atas

Sunday, 30 May 2010

:: sabtu datang lagi ::

what i like most about Saturday? (sorry  my grammar. broken heh)

1. keje half day.balik pukul 1.00pm. oh yeyy

2. esok ahad.lepas sabtu ahad.ahad adalah cuti. oh yeyy

3. pukul 7.00pm, ada sinchan. i knew, aku dah jadi wanita, aku tetap suka sinchan. aku rasa dulu pernah encik Is suh aku berenti sms dia jap.tgk sinchan dulu.lepas isyak sambung sms. kelasss..tunang pun paham betapa aku cinta sinchan.

4. normally akan keluar hang out dengan parents. macam selamba. aku sejak dah besar ni lagi suka keluar umah dengan mak dan ayah. dulu zaman remaja kurang la.aku lebih suka stay kat umah.aku budak baik ok.jarang melepak.selalu lepak dengan family aje. hari sabtu selalu window shopping, pegi pasar malam, jalan-jalan.kadang-kadang singgah lepak kat rumah abang aku.sambil berpoya poya dgn fatin.

5.boleh tido lambat.esok ahad.ahad tak keje.ahad cuti.haahaha.dasar pemalas.asyik ulang ayat 'ahad cuti' padahal ahad mana ada cuti.kau yang cuti.kau tak cool. 'ko'

6. sabtu best.adalah majalah 3 (mood nerd.spek mata tebal)

7. sebab keje sampai pukul 1.00pm, kalau terlajak balik pukul 2.00pm boleh claim OT.pukul 2.00pm dah boleh balik rumah.plus dpt OT satu jam.haha.makcik kaya.

8.kadang kadang ada cerita hindustan best (mood kajol: pakai sari dan gelang kaki)

9. lepas sabtu adalah ahad.bagi aku sabtu adalah hari yang cool.

dah.ada sembilan aje.nanti aku buat pasal bestnye hari ahad.

nota siku: tadi aku beli satu set facial treatment safi balqis. dulu aku dah penah try.tapi non ado berkesan.tapi sejak nak kawen, nak jimat duit, dan ade pulak testimonial daripada opis mate dan adik, aku macam teruja nak try.ye ye.gua cepat terpengaruh.tapi yang penting skrg ni nak cari produk yang boleh kurangkan kekusaman muka dan yang sangat sangat penting..'HALAL'. aku bukan nak putih.cuma nak kurangkan kusam.aku kalau masuk keje hotel mesti muka cepat terbakar punya.sbb location hotel ni tepi pantai.panas menyegat.aku pulak jenis cepat terbakar (hati pun cepat terbakas.tsk..tskk) so, aku kena la menjaga muka.sebelum kawen, penjagaan kulit luar dan dalam amat penting ye tuan tuan dan puan puan sekalian.

matilak.nota apa panjang berjela ni.dah.

goodnite ladies.

2 comments:

wani said...

bestnya sabtu sebab:
1) lepas subuh boleh tidur balik sebelum kena jerit dengan mak sebab pukul 9 duk melingkar lagi dengan selimut.
2) mandi lambat.
3) makan dan makan.
4) tengok dvd/vcd sampai lebam.
5) buli adik-adik.
6) tengok wayang.

haha.
ni aktiviti wajib.
leh je nak tambah dengan aktiviti harus.
ekeke.

saidatulbadru said...

wani,

agree mandi lambat.muahahah.jimat air ok;