walaupun belum finalize betul betul tarikh kawen, aku tetap buat persiapan sikit sikit.dgn moto 'sikit sikit lama lama jadi bukit" aku teruskan usaha persiapan sorang sorang.tunang jauh.macam ni kaedahnya ye.tapi takpe.aku redha.
takde persiapan secara fizikal.cuma mental.eh.bukan.persiapan yang hanya pada unsur teori.contohnya, mana aku nak tempah baju nikah nanti.mana aku nak booking bridal.mana aku nak beli barang barang kawen yang lain.oh ya.lebih kepada searching information la.
aku dah ade dua warna tema yang menjadi idaman kalbu.belum betul betul pilih sebab masih ada percanggahan.hati nak kaler ni.akal suruh amik kaler ni.so berlaku la pergaduhan antara hati dan akal.aku malas amik pot.aku biarkan diaorg gado.gitu.mental sangat statement ni kan.muahaha.pedulik.
aku benci bila ada choice macam ni.aku tak reti buat keputusan.sia sia belajar sains pemutusan selama 3 tahun.haha.
aku sedang jatuh cinta dgn warna hijau dan purple.tapi belum tau yang mana best.dua dua pun menarik tertarik.yang pasti aku takkan mix dua dua sekali.cuma, kalau aku pakai kaler hijau, family aku wajib pakai warna lain.aku xnak tenggelam.gitu..tetap nak feeling diva.
aku ade jugak survey door gift.hah.aku tgk semuanya agak mahal.rm2 sebijik, agak mahal bagi aku.bukan nak berkira.cuma aku punya majlis bajet sederhana.tapi nak kasik door gift yang berguna, dan tidak disimpan didalam kotak aje.kalau boleh yang useful.apa ya? masih tercari cari.
dulu masa attend kursus kawen, salah sorang penceramah ada bukak kisah pasal door gift.pasal goodies bag ni.ustazah tu cakap, trend orang skrg.kasik macam macam cenderahati.ada kasik kuih,cupcake,kipas,gula-gula dan bunga telur.semua tu dalam satu goodies bag.banyak tak? tapi yang useful semua ke? ustazah tu cakap, dia amik telur aje.sbb kuih kering tu dah hancur.cupcake dah penyet.kipas dia simpan.gula-gula x makan.aku pun macam.."a'a..yela..betul la.."
tapi, kat kawasan aku ni..mmg dalam goodies bag akan letak barang barang macam tu.cuma aku nanti tak akan sediakan goodies bag utk semua tetamu kot.just sediakan bunga telur.baru tradisional.lepas tu utk kawan kawan, ade la kot spesel sikit.mungkin.tak pasti lagi.cuma utk rombongan en.is aku dah decide nak kasik something yang bercirikan pulau langkawi.mungkin akan borong barang barang dari idaman suri ke.haha.tapi apepun, goodies bag aku takde bercirikan wow.yang penting aku kasik semua tu dgn ikhlas.
tapi, terfikir jugak xnak beza kan tetamu yang dtg.taknak level vip ke apa.semua pun penting.semua pun aku nak kasik sesuatu.sbb terharu weh org dtg meraikan aku.lagi best kalau semua yang dtg mendoakan kebahagian aku dgn ikhlas.aku sangat berharap aku menang rm2 juta skrg.kot kot petr0nas nak kasik ke.(ha ha.cute tak aku letak 0 disitu?) aku rajin isi minyak ape.kasik la aku hadiah 2 juta.aku nak buat modal beli door gift.
kad kawen.aku ade survey.yang online la.tapi tak yakin.aku xnak kad kawen yang semak dan mahal.aku nak yang simple,cantik dan murah.tidak perlu kad wangi atau bertinta mas ke ape.ikut hati, nak buat kad kawen macam yang maya karin dah buat.jimat.lagipun, ke tong sampah jugak akhirnya.tapi, kalau kad aku tu cantik, mungkin orang akan simpan buat penanda buku.eh.aku nak jugak buat kad wangi.tapi aku tau mahal.takpe.yang penting cantik, simple dan unik.dan murah jugak.biasa.pengantin bajet mmg suka yang murah.
baju nikah.kain semua dah beli.tinggal nak tempah aje pun.aritu en.is ada cakap.kat jakel pun ade jual kain murah yang tak sampai rm500 utk laki dan pempuan.hah.aku dah beli pun.cap kamdar aje.en.is tetap kesian sbb aku macam selamba abis bab ni.mungkin dia ingat aku nak kain mahal jugak.padahal mmg ye.tapi aku takde la kisah pun.nak pakai kejap je kan.takpela.yang penting baju tu jadi cantik bila aku pakai nanti.takpe la kalau bukan dari jakel ke euro moda ke.kamdar mmg berbaloi.
makeup.hoih.ni memang masalah besar punya.aku kan jenis mudah berpeluh tang hidung.(orang cakap kuat cemburu tapi takpunnnn.hik hik) pastu pulak, aku jenis tak pernah make up.setakat pakai bedak.bila makeup tebal aku takut muka aku nampak putih tapi tangan gelap.how? kena la cari juru make up yang profesional kan.kaedahnya, kat daerah aku ni sedih sikit.bridal ade berapa buah aje.yang glamer ade 2 buah.satu tu baju cantik.pelamin cantik.deko mmg meletop pom pom.tapi, make up sedih.macam opera cina.kekdg macam..haih.aku yang zero pasal make up pun tau beza make up tu sedih.
yang satu kedai lagi, baju so so aje.make up kekdg cantik kekdg sedih.deko ketinggalan zaman.kawan aku penah amik pakej dgn diaorg.sedih sangat.janji nak kasik bunga hidup utk hand flower kan.sekali non ado.deko bilik pun bunga segar tu ala ala je.sedih sangat.make up pun biasa je.dulu, masa akak ipar aku jadi pengantin, nama cun pom pom.skrg make up diaorg tu dah tak de x factor.
sedih la.nak hire nurul shokur tak mampu.saidatul nisa pun tak mampu.macam mane? haha.kang aku make up sendiri kang.
takpela.nanti aku cuba bodek mana mana kawan yang pandai make up.tu pun kalau ade.
ok.dah abis.
tata
No comments:
Post a Comment