atas

Sunday, 11 September 2011

:: shopping, scan dan check up ::

cerita raya hold kejap.walaupun takde sapa nak peduli kalau ade tak cerita pun. kata diari online. aku rajin aku taip. tak rajin aku simpan dalam hati. tapi tu la. nanti lama-lama luput pula di dalam hati.

scan baby

tak plan pun nak scan baby. tapi aku dan suami macam teruja dan nak tau perkembangan terkini anak kitaorg ni. so far memang aktif la dalam kandungan ni. selain tu sedikit berharap la dapat tengok gender anak kesayangan hamba ini. so lepas borak-borak dengan suami, suami pun dengan senang hatinya bersetuju. maka kitaorg pun gerak la ke klinik yang biasa aku gi scan perut tu. boleh pulak doktor tu tanya naper nak scan. mcm tak sudi je.aku bayar ok. matilah kekwat kan. tapi takpe. doktor tu tetap nice sebab melayan aku dengan baik.

Alhamdulillah, baby dah grow up dengan jayanya dalam tummy mak dia. walaupun berat badan aku naik sikit aje sepanjang pregnancy ni, tapi bila doktor cakap baby ok, aku pun syukur la dalam hati. patut la gerakkan makin padu.dah kuat ye anak mummy ni.

cuma, doktor cakap uri aku macam ke bawah sikit. macam biasa. aku yang cepat nebes terus demotivated. cepat betul mood down. bayangkan, lepas scan baby tu, aku gi makan kfc dgn suami sambil bersulam air mata.malu woh.macam kena marah dengan suami padahal..emosi terlebih.

pastu doktor belek-belek buku pink aku tu.dia suruh aku naikkan berat badan sikit. aku pun hairan kenapa berat badan naik sikit aje. maybe aku kurang makan kot? tapi aku makan macam biasa.takde la skip makan ke apa. nak pulak sekarang ni. memang cepat betul lapar. harap normal la berat badan aku naik cenggitu kan.

masa scan tu, doktor kata baby nampak lapar. tengah isap jari. terus hati mak dia tersentuh. terus bagitau suami lapar. dan kami pun makan kfc dgn bahagia.(dan linangan air mata). miahahaha.

shopping

lepas makan kfc, terus ajak encik suami shopping barang baby. first time nak beli baju anak sendiri. sungguh nebes dan teruja tatau nak describe. over kan? selama ni pendam aje dalam hati. kalau masuk bahagian baju baby and kids tu kan, aku telan je air liur. nak beli suami tak kasik. boleh aje kalau aku beli senyap-senyap. tapi tak feel la. nak beli berdua jugak dgn suami. matikla mengada sangat. feeling isteri solehah pun ade sbb dengar cakap.kakaka.

shopping kat the store sg buloh sahaja.takde la makna aku nak ke kedai vass vass. beli baju 2, 3 helai, lampin, pampers, itu ini. seronok ye shopping baju baby ni. rasanya macam keseronokkan dalam penyeksaan. seronok sebab dapat shopping. baju budak kan cute belaka. seksa sebab kena ikut bajet. so far takde la beriban abis. maybe aku tak beli barang yang branded sangat.ikut kemampuan sudah. oh ye. ini just my 2 cent la. barang baby tak perlu kot beli yang berjenama bagai. sebabnya baby ni cepat besar. lepas tu, apa dia tau dengan benda mahal. lagi baik duit yg banyak abis kat pakaian tu di gunakan secara berhemah. saving utk pendidikan dan kesihatan anak kita ke kan. again, bukan aku jaki ke apa tgk org reveal beli baju raya anak sampai beriban-riban. anak tak sampai umur setahun. jalan pun tak reti lagi kan. pastu beli kasut yang harga 2 3 ratus. mati akal aje aku tengok orang macam ni. pada hal kan, orang tak perasan pun kasut anak kau mahal ke murah.

tetiba terkeluar topic kan. oh ye. aku ni ada masalah shopping baju budak. aku tak reti nak estimate size. selalu aku shopping baju untuk anak-anak kawan aku, mesti aku amik size besar punya. sebab aku fikir baby cepat membesar. ok, boleh pakai ke aku punya buah fikiran tu? masa shopping hari tu, en suami selalu tegur aku ambil baju yang size besar. mana ade. aku ambil yang size 0-3 or 0-6 month. aku xnak la amik size new born. karang pakai kejap je. pembaziran kan. suami yang kelihatan tidak teruja selama ni rupanya memendam perasaan. dia lagi eksited daripada aku nampaknya. kakaka. tapi, sapa tak rasa teruja kan. normal la tu. aku pun hepi tgk suami semangat bershopping.

lepas abis shopping, kitaorg gerak pulak ke ikea. ikut adik ipar aku jalan2 kat sana. suami memang dah lama aim satu gelas kaca ni kat ikea. dia tanya aku nak ambil ke tak. aku mana ade semangat dah nak beli barang rumah. fikirkan rumah yang masih unknown statusnya tu, sakit pulak hati ini. tapi sebab suami macam mengidam, aku pun turut teruja.so hari tu, kami shopping gelas berbiji-biji. eh? gelas biji ke buah? maaflah. bm aku memang macam ni.

check up

esoknya, ke klinik untuk monthly check up. sepanjang bulan puasa aku kat kampung, aku tumpang check up kat klinik desa sana. berdebar jugak nak check up kali ni. sebab aku risau dgn hb aku. cakap ape je jenis makanan tambahan untuk naikkan hb. semua aku dah telan. kerang, hati ayam, sayur bayam. so konfiden ni hb akan naik. sekali, lagi turun. dah jadi 9.8..huk huk. kena ceramah dengan nurse. nasibla nurse pun baik. siap suruh aku beli supplement kat farmasi. namanya IBERET. aku dah beli. tgkla camna kesannya nanti. hope naik la hb aku ni. aku tak risau dengan diri aku.sebab aku belum tahap pucat. kesian kat inside tummy la. berat badan pun masih malu-malu nak naik. percaya tak, dah hampir 7 bulan pregnant ni, berat naik 2.6kg aje. aku pun tak percaya. mungkin penimbang tu rosak.

lapar pulak. nak makan la. lately cepat lapar betul. potensi berat nak naik memang besar kali ni. jangan over naik sudah. nanti kena marah lagi.

No comments: