atas

Friday, 4 June 2010

:: misi kawen # 3 ::

bulan june. meaning, lagi 8 bulan. lambat lagi.

belum masa untuk gelabah tanpa sebab.lagipun skrg ni aku blank lagi pasal persiapan kawen.sebab apa? sebab aku takde keterujaan. saat itu belum muncul. lagipun en.is cool je pasal ni.takkan aku nak lelebih. tunggu dia kasik green light baru aku akan teruja tanpa sebab.muahaha. (read: duit)

cuma, sebagai seorang perempuan normal, berangan pasal kawen adalah mesti. contohnya berangan pasal warna tema, pasal hiasan rumah, hiasan bilik, bunga telur, kad kawen..bla bla bla..

aku manusia yang takde seni langsung.jadi perbuatan DIY memang takkan muncul la dalam kamus persiapan kawen aku nanti.abis sangat aku DIY bilik tido.tu pun kalau aku rasa roh kreatip aku nak kuar.aku ni once in the blue moon, agak kreatif. bila tgk hasil keje lama-lama mesti macam kagum dgn diri sendiri.woh, aku dulu kreatip kan.gitu.dasar perasan kan.

warna tema aku berubah mengikut mood.pink sudah pasti la tidak.even aku minat jugak dgn pink tapi aku rasa agak gegirl.plus, aku sedar kaler kulit aku.lepas tu datang pulak perasaan ingin warna purple.sekali macam dah ramai orang guna la pulak kaler purple tahun ni.takde faktor wow di situ. oren? perghh.kalau aku fanatik Holland, mmg aku guna la kaler oren.
pastu datang pulak perasaan nak kaler hijau.fine, hijau mmg cool.macam daun daun gitu.tapi takde la aku nak hijau segala alam.aku mungkin akan masukkan faktor putih di situ.pastu mesti orang cakap aku penyokong PAS kan? lantak ah.janji aku kelihatan comel.

masalahnya, comel ke kauuu?

motip memarahi diri sendiri.

itu lah ye tuan tuan dan puan puan sekalian, memilih tema untuk majlis perkahwinan agak memakan masa jugak.aku rasa aku start pilih tema ni sejak aku belum ada boipren.masa sedang ingin bercinta tapi takde sapa nak mengorat sbb asyik berkawan je dgn lelaki.mesti orang ingat aku dah berpunya terus tak jadi mengorat.padahal aku ni single.punyalah teringin nak ada boipren time belajar.boleh la dating lepas kuliah.lepak kat tasik guthrie time petang.tapi non ado.hujung hujung dekat nak grad baru en.is melamar.tu pun selepas 2 3 tahun kenal aku.sampai skrg rasa tak percaya aku bakal kawen dgn orang yang langsung tak terlintas dalam list pakwe idaman.haha.matiklaaa..

1st time ber'sms' dgn en.is ada jugak rasa dihati ingin mengorat.sekali dia bgtau dia ada suka dgn somebody.terus aku macam 'do i concern?' haha.tapi masa tu tak frust sbb aku suka orang lain kan.biasala org tak cun mmg suka org lain dalam diam.lepas tu bajet org tu nak mengorat.padahal muka aku pun dia tak cam.sedih betul.

dalam sibuk meluah perasaan dkt en.is, pasal aku suka kat kawan sekelas aku la.pasal aku bergado dgn kawan aku sbb dia cuba menikam aku dari belakang.nak tolong aku tackle orang yang aku minat sekali dia amik kat dia.sampah betul aku rasa masa tu.terus YM mengadu dgn en.is.lama-lama aku syok pulak kat en.is.tapi gua diam beb.kata perempuan macho.harus simpan perasaan.cakap pun kasar je ngan en.is.ber 'aku' 'ko' aje.antar sms pun main 'oit..oit' punya la berbahasa time tu.tapi sbnrnya masa tu dalam hati dah berkupu kupu dah.jangan kata ada taman.siap ade tasik, air terjun, musim bunga.musim apa kau nak semua ada ok.

tapi sbb berpegang pada prinsip perigi tak cari timba, aku buat bodo la lagi.tapi bila en.is mula cerita pasal ade awek tu la, awek ni la suka dia.aku menyirap limau terus.terus nekad ni nak putus kawan.aku mintak dia jgn contact aku dah.motip aku nak merajuk time tu.aku sapa? haha.

tetiba kan nak bukak kenangan silam.motip sangat.

pendek cerita, skrg kalau aku merajuk pun en.is dah tak gelabah pujuk macam dulu.sentap sangat.sedihla.skrg kalau ugut nak bawak diri, mintak putus kasih pun non ado en.is layan.dia paham.aku drama queen. tu la.byk sangat tgk cerita tamil kot.muahahahaha.

aku berdoa, perjalanan urusan kawen aku dgn en.is dipermudahkan.contohnya urusan hal kebenaran kawen, urusan majlis..segala-galanya la.tu la yang penting buat aku.pasal pelamin jenis mana.pasal baju fesyen apa, aku tak de kisah sangat.janji baju yang aku pakai buatkan aku ni nampak lain daripada hari biasa.nampak seri pengantin la kata org.

pelamin mmg takde la.tatau la kalau tetiba aku nak buat pelamin kan.tapi lebih kepada taknak pelamin.sbnrnya, aku lebih memikirkan jenama peti sejuk yang aku nak beli lepas kawen.pastu cara cara nak deco rumah.nak cat rumah kaler apa.nak anak berapa org.gitu..motip gatal terlebih ke apa ntah.hahaha.

paling tak boleh blah.aku dah siap fikir nama anak aku.ye ye.saya mmg poyo.

since takde persiapan apa.aku just siapkan diri je la.

1. kecantikkan wajah.kurangkan wajah kusam.say no pada jeragat, tone tak sekata dan sewaktu dgnnya.oleh itu aku sedang amalkan safi balqis.(motip sebenar: akak dah tak mampu guna loreal dik non)

2.makanan kesihatan. aku amik evening primrose. safwa sihat lagi suchi.ni untuk kecantikkan dalaman la kot. kot kerana aku lupa apa fungi sebenar benda alah ni.haha.

3. bwhite. kerana aku mengharapkan kulit aku mendapat cahaya.kurangkan kusam.gitu...
4.diet. ni no komen la.displin uolls.displin.

5.senaman lite lite.

6.bedak sejuk setiap malam.bedak sejuk khas daripada bakal mertua.ihiks.

dah.bubye girls

2 comments:

monstorious wife said...

guna warna warni je la uollss...

saidatulbadru said...

haha

ok gak tu.pelangi sangat