kalau tgk ticker memang macam seram.sebab dah masuk angka 60. pasni makin turun ke 50 hari dan seterusnya. cepat masa berlalu. akak rasa seram dan berdebar. dan jugak tidak sabar.
ya.memang tidak sabar nak bertentang mata dengan anak sendiri. nak pulak saya dan suami selalu tertanya anak ikut muka sape.memasing taknak kalah. of koz la nak anak ikut muka sendiri. dan dan claim diri sendiri hensem dan jelita. haha. dalam rasa tak sabar. timbul rasa seram sejuk. kalau baca pengalaman mereka yang bersalin tu memang macam-macam rasa akan wujud. terfikir macam manalah nasib diri sendiri nanti. harap dipermudahkan segalanya la.
kadang-kadang timbul rasa berdebar. bertanya pada diri sendiri. boleh ke nak handle anak sendiri? selama ni tolong jaga anak orang aje. agak-agak dah letih pass kat mak apak diaorg balik. macam sebelum ni saya selalu jaga anak buah saya. agak malas, saya pass balik kat akak ipar. abis lama pun saya jaga siang hari aje. malam mak dia handle la.
sekarang memang dah cepat letih. cepat mengantuk. semua cepat. cepat lapar. rasa perut pun dah makin tegang semacam. baby makin aktif kicking. sampai kadang-kadang rasa nak muntah balik apa yang saya makan. suami cakap aktif macam dia. ye la.memang sekarang masing-masing tengah syok sendiri. keterujaan nak dapat anak sulung agaknya.
persiapan baby dah complete. persiapan saya pulak, hampir complete.semalam dah order set confinement. saya beli barangan NR. itupun bukan set. saya cuma secara loose. ambil yang mana saya rasa nak guna aje. kang kalau beli satu set, jadi membazir kalau tak guna semua benda tu. jadi, kena beli secara berhemah untuk elakkan pembaziran. hope esok sampaila barang-barang tu. so sekarang ni tinggal nak beli stokin je.
jumaat lepas saya ke ipoh. attend majlis akikah kat rumah saudara sebelah suami. ini kali kedua saya ke ipoh. cadangnya nak tido semalam aje kat sana. sekali terlajak 2 malam. malam ke dua tu, suami bawak saya keluar dating malam-malam. pukul 11 malam kitaorg keluar round bandar ipoh. sambil dengar suami imbau kenangan zaman dia study kat puo dulu. layan aje la saya. sebab saya memang suka pusing-pusing makan angin.
ralat sebab takde gambar nak tayang. nak buat cammana. belum mampu beli camera sendiri. tanggungjawab besar kan sekarang. kena la berbelanja secara betul betul berbudi bahasa dan berhemah. huhu. malam tu suami bersikap romantik dengan mempelawa saya membeli baju dan skirt kat uptown apatah nama kat bandar ipoh tu. maybe kesian tengok isteri dia balik-balik pakai baju yang sama. saya memang tak banyak koleksi baju. malas nak buat stok. sebab saya belum keje. lagipun belum ade rumah sendiri. malas ok nak buat stok banyak-banyak.tapi dah orang berbudi, saya perlu la berbahasa. haha. malam tu saya rasa best sangat sebab dapat dating berdua dengan suami. romantik sangat sebab percayalah, susah nak dapat ruang privasi bila tinggal dengan mertua. tapi what to do. saya redha dengan hidup saya sekarang.
pasal rumah. dah hampir dapat. suppose bulan ni dah boleh goyang kaki kat rumah sendiri. tapi, itulah. entah kenapa suami berubah fikiran. nak sewakan aje rumah tu pada orang lain. katanya nak cari rumah lain yang lebih sesuai. memang frust dalam hati. kecewa. tapi saya sabarkan diri. cuba cari hikmah tersembunyi. tapi sampai sekarang tak nampak lagi. suami cakap nak cari rumah teres. mungkin itulah hikmahnya kot. tapi..again..bila?
untuk elakkan rasa nak meroyan. saya sabar aje la sekarang. mana tahu tahun depan ada sinar buat saya dan suami. kan kan. doakan saya kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment