Alhamdulillah.
sudah 19weeks. masih kuat.kadang-kadang terpeleot jugak. muntah kadang-kadang je.tapi kalau pening menyerang.aku rebah terus. tapi semua di lalui dengan penuh redha. kadang-kadang je sebak sebab biasalah. aku kan mengada.hahaha.
ahad lepas.tiba-tiba. rasa nak makan buah amra. tau tak buah ape tu? kalau kat kampung aku, orang panggil buah amra, kat sini orang panggil buah kedondong. puasla aku fikir buah apa orang sini panggil. sebab dalam kepala ni ingat amra. amra. amra. jenuh fikir sebab nak explain kat suami. last call mak. haha. nasib la dalam negara jugak. kalau kat obersea buat perangai macam ni, memang garu kepala la suami aku kan.
sampai hari ni, suami belum jumpa buah yang diidam. aku takde la meronta-ronta, hentak kaki, ketuk kepala nak buah tu. cuma rasa kepingin yang susah nak cakap. kira aku mengidam la kan. aku bukan apa. bila orang tau kita mengandung, antara benda yang nak ditanya ialah "mengidam apa". selain daripada tanya nak bersalin kat mana, loya ke tak.
pasal bersalin kat mana, aku masih belum decide. yang pasti aku pilih hospital gomen la. aku rasa, xnak bebankan suami dengan bill hospital yang tinggi. lagipun, kat mana pun aku bersalin, perkara yang aku utamakan ialah keselamatan. biarlah proses bersalin tu selamat.anak selamat.sihat.aku pun sihat. tu je doa aku. negeri mana aku nak bersalin, itu yang belum decide. tapi buat masa ni, aku rasa nak bersalin kat sini. sebab kesian pulak nak biar suami ulang alik hantar aku balik kampung la.jenguk aku masa bersalin la.
sebab lambat lagi, aku kiv dulu benda ni. heh. barang baby pun aku belum siap apa.bukan tak excited noks. aku teruja jugak. tapi taknak over acting. aku sabar banyak-banyak. yang penting bulan-bulan aku kumpul duit.nanti, sampai waktunya aku borong la. ade jugak nafsu shopping dok hasut aku beli barang daripada skrg. tapi suami aku buat tatau je. haha. padahal aku tau beliau juga teruja nak shopping barang baby macam aku.
aku sekarang, banyak siapkan diri dengan ilmu pengetahuan nak jadi seorang mak. nak dalami ilmu breastfeed. nak alami ilmu jaga anak. aku memang zero pasal ni. lepas tu, aku memang bangang abis pasal ilmu menyusu anak ni.aku tau la kasik susu. tapi cara nak simpan susu.nak perah susu. apa itu spectra? apa itu medela.matikla..susahnya aku nak paham. ada tak website yang explain ni secara senang aku nak paham? matikla dasar pemalas kan.
lepas tu.apakah set berpantang yang paling berkesan dan murah? semua tu aku baru nak study. rasa miskin ilmu betul. tapi takpe. daripada aku perasan pandai. baik aku berasa tidak pandai dan berusaha mencari ilmu.
oklah. sakit hati tgk tv3 tunjuk cerita aiskrem di malam hari. sedap pulak aiskrem malaysia perisa milo dan asam boi kan.
1 comment:
uolss sila la pegi ke ice room
ais kacang dia mabeles meletop mencabar nafsu nak makan
percaya lahhhhh!!!
lepas ni nak try tutti fruiti, ramai kata sedap.
ayohhh
Post a Comment