hari ke..5 berpuasa.
tapi, baru hari ke-4 buat aku.Alhamdulillah.tahun ni sekali lagi berjumpa dgn Ramadhan..
tapi, aku adalah belum pergi terawikh lagi.belum start.tahun ni punya keje, memang keletihan melampau.aku, starting pukul 9.00 tu memang ngadap keje sampai santak ke pukul 5.00.adala berenti kejap.menipu pulak kalau kata aku keje straight 8 jam kan.ada jugak berenti.tapi serius.letih gila.haha.apa hal aku nak cerita semua ni.alasan banyak la pulak kan.kata aje diri pemalas.
tiap tiap hari berazam nak tunai solat tarawikh.insyaAllah.tengah mengumpul azam.
puasa tahun ni, ala kadar aje.takde aktiviti serbu param macam dulu-dulu.mak pun prefer masak daripada beli lauk kat luar.paham ajela.skrg semua naik harga.gaji tak naik.itu yang akak hot tu.wah..macam bertahun keje gaji tak naik kan.
tapi, aku dah bodek ayah ajak gi param hari ni.ntah nape rasa seperti kanak kanak tetiba mengada nak jalan jalan tgk param.aih.sedih la.adakah tahun ni last utk aku berpuasa kat langkawi? bersama keluarga terchenta.bila ingatkan semua ni.rasa bercampur baur seperti air laicikang.
unik jugak buat aku.bercinta, bertunang.tapi tak pernah berbuka apatah lagi bersahur dengan en.Is. tidak pernah.insyaAllah, dimurahkan rezeki, diizinkan Allah, tahun depan terus merasa semua tu dengan title seorang isteri.wah.taip ayat ni pun sudah rasa berdebar.gedik apakah aku ini.
cepatnye masa berlalu kan. teringat zaman aku belajar berpuasa.tak ingat bila start puasa penuh.tapi masa tu aku kat Sg.Petani. bangga bila cerita dengan kazen kazen aku puasa penuh.pastu dulu suasana bulan ramadhan ni meriah.paling best acara tukar lauk.katakan mak aku masak gulai ayam (kari ayam).mesti akan masak lebih utk di pass pada jiran sebelah dan jiran depan rumah.bukan la nak harap balasan.normal akan dapat lauk / kuih daripada jiran plak lepas tu.so merasa lauk pauk meriah.
skrg jarang dah nak jumpa macam tu.masing masing makin jauh.dulu, mesti ada sehari dalam bulan puasa acara berbuka di rumah tok wan (sebelah mak).pastu meriah dengan kazen kazen aku yang berderet deret.dgn mak mak saudara yang meriah.hepi gila.tugas aku time tu cuci pinggan lepas acara berbuka.patah pinggang.tapi tetap la hepi...sejak arwah dah takde..semua ni hilang macam tu je.
sebelah ayah pun macam tu.masa arwah tok ada, kitaorg berbuka jugak la ramai-ramai.tapi takde meriah sbb ayah cuma 3 beradik.tapi tetap hepi.berkumpul dengan keluarga kan..rindu dgn suasana macam ni.
zaman dan berubah....rindu sgt kat arwah tok dan tokwan...
Al-Fatihah buat tok Fatimah, Tok Wan Abu Bakar dan Tok Wan Mustafa..
1 comment:
Al-Fatihah juga.
Post a Comment