semua blog pun bakal sepi. owner blog masing-masing sibuk dengan preparation raya. ada yang dah balik kampung. ade yang dah kat kampung. mcm saya. dah lama dah...balik kampung.
tahun ni, sepatutnya jadi raya yang meriah buat saya. yelah, raya sebagai seorang isteri, untuk pertama kalinya. raya berdua dengan cinta hati buat pertama kali. kitaorg kan cinta antara benua. tak pernah la ade konsep beraya ke rumah cinta hati masa bercinta dan berkawan. jadi, tahun ni la pertama kali untuk segalanya buat saya.
tapi entah macam mana, emosi yang melampau buatkan saya rasa..suram aje raya saya kali ni. pertamanya, saya takde baju raya. baiklah. ini bukan alasan pertama. tapi sedikit sebanyak merencat mood raya. konsep nak berjimat katanya. jadi saya pakai aje apa yang ada. bila dah tengok orang sekeliling sibuk cerita baju raya baru, saya macam sedih jugak. matikla mengada sangat. sebab lain, baju raya tak matching dengan baju suami. dia kaler biru. saya hitam legam. baru nak feeling din_wahab pakai baju sedondon.huhu
sebab keduanya, saya berjauhan dengan suami. ialah. senang cerita semua mood raya terhalang kerana suami. rasanya bukan saya sorang yang berjauhan dengan suami kan. tapi entah macam mana tah. tetiba rasa sedih datang. puasa tahun ni, sempat sehari aje berbuka dengan suami. dah la ini tahun pertama buat saya. tapi tak dapat nak sempurnakan tanggungjawab saya sebagai isteri. saya nak jugak rasa siapkan lauk berbuka dan bersahur untuk suami. saya nak jugak rasa berbuka dan bersahur dengan suami. aje. maksudnya cuma kami berdua. sebagai sebuah keluarga. tapi belum rezeki saya nampaknya..
sebab keempat. emosi ibu mengandung agaknya. hormon. ya. mari salahkan hormon. dah masuk bulan-bulan yang sarat ini, saya rasa kehadiran suami amat diperlukan. rasa kurang kasih sayang. kurang perhatian bermaharajalela. sungguh saya cemburu dengan mereka yang dapat perhatian daripada suami. tak..tak..bukan suami ignore saya. sebab kami berjauhan, tak dapat la suami entertain isteri yang cepat emosi macam saya. biasalah, sensitif lain macam sikit sekarang ni. huk huk.
sebab kelima. saya masih tak pasti bila suami akan pulang ke kampung, berjumpa dengan saya. tak tahu bila suami akan kembali ke sisi untuk berhari raya. bila diri penuh hormon emosi, saya tau, kalau sms dengan suami pasti nak berjurai air mata. jadi saya kena banyak bertabah dan redha. redha kalau suami tukar plan datang melawat saya lepas raya. redha kalau raya berasingan tahun ni. redha asalkan suami selamat sampai ke pangkuan.
sebab keenam. kami masih belum dapat kunci rumah...punca kami berjauhan kerana inilah. demmit sungguh law firm yang uruskan hal rumah kami. buat keje ke tak. memang tak boleh jadi. lepas raya saya balik sana. saya nak mintak izin suami.nak jadi kepochi. saya nak ke law firm tu. nak tanya apa masalah sebenar. selama ni saya serah aje dekat suami. kali ni memang nak kena amik tahu. yelah..sampai bila kami nak macam ni. saya nak rumah. saya nak jugak hidup sebagai isteri sejati. yang sibuk nak deco rumah sendiri. saya jugak nak sibuk sibuk dekat kamdar pilih langsir (kamdar je yang i mampu) saya nak jugak berangan nak beli perabut apa untuk rumah saya. saya nak jugak mengada dengan suami mintak beli set pinggan baru. saya nak jugak masak dan snap gambar masuk blog. sekarang jiwa mati. tahulah, tinggal kat rumah mertua, tak bebas macam kat rumah sendiri. masuk bulan kedua mesti saya stress. hasilnya saya balik rumah mak sendiri. sampai bila nak macam ni? sampai bila nak susahkan mertua. baik macam mana pun mertua, mereka tetap manusia. saya pun manusia. sampai bila saya boleh bertahan? oh..tak mampu dah nak fikir pasal ni. hari-hari saya doa, mohon dipermudahkan uruskan kami nak dapat rumah tu.
baiklah. abis sudah entry luah perasaan saya. orang sibuk nak raya. saya sibuk layan duka. (drama lebih)
No comments:
Post a Comment