kita nampak kan. sekali sakit hati, semua yang buruk terserlah.aku tak bertujuan nak cerita keburukan kawan aku. tapi, aku nak cerita bahayanya perampas ni. awaslah kamu-kamu. jangan terlalu percaya even kawan yang kamu rasa baik hati sangat nak tolong kamu.

aku dah terkena weh. sakit. tapi syukurlah. aku dapat yang lagi best. en.gaban. tak paham macam mana kamu jodoh saya akhirnya.

hiks.

note: terpaksa edit. tadi aku menulis penuh emosi.maklum la. ungkit kenangan silam yang tak berguna langsung

4 comments:

Anonymous said...

oh cik gaban,
acik tak emo emo but acik rasa bersalah sgt, maklom la acik dulu pun jahat setan byk skandal kan.

terus sentap and memutus kan hubungan dengan saki baki skandal.

tak mo tak mo

acik insaf ok.

terus rasa sayang pada kekaseh sendiri walaupun dia pun perangai hazabullah.

saidatulbadru said...

acik,

marilah kita sama-sama sayang kekasih kita walaupun kekdg amat menguji kesabaran.

hiks.

lupakan kisah lalu acik

maktam_girl said...

dek,

akak gi lgkawi mlm lps akak tinggal komen di comment box u ni.. heheh, sampai kuala perlis jam 6am, terus naik feri jam 7am, dan sampai pkn kuah pkul 8.30am gitu,... langkawi tak byk berubahkan? tp pantai cenang tetap indah dan best!!! dek, akak follower meng la, so akak tau u dr situ la.. hiks

-mamajajie-

saidatulbadru said...

kak,

langkawi tak byk berubah. hope tak berubah langsung leps ni.sayang kat pantai.

tapi, nanti pekan kuah akan berubah. sila dtg lagi 3 tahun kak.