tajuk entry main number je sekarang.nak buat camne.orang nak ade blog.awak nak ade blog.orang kreatif, awak tak.pastu rasain.
kandungan saya dah mencapai umur 30weeks. kalau kiraan secara rawak, ada lebih kurang 10weeks atau 2 bulan lebih untuk bertentang mata dengan anak kesayangan.sumpah berdebar.
perkembangan saya setakat hari ini.
- kuat makan. teheeeeeee
- perut dah membesar dan tegang
- baby bergerak aktif di dalam.kekadang boleh rasa benjolan di perut. saya speku itu lutut beliau.
- bila baby semakin aktif di dalam, saya menjadi sangat tidak penyabar untuk ke toilet. once nak terkucil memang takde tolak ansur dah.
- cepat letih. aku tak keje. just buat keje rumah aje la.penat macam pegi perang ok.
- kekadang aktif semacam. pastu malam sakit satu badan.
beg baby dah siap sepenuhnya. cuma beg mak dia je.tatau dow nak isi ape. rasa mcm senang je nak capai nanti. janji semua benda dah ada.tapi rasanya kena siapkan jugak beg sendiri. mana tahu. macam macam boleh jadi kan.
perihal bersalin kat mana. sememangnya pilihan saya sejak dulu, hospital kerajaan. sebabnya, saya tak mampu dari segi ekonominya. even suami ada offer. tapi saya tak keje. taknak suami tanggung beban. nak pulak lepas ni lagi banyak nak guna duit kan. kalau la saya boleh tanam pokok duit kan..
pastu, mula-mula memang plan nak bersalin di kampung halaman asmara. pastu, macam sedih pulak tinggal suami lama-lama. plus, ni pengalaman pertama saya dan dia nak dapat baby kan. macam nak suami ada di sisi. so dengan senang hati decide nak bersalin di sg buloh. dan berpantang di langkawi sana.
tapi, itulah..plan punya plan. kawan suami pulak bgtau tak elok orang lepas bersalin travel jauh. sebabnya saya dan suami decide nak balik naik keta aje nanti. suami taknak saya naik flight katanya. saya pun risau. badan lemah. travel jauh. dan kebetulan masa saya tengah sarat nanti, ade kazen suami nak kawen. and PIL nak balik kampung la attend majlis. saya memang tak de la nak ikut time tu. cuma nanti saya keseorangan di rumah. kalau tempat keje suami dekat takde hal. saya tak kisah pasal tu. cuma risau. sorang-sorang. saya tengah sarat. boleh je call ambulan kan kalau ade kecemasan. tapi itulah. anything bad can happen. so, beringat ingat aje la.
fikir punya fikir. saya mintak izin suami nak balik langkawi. macam mana pun, saya perlukan mak saya masa saya bersalin nanti. saya kenal diri saya. saya sensitif. senang kalau ade mak saya. tapi memang sayu. suami pulak jauh nanti. dah la dia kena ulang alik 2 3 kali nanti. antar saya balik. pastu balik bila saya dah bersalin nanti. of course dia takde time saya bersalin nanti. kecuali la dia ade jet pejuang ke apa. apepun, dalam hidup ni, mana ade semua benda kita dapat kan. kekadang macam kejam pulak rasa. macam pentingkan diri sendiri. tapi suami pun sokong kuat saya balik kampung. dia pun risau kalau saya sorang kat sini dan travel masa dalam pantang. sungguh suami seorang yang bertimbang rasa. buat saya rasa terharu. srooooooot. lap air hidung kat baju suami.
apepun. ini cuma perancangan saya. sesungguhnya, Allah swt punya peracangan lagi terbaik. cuma Allah swt yang tahu apa yang terbaik buat saya nanti. doa saya, semoga semuanya selamat dan baik belaka.
nota: dalam debar, ada rasa tak sabar.
2 comments:
cik gaban,
semoga semuanya berjalan dengan baik. sangat seronok baca progress anda n baby. tumpang happy.
tahniah sebab dapat suami yang sangat memahami.
cik tari.
tq uolls.doakan semua selamat yee
Post a Comment