atas

Thursday, 7 March 2013

:: 19weeks ::

fuhh.

sudah 2013.ni entry pertama saya untuk tahun 2013. kagummm..

tetiba rasa kekok nak menaip apa.hahahaha..abisla cita-cita saya nak jadi penulis novel mcm ni.buat entry kat blog pun fail..

Alhamdulillah, usia kandungan dah masuk 19weeks. erm. macam-macam drama bila mengandung kali kedua ni.drama air mata.sebabnya kes nak wean off kan emir. tapi berkat doa dan usaha, alhamdulillah, emir dah berjaya minum susu fm. tapi kadang-kadang bila rindu tu dia mintak jugak nak bf.lepas rindu kot.

tips tu takde la.saya cuma doa,usaha tawakal.hari-hari doa.sambil tu usaha cari fm yang kena dengan selera emir.memang mencabar.dan syukur sangat semuanya berjalan seperti yang diharapkan.

bukan saya taknak teruskan bf emir.memang doktor cakap boleh je. tapi bila hamil ni,puting susu jadi sangatla sensitif.sakit gila kot.dengan letih tak ingat. dan saya syak susu saya pun makin kurang sebab lepas bf emir kompom minum air dengan banyaknya. kesian pulak kat emir.

inside tummy, alhamdulillah sihat aje setakat ni.saya takde alahan teruk.cuma kali ni, memang loya aje. hilang selera makan..letih jgn cakap la.sebab nak uruskan anak, rumah.memang kurang rehat. dulu masa pregnantkan emir saya tinggal dgn in-law.kekdg balik bertapa kat umah mak ayah sendiri.sangat manjakan diri la masa tu.

okla.itula update setakat hari ni.hahaha.sangap gila takde idea nak menaip.camana la nak jadi novelis berjaya nih


Saturday, 22 December 2012

:: dilema ::

saya sedih sebenarnya.

dua tiga hari ni memang keje saya menangis aje la bila fikir hal yang satu ni.sungguh menyakitkan hati. rasa saya manusia gagal. rasa ntahapahapa, rasa nak lari tak pakai selipar.

weaning off. perkara yang cakap senang, susah nak buat. yep. orang sekeliling akan senang bercakap. paling sayu, kalau orang mula persoalkan kenapa saya tak ajar anak minum fm sejak kecil.senang nak wean off kalau tiba-tiba jadi macam ni. terus saya rasa down.sungguh down...

kenapa saya nak wean off? anak baru setahun kot.

begini ceritanya.

takdir Allah, dan rezeki kami, period saya tak datang bulan nov lepas. saya dah mula syak saya pregnant. so, birthday emir yang lepas, saya pun beli la upt tu.sekali check terus +ve. rasa gembira dan nak menangis.

gembira sebab ye la..pregnant.dapat anak lagi.gembira la.

nak menangis - emir baru setahun.masih menyusu badan.

nak blame sapa tu bukan satu penyelesaian la.orang boleh cakap naper tak merancang.ok.malas nak cakap part ni.syukurlah.ini rezeki.

start daripada hari tu,terus buat research pasal bf during pregnant ni. so far banyak pendapat cakap takde masalah as long as mak tu takde masalah.like bleeding ke.sakit perut ke.letih ke. in my case, saya dah rujuk doktor, dan dia cakap takde masalah.

yang sakit jiwa, masa ke hospital baru ni,saya kena amik darah untuk thyroid. yep.again, masalah di sini.leher saya ada bengkak.since mengandung emir lagi benda ni jadi issue.dah buat test 3,4 kali tapi takde apa.bukan thyroid.tapi masa emir dulu kena rujuk hospital sebab hb rendah, berat tak naik so doktor takut thyroid aktif balik.tapi alhamdulillah takde apa sampai emir lahir.sooo...kali ni kena buat rutin yg sama agaknya..dah la hospt.sg buloh tu crowded. nak amik appointment pun 2 jam jugak menunggu.hoighhhh.baru nak set appointment kot.

back to stories, masa turn saya nak amik darah saya tengah susukan emir.so lambat sikit nak ke bilik tu.husband bagitau nurse tu.sekali masa tengah amik darah, nurse tu tanya saya 

ko susukan anak, susu badan ke botol

susu badan..

apa? eh ko ni pregnant berapa minggu?

7minggu..

hoih.kena berhenti tu.nanti susu untuk anak yg akan datang tak de susu pulak.lagipun nanti risiko bersalin awal.

*cuak*..saya tengah ajar dia minum fm

dah dah..ko kena stop terus.tak payah sulam sulam

i is menangis dalam hati...haiyohhh..kalau semudah abc memang saya dah weaning off right after saya tahu saya pregnant.

sob sob..tu la..cakap senang kan.nak buat...hermm...

saya tak salahkan sesiapa.sesiapa pun berhak bagi pendapat.semua nak yang terbaik buat saya.saya tahu.even mak kat kampung pun marah saya susukan emir lagi. my mil pun ada cakap tu la..kena ajar sulam dgn fm daripada dia kecik dulu.

saya hanya mampu diam.iyekan aja.dalam hati saya menangis.saya hilang punca.kat husband je tempat luah rasa dan air mata.sungguh saya heartbroken sekarang.

how?

saya cuma mampu berdoa dan usaha ajar emir minum fm. but he's refuse. so langkah seterusnya kasi dia makan kerap la.hope dia kurang mintak. tapi malam memang agak susah la.sbb dah try kasik fm malam-malam.dia nangis sampai muntah.saya pun menangis tak sanggup terus bf kan dia.

salah saya jugak.hati lembut kot

entahlah.masih dalam dilema.

terus berdoa yang terbaik buat saya dan emir.

dan berdoa baby dalam rahim kuat dan sihat.

AMIN


Thursday, 20 December 2012

:: ermmm ? ::

tak tahu
apa rasa hatiku
suka?
gembira?
takut?
was-was?

aku tak tahu..

segala rasa di blend dalam hati
dengan sakit gigi datang sesekali
agak men'tension'kan diri.

aku bersyukur
aku redha
aku suka juga sebenarnya

cuma aku tak pasti
aku mampu ke tidak ni.

yang pasti
ALLAH Maha mengetahui
apa yang terbaik buat aku.

aku pasti