atas

Thursday, 13 January 2011

:: #59 ::

kat dapur.

tengah tunggu inti karipap masak.takde gambar la.sebab tengah kumpul duit beli dslr. sekali sampai seru nak kawen. jadi kena guna duit saving utk prepare hal kawen.

jadi. tak dapat nak show off kehebatan saya di dapur. wakakaka. abis hebat sebab masak inti karipap. wangi ok.

hari ni mood takde perasaan. macam tiba tiba immune dengan semua benda.benda benda yang menyusahkan hati sendiri. caranya, saya fikir yang positif aja. walaupun hidup saya penuh cabaran hari ni, esok esok sapa tau. jadi perlulah saya positif kan.

maka, sebagai memulakan langkah positif, saya buat karipap hari ni. kalau ade rezeki, ade cara yang betul, bolehlah saya jadi pengusaha karipap frozen.

tadi tengak cerita lu'lu kat astro. ade satu ayat yang saya suka. pasal sabar. sabar itu indah. ye ke. tak ingat la ape tag line yang dia sebut. tapi lebih kurang macam ni la. orang yang bersabar akan mendapat balasannya. ye saya percaya semua tu. jadi, saya mahu jadi orang yang bersabar. ok. boleh masuk dalam azam tahun ni.

menjadi seorang yang sabar.

tiap-tiap hari, saya titip doa. semoga saya dikurniakan kesabaran dalam menempuhi dugaan hidup.

oh ye. sungguh bergaya. online dari dapur. sambil mengambil angin luar yang sepoi sepoi bahasa tamil

indahnya kampung!

No comments: