atas

Friday, 28 January 2011

:: #63 ::

almost 2 am.

still berjaga. mengantuk. tapi ade rasa kosong yang tiba-tiba. rasa nak sedih tak sedih. kalau dilayan memudaratkan. kena selalu ingat Allah. jiwa kosong mudah terpesong. syaiton suka jiwa rapuh macam ni.

istigfar..istigfar.

Ingat Allah..Ingat Allah.

saya gembira dalam sedih. saya gembira, lagi dua minggu status diri bakal berubah. InsyaAllah. saya gembira, dipertemukan insan seperti en.gaban. dia tak sempurna, tapi melengkapkan diri saya yang jugak tidak sempurna. dia pendiam. saya banyak cakap. saya moody. dia buat lawak. saya pandai nyanyi. dia dan saya. tak sama. sungguh contra. mula kenal, saya rasa saya dan dia banyak persamaan. makin saya kenal dia, saya tahu, dia dan saya berbeza. tapi itulah yang melengkapkan kami. kalau dua dua sama, tak ceria la hidup ini. macam mana nak cari gaduh kan!

saya gembira. saya bakal berhijrah. saya gembira, saya dapat tambah ahli keluarga. dan bagi mak dan ayah seorang lagi anak lelaki. saya cuma ada seorang abang. anak lelaki tunggal dalam adik beradik. jadi, bila ada menantu lelaki..mak dan ayah akan hepi. mak ayah hepi, saya lagi hepi.

saya gembira, saya bakal mempunyai adik beradik lelaki yang ramai. sebab en.gaban punya siblings semuanya lelaki. sangat contra dengan kehidupan saya selama ni.dunia saya dirumah penuh kewanitaan. lepas ni, saya punya ramai abang..ipar.saya jugak bakal terima mak dan bapak mertua. ahli keluarga saya makin besar. makin meriah. mestila gembira.

tapi,

saya sedih. kehidupan saya selepas ni dah tak sama. saya tak boleh nak bermanja macam dulu dengan mak dan ayah. selepas ini, kehidupan saya untuk suami. apa kata suami saya perlu patuhi. saya masih anak mak dan ayah. saya tahu. itu adalah hakiki. cuma saya sedih, saya bakal tinggalkan rumah ini. rumah yang saya huni selama 18 tahun..

semua akan berubah. selama ni, hidup saya hanya ada mak, ayah dan adik beradik yang lain. walaupun bercinta dengan en.gaban, saya dan dia tinggal jauh. sepanjang bercinta, tak sampai 50 hari berjumpa. rasa sayang pada keluarga mestilah melebihi segalanya pada masa ni. saya tahu, en.gaban takkan sia kan saya. saya berdoa, dia adalah suami dan lelaki yang terbaik buat saya.

saya bukanlah anak manja. cuma saya, rapat dengan keluarga. bukan tak pernah tinggal jauh dengan keluarga. sejak form 1, saya dah tinggal kat asrama. sambung belajar, 3 tahun berjauhan. tapi setiap bulan pun balik rumah. dah dekat kaedahnya.

saya jarang bersosial dengan kawan-kawan. saya selesa keluar rumah dengan parents sendiri. macam anak manja. tapi memang sejak kecil macam tu. terbiasa. keluar outing dengan family lebih enjoy. antara saya dan mak dan ayah, memang tiada rahsia. saya sedih, saya gembira, semua saya kongsi dengan mak dan ayah. semua kawan-kawan saya, wajib jumpa dengan mak dan ayah saya sebab saya nak mak dan ayah saya tahu dengan siapa saya berkawan.

saya takut. mungkin saya terlalu berfikir. macam mana saya nak sesuaikan diri di tempat baru. saya di pulau ini. sungguh rileks. tiada tekanan hidup. percayalah. memang tenang tinggal di sini. sebab semua orang saya kenal. semua kesayangan saya ada di sini.

di tempat baru. yang saya tak kenal orang orangnya. yang saya tak tahu, kat mana jual ikan lagi murah. yang saya tak tahu, jalan pintas nak ke sana sini. yang saya tak tahu, selok belok jalan rayanya. yang saya tak kenal, penduduk sekelilinya. semua tu buat saya rasa cuak tak tentu hala.

mungkin, saya banyak sangat berfikir. mungkin, perkara baru ni takde la teruk sangat. ntahntah saya lupa daratan terus.

harap harap tu tak la. adik beradik dah pesan. balik langkawi, jangan gatal speaking KL. kalau tak buang daerah.

baiklah. aku tak lupa punya. kalau aku nak marah orang yang rapat dengan aku.aku akan cakap macam ni.

"pungkuq hang aihhh"

dengan itu saya takkan lupa jatidiri saya.

langkawi, i lebiu.

No comments: