hari ni terasa macam budak-budak. rasa macam tak tahan nak tanggung rasa dahaga. tengok kartun minum air pun rasa sedap tak hingat. tapi tetap la bersabar. takkan nak berbuka kot.ape gila kan.
hari ni aku ke dapur awal. plan asal lepas asar nak ajak mak dan ayah ronda param. lepas masak macam letih pulak.padahal aku masak satu jenis menu je pun. sup ayam + carrot + kentang. sebelah paginya aku ronda-ronda dengan mak.nak beli selipar. pastu jumpa baju yang hensem untuk suami. terus beli. suami jarang shopping kat diri sendiri. so ni kira hadiah untuk suami sempena raya yang akan datang.
teringat zaman kecik-kecik dulu.minit terakhir sebelum berbuka adalah kritikal. makanan dah terhidang. air dah siap bancuh. memang kecur air liur nih. kalau tak tahan dugaan memang rugi la puasa seharian. waktu-waktu macam ni, aku dan adik beradik amik keputusan layan tv je. pastu ade satu kes, tengah sibuk hidang lauk berbuka, aku rasa lain macam. check punya check, aku period. lagi setengah jam nak berbuka. nangis lap air mata dengan lengan baju sambil mulut kunyah kuih popia basah. haha.
hari ni, rasa rindu dekat en.suami. entah berbuka apa la hari ni. bukan tak kesian. bukan sengaja nak tinggalkan.. .sedih jugak nih. tapi takpela.hanya Allah, suami dan aku tahu apa yang aku dan suami rasa sekarang. hehe.
motip. lapar. lepas tu jiwang.
aku belum shopping barang baby lagi. ok kot. kan?
No comments:
Post a Comment