semuanya bercampur.
itulah rasa hati aku skrg.
sekejap sekejap ada rasa bahagia
sekejap sekejap ada rasa duka
kejap kejap rasa nak sepak orang
kejap kejap rasa nak mintak penampar
sat rasa nak nangis
sat rasa nak gelak mcm pontianak.
aku jadi terumbang ambing dengan masalah kerja ni.aku selalu boleh adopt dengan benda baru.sbb aku suka challenge diri aku.tapi sudahnya hari ni aku rasa down.aku give up tanpa mencuba.apakah? nak berenti keje? hey..ko ingat ko anak orang kaya.gitu...marah kan diri sambil bercakap sorang sorang.
haiyoh.memang emotional disorder dua tiga hari ni.tapi bila ingat pesan mak, aku tenang.terima semua ni dengan redha.niat kerja kerana Allah swt.bila kita dah redha, lama lama kita boleh cool.boleh berfikir dengan tenang.bila aku serabut, cpt2 ingat pesan mak.cepat cepat aku istigfar.
kadang kadang aku lemah jugak.aku rasa life aku sungguh tak best.semuanya tak best bila aku pandang pada sudut yang negative. aku terlupa aku ada family yang bahagia.aku ada mak.aku ada ayah.bukan ke tu satu rahmat buat aku.aku memang terlupa aku insan bertuah.
ye, keje aku suck.
syukurlah, aku masih ada keje.mmg nak menangis kalau nak ungkit beban kerja dengan gaji yang tak setimpal.tapi, itulah cabaran hidup.bak kata en.Is, anggap itu ilmu.anggap itu ibadah.mula mula nak marah dgn semua orang bila aku mengadu domba, diaorg bukak kitab.kasik ceramah.dasar hati batu.tapi sebatu hatiku, aku save semua tu dalam otak.lama lama aku cuba terjemahkan baik baik.bila hati dah tenang.kalau terus bebel, memang aku ignore la.
penyakit aku.aku mudah blok pendengaran dan minda aku bila orang bercakap benda yang aku tak suka.aku dengar.tapi aku tak faham.aku dengar orang cakap.tapi minda aku dah ke zon lain.kadang kadang sampai ke marikh. kadang kadang sampai ke korea di mana aku dah mula membayangkan lee min ho depan mata.
aku tak suka keje aku skrg.so aku belajar mencintai keja aku ni.tiada niat nak berhenti sbb aku tengah kumpul duit nak beli kamera.
aku jugak susah hati dgn sifat cool terlampau tunang aku.aku jenis gelabah.bila bertembung dgn orang cool terlampau ni gelabah aku mula la nak menjadi.
aku belum ada tarikh kawen.tau? selamba je.adala.bulan 1.tapi belum betul confirm.eh.rimas la aku.last aku kasik kata dua.aku malas nak fikir dah.bulan 10 ni baru aku nak borak pasal hal kawen dgn en.is.aku marah ni.biar dia.biar dia fikir semua.
tapi kalau mood nak kawen dtg, aku akan luah senyap senyap dalam blog ni.
bagus, dah pukul 12.esok dah kena keje.
betapa semangat aku nak naik pangkat selama ni sudah luntur. perubahan task keje yang tiba tiba tanpa tunjuk ajar ni buatkan aku rasa bos aku sangat kejam.
mungkin, satu hari aku akan berterima kasih pada bos.buat masa skrg aku nak marah.
footnote: aku saje je taip mcm serabut.sastera tak aku?
No comments:
Post a Comment