atas

Friday, 28 May 2010

::queen drama ::

semalam, aku patutnya keje sampai pukul 5pm. tapi aku mintak balik awal.claim hours. biasa la keje hotel.kekadang balik lambat.so aku boleh claim balik hours aku yang selalu balik lambat tu (read: pekerja rajin.hak hak)

semalam mood tarak.sangap.buat keje sikit.sangap banyak.aku sorang aje yang kuli.2 orang lagi bos.so keje keje pick up phone aku yg buat.opis mate lain tak dtg.mc la.on leave la.sorg lagi terpaksa masuk shift malam sbb night audit amik compassionate leave. ayah dia meninggal. al fatihah buat arwah ayah nazrul. dan hasilnya, aku keje sorang sorang. menyampah ok. tak boleh fokus. kejap kejap phone bunyi. kejap kejap bunyi. kalau ade kaitan dgn aku takpe la weh. ni cari orang yang cuti.mengganggu konsentrasi jugak. last last aku decide balik awal.lagi pun aku puasa.mengantuk betul.

aku bukan la pegi keje sbb kawan.tapi bila situasi macam tu terjadi, aku takde semangat woh nak pegi keje.macam tak best buat keje sorang sorang. ni masih lagi mood sedih kawan aku nak berenti. aku macam nak paksa kak sue terus stay keje kat situ. tapi sapa aku.lagipun dia keje ke tak, life must go on kan.aku tetap kena cari duit.

takpe.aku ni nak period.tu pasal mengada lebih.

dua tiga hari lepas, aku perang dingin dgn en.Is. aku siap tukar guna number digi.motip xnak en.Is cari.biar nanti dia sms aku tak reply.biar dia call aku x pick up.biar dia gelabah.biar lepastu dia rasa menyesal sbb marah aku.haha.

tapi balik balik aku jugak yang sms cari dia.kental ok en.is. kamu biarkan saya meroyan sorang sorang.bengong je rasa.tapi itula.kemanisan paling hebat ialah bila dah berbaik lepas bergaduh.sumpah syiok.semalam lepas abis antar sms marah, luahan tak puas hati, mintak break..lepas 2 jam aku sms say sori.lepas tu tido.muahahaahaa.

mungkin en.is kesian, dia pun sms.terus weh hati cair mcm beg plastik kena bakar.haha.terus dtg keinsafan dari hati.pukul 5am aku sedar dari tido tgk ada sms dari en. is. terus terbang segala ego.segala rasa marah.terus nak cakap i love you very strong en.is.terus tak jadi nak mengorat orang lain.

aku menyampah jugak bila dtg perangai drama queen aku nieh.rasa nak tampar diri sendiri.ingat cute ke merajuk merajuk ni.aku dah tua ok.tapi itula.mengada lebih.ni pasal tinggal jauh.nak dating ujung minggu tak bole.harap sms je.bila xdpt sms.bila kena marah sikit terus sentap sampai ke hulu hati ok.en is, take note, saya tamau tinggal asing asing (kalau bole) lepas kawen.kalau keadaan terpaksa, i redha.(pasrah).

bila dah baik.terus rasa nak tempah kad kawen uolls.bole? tapi belum ada tarikh.how?

2 comments:

wani said...

apa lagi, cari la tarikh!
weeeeeeeeeeeeeeeeee.
=D

saidatulbadru said...

wani,

mmg nak cari.dah ada.cuma blom confirm.

iolls kan wanita ayu, malu gitu nak bersuara lebih.

ahak ahak