atas

Sunday, 7 August 2011

:: Ramadhan, day 7 ::

pagi tadi ke klinik desa dekat rumah. check up. aku tumpang check up since balik kampung lama kan. ni yang best dgn klinik gomen. janji bawak buku pink.

last month masa check up dekat klinik kuang, hb aku rendah. terus kena cop anemia kat buku. pastu kena ceramah pasal makanan la. so, aku pun rajinkan diri makan bayam, kerang segala untuk naikkan hb. konfiden pagi ni hb aku akan normal. tapi non ado. masih rendah. badan je besar. tapi hb rendah. tapikan yang best tu masa timbang naik la sekilo.pastu nurse tu cakap;

"badan nampak kecik je.tapi bila timbang berat jugak ye.."

tett. makcik suko. bukan pasal dia kata badan berat la. of coz la suka tang dia kata badan makcik kecik. wakakaka. wakakakak krew..

ekceli, aku memang dah syak berat akan naik sekilo.sebab aku pegi check up pagi-pagi. pulak tu lepas sahur mana ade proses pembuangan lagik. selalunya, kalau bukan bulan puasa, aku check up pagi hari, lepas aktiviti pembuangan. bahan yang dimakan di malam dan siang hari sebelumnya. so, tu la berat betul aku kan. eh.apa ntah terasa begitu kotor sekali bercerita pasal pembuangan.

takpoo.acik suka acik dikatakan kecik.wakakak sekali lagik.

lepas balik dari klinik, aku sambung tido.semalam tak dapat nak tido dengan nyenyak. asyik terjaga. kejap terkejut bunyi hujan turun. kejap terkejut sebab inside tummy mengaktifkan diri.

aku risau jugak pasal masalah hb rendah ni. ni jap lagi nak google ape efek kalau hb rendah untuk mak mak yang mengandung ni. as long as baby sihat, aku bersyukur sangat. sekarang ni memang ape-ape risau kat inside tummy. ye la. suami makin menunjukkan rasa sayang yang amat pada inside tummy. asal sms akan tanya baby gerak ke tak hari ni. baby ok tak. pastu baru tanya mak dia ok tak. sobbbss. eh. suka sebenarnya. rasa ciri ciri ayah mithali tu terpancar di sana sini kan.

tahun ni aku takde baju raya. eh. aku dah cerita ke belum? macam lain je rasa. tahun lepas pun aku tak prepare baju raya. pakai mana ada. tahun ni berangan nak sedondon la kan. pastu husband kata maybe dia balik kampung raya kedua. nak sedondon ape kan. pastu pulak aku malas nak beli baju kurung baru. boleh lagi nak pakai baju kurung. kain la tak selesa kot. option aku ade, beli jubah la kan.pastu bila pk secara ekonominya, aku bukan into sangat dgn jubah jubah ni. bazir pulak kalau beli pastu sekali aje pakai. kalau secara nafsunya, memang aku nak beli dah. ikut nafsu, duit saving aku ni nak je aku guna beli kamera baru. aku sangap. kamera takde. kamera henpon ada la. tapi mana best. 

sekali lagi. aku kena ukur baju di badan sendiri. kenalah berfikir secara ekonomi. tak mampu, buat cara tak mampu. ade duit esok esok, bolehlah nak beli kamera. nak beli cctv pun bole. sekarang kenalah dahulukan apa yang patut. duit rumah, duit untuk beli baju baby. duit untuk keta lagi. haaa..dah la tak keje. takkan nak beban suami lagi kan. kenalah pujuk diri sendiri hari hari. dunia ni memang indah. tak terkejar.

pastu kena ikut cakap suami. dia suka nyanyi kat aku lagu ni.

"bersyukur kepada Allah.."

melodi ikut suka hati.pastu disusuli dengan tazkirah. pastu bini dia pun rasa rendah diri dan insaf. terus bersyukur dengan apa yang ada.

tapi. tetap berangan nak kamera. tak dapat dslr, compact pun tak ape. saje berangan. kot-kot ade rezeki dapat hadiah besday ke kan.



2 comments:

monstorious wife said...

dont worry uollls kalau hb rendah, hb akak dulu 6.9 sajork, merasa kena hantar ke hospital. Pastu makan double dose ferum tuh pon naik 7.5.

saidatulbadru said...

memang risau jugak.tapi takde low sangat.hb kak ilot lagi rendah tuuu