atas

Friday, 5 August 2011

:: ramadhan, day 5 ::

kejap je rasa masa berlalu.dah hari ke-5 berpuasa. Alhamdulillah, setakat hari ni aku takde ape-ape masalah.harap tu dapat la berpuasa penuh tahun ni. InsyaAllah. 

sekarang aku kat langkawi. balik berpuasa kat sini. 29hb July hari tu, aku dan suami naik bas balik kampung. memang sebelum ni aku ada mintak izin nak balik puasa kat langkawi.sebab aku makin hari makin tak larat. ade hari aku kuat. ade hari aku rasa nak tido aje. lagipun kitaorg belum pindah rumah sendiri dan aku rasa lebih selesa berpuasa kat kampung. rupa-rupanya suami memang dah plan nak kasik aku balik sini. maybe dia pun kesian tengok aku membosankan diri bila dia keje. nak pulak bulan puasa. emosi ibu mengandung kan turun naik. sebelum aku buat request bukan-bukan, dia dah call mak kat kampung cakap nak balik kampung dan nak kasik aku puasa kat sini. mak baru je bagitau. sungguh terharu sebab suami buat suprise.

suami aku memang suka buat suprise. mula-mula dia bagitau tiket bas 30hb, malam. so aku pun melepak tak kemas barang. siap ajak dia pegi jalan-jalan kat pekan sg.buloh sebab aku macam nampak kedai barang baby nak buat sales.nampak diaorg setup depan kedai diaorg tu. plan nak makan roti canai la. sekali dia kata, tiket 29hb pagi. hepi berganda sebab memang dah tak sabar nak balik kampung pun.

plan asal aku nak balik sendiri jek. tapi since dah masuk 5 bulan ni, en.suami macam risau nak biar aku naik bas sorang-sorang. aku pulak kejap kuat kejap tak sihat. aku pun risau dengan diri sendiri. nak naik flight. suami tak kasik. risaukan tekanan ape la kan. aku pun bila suami tak kasik malas nak argue. nanti kalau jadi ape-ape mesti menyesal. so kena ikut cakap suami selagi ianya logik la kan.

so, dapat sambut puasa dengan suami. 1st time bersahur, dan berbuka dengan en.suami. masa bercinta + bertunang mana lah aku dapat rasa semua tu. ye la. cinta kutub utara kutub selatan. dah kawen baru nak merasa semua ni. sangat best. walaupun dapat berbuka sehari je dengan suami, aku rasa bersyukur sangat. nak buat cammane. keadaan tak izinkan aku nak berpuasa sebulan dengan suami. geram jugak dengan lawyer yang uruskan hal rumah tu. nak citer pun malas. aku anggap semua ni ade hikmah. tak boleh nak fikir sangat. kita merancang. ape-ape, Allah SWT yang tentukan. ye tak? so, selagi boleh, kita cuba buat yang terbaik. 

tapi still berharap dapat masuk rumah before aku bersalin. cuma planning. kalau tak dapat jugak tak ape la.aku akan usaha buat plan baru. 

inside tummy sangat aktif sekarang. masuk weeks ke 19, dapat rasa gerakan halus. sekarang makin aktif la kan. Alhamdulillah. walaupun aku macam-macam hal dapat masa check up. contohnya, bermula dengan berat badan statik, lepastu tekanan darah naik (yang aku anggap naik sebab aku risau terlampau.sekarang dah ok), lepastu hb darah pulak kurang. tak pasal-pasal kena check up 2 mgg sekali padahal umur kandungan cam aku ni patutnya sebulan sekali sajork. takpe. janji baby kat dalam sihat.

yeh.berat badan masih main-main.kejap naik, kejap turun. dan aku sudah tidak risau. sebab doktor tak cakap ape. perut pun comel lagi. cuma dah nampak la kebuncitan. buncit yang comel. nak snap gambar perut pun kena cari angle yang betul. rasanya ok kot. aku pun baru 22weeks. 

hari ni, plan nak masak gulai ikan dan sambal tumis telur. rasanya aku tak banyak songeh puasa kali ni. makan je ape ada. nak ngidam yang bukan-bukan pun takde. buat masa ni la. Alhamdulillah. biarla tebiat ni kekal sampai bersalin nanti. kena jaga berat badan jugak. pastu aku risau kena diabetes je. so kena hati-hati jugak dengan jumlah makanan yang aku amik. prisip aku, pregnant bukan tiket untuk aku makan sesuka hati. haha. hope aku tak main-main dgn prinsip sendiri.

till then, tata

No comments: