sebab aku dan en. Is berjauhan, dua bulan sekali baru dapat jumpa. mencabar minda dan jiwa raga sebenarnya. nak pulak jenis yang suka cari pasal macam aku.sungguh bersyukur pada Allah swt sbb dapat pasangan yang rileks dan cool.sangat kontra dgn aku.sbb tu kot dia serasi dengan aku.eh.kalo kontra boleh serasi ke?
next week aku akan ke kl lagi. selain misi mencari tarikh, en.is ada misi mencari rumah.ye..sungguh bagus tunang saya.cari rumah dulu baru beli keta. aku plak sudah tergedik gedik nak beli keta dulu.macam mana tu? tapi sbb dia menteri kewangan, aku sebagai menteri pelancongan ikut aje la.yang penting destinasi honeymoon aku yang pilih.
wah tetiba kan nak honeymoon.
teruja tgk ramai orang dah set tarikh kawen.kawan aku yang bertunang bulan januari ari tu dah tetap tarikh.aku je belum weh.so semua hal pun tergendala.membawa kepada pergaduhan kecik jugak la hari tu.tu pergaduhan pertama sejak bertunang.lama jugak kitaorang perang dingin.tapi sebagai awek berjiwa mulus, aku selalu gagal nak bertahan.macam mana nak marah? time aku emo dia bagi sms macam takde apa kan.malu ok bergado sorang sorang.
tak sabar nak tgk rumah yang en.is berkenan sangat tu. org nak kawen sibuk pk baju kawen ke..bunga telur ke..kad kawen ke kan.aku nak kawen sibuk cari rumah dulu.tak taste langsung tunang aku nih.
sudahlah.aku malas nak berangan apa apa dah.asik tak jadi je.kan..motif tetiba nak sentap dihujung ayat.
daaa..nak jadi pekerja cemerlang jap
2 comments:
uihh kalau dah tetap tarikh sila kasi tau okeh, boleh book tiket sesiap.
heheheh
ok acik.iolls akan bgtau awal punya.
Post a Comment